Untuk pembelian rumah lelong, selalunya memang bank tak cover bahagian bil api, bil air dan bil pembentungan. Untuk bahagian bil api, selalunya juga, tak berapa banyak, dalam ratusan ringgit sahaja. Itu yang berlaku pada kebanyakan rumah lelong aku. Penyelesaiannya, bila aku bawa bil api ke tnb, aku cuma perlu tukar nama kepada nama aku. Aku tak perlu bayar bil lama. Caj yang terlibat cuma deposit RM200.00 dan stamp duty RM10.00. Melainkan rumah tersebut telah lama dipotong bekalan elektrik, melebihi 6 bulan, dan meter telah di cabut, itu memerlukan wireman inspection. Kalau bil api telah di potong, cuma di cabut suis sahaja, kita boleh terus tukar nama, dengan membayar deposit baru. Itu yang berlaku pada aku selalunya. Tapi untuk satu kes rumah aku ni, lain sikit ceritanya. Rumah ni aku dapat bulan mac tahun ni. Dah lama dah. Monthly payment belum start lagi. Dalam bil tnb cuma tunjuk tunggakan beberapa ratus sahaja, dan aku pun cuba tukar nama masa bulan april dulu. Tapi bila tnb officer check dalam system, diorang kata rumah ni ada kes curi elektrik, atau meter yang telah di usik. Jadi, tnb ada kenakan caj/penalty/saman terhadap bill rumah ni, yang berjumlah lebih kurang RM3900.00, yang tidak di masukkan ke dalam bil bulanan.
Jadi, menurut officer tnb tu, aku tak boleh tukar nama selagi aku tak jelaskan pembayaran tersebut. Nampak macam tak adil, sebab bukan aku punya sebab. Aku cuma pembeli rumah lelong. Tapi nampaknya macam aku yang kena tanggung. Aku dah forwardkan request, kalau boleh mintak bank pelelong yang langsaikan tunggakan tersebut, melalui lawyer aku, tapi sehingga kini belum dapat jawapan lagi. Dalam minggu ni bank aku akan buat disbursement kepada bank pelelong, jadi aku try buat tukar nama minggu lepas di cawangan kedai tnb Bandar Puteri, Puchong, tapi masih dapat jawapan yang sama. Aku cuba bagitau yang selama hari ini, aku buat tukar nama, boleh je, sebab aku cuma pembeli baru. Benda ni pun boleh dibuktikan dari kontrak lelong, dan kalau itu tak cukup, boleh tunggu deed of assignment bila dah siap nanti. Itu pun diorang tak bagi jugak. Diorang kata kes ni lain sikit, tunggakan dia banyak, kalau aku tak puas hati, aku kena jumpa officer di tnb Subang Jaya. Hari ni aku nak pergi tnb Subang Jaya.