Wednesday, October 22, 2008

Case study : Desa Mentari Tuanbri

10/10/2008 yang lepas, selain daripada aku menang auction untuk Casa Subang, ada seorang rakan blogger kita, Tuanbri, yang turut berjaya mendapatkan hartanah pada harga reserve price di lelongan NgChanMau. Ramai yang berminat untuk mengetahui kisah Tuanbri disebabkan kisah nya yang agak unik. Sebenarnya Tuanbri survey hartanah ni pada tengah malam 10/10/2008 dan beliau mengambil keputusan untuk masuk auction pagi tersebut, dan sempat membuat bank draft di CIMB cawangan KLCC. Walaupun Tuanbri berjaya mendapatkan hartanah ini pada harga reserve price, tapi ada masalah lain yang menanti. Begini ceritanya…

Rumah ni sebenarnya dimiliki oleh seorang pembawa teksi yang berumur 51 tahun, isteri nya seorang suri rumah sepenuh masa, dan mempunyai 9 orang anak, yang paling tua berumur 17 tahun dan akan menduduki SPM tahun ini. Tuanbri dah set appointment ahad yang lepas, 19/10/2008 untuk bersemuka bersama owner tersebut. Dijangka datang bersama Tuanbri sebenarnya abang Tuanbri, Pie dan AzmanAli, tapi, Pie tak dapat datang sebab man datang lambat sehingga Tuanbri terpaksa pergi dengan abangnya sahaja.

Ringkasan ceritanya, sebenarnya abang Tuanbri pun anaknya ramai, ada 8 orang. Umur pun dah 40an. Jadi memang banyak la pengalaman dia. Abang Tuanbri bertindak sebagai jurucakap, yang banyak bercakap bagi pihak Tuanbri, tapi sebenarnya abang Tuanbri macam cakap sorang2 sebab owner tu diam je sambil mendengar. Isteri owner tu cuma duduk dalam bilik sambil menjulurkan kepala keluar bilik, sambil mendengar. Macam orang dulu2.. orang pompuan tak boleh masuk campur, ini hal orang laki2. banyak pengalaman abang Tuanbri ni, dan banyak suggestion yang diberi termasuk suggest owner pindah ke tempat yang lebih murah seperti di Country Homes rawang, tapi owner tu buat macam tak tau je.

Sebenarnya sebelum ni lawyer ada buat suggestion supaya tukar nama untuk mengelakkan rumah ni dilelong, tapi nak tukar nama siapa?? Anak pun masih sekolah, bini pun tak kerja, owner pun dah nak umur pencen, mana la layak buat loan lagi. Owner pun pernah pergi bank cuba nak nego dan bayar outstanding, tapi katanya bank dah tak terima. Diakhir ceritanya, abang Tuanbri pun bagitau la, Tuanbri sanggup bagi pampasan 2k untuk owner ni start new life ditempat lain, tapi owner ni tetap buat2 tak dengar sambil mengurut2 dadanya. (kalau ikut aku punya pendapat, dia urut2 dada tu nak bagi nampak lima jari, maksudnya 2k tak cukup bang.. 5k boleh la.. heheh. Nasib baik Pie takde.. kalau tak dia up lagi macam auction.). Owner tu bagitau, masa dia beli rumah tu dulu, dia dah letak hati dia nak tinggal situ sampai tua. Kalau boleh dia nak mati di situ. Jadi, dia mintak tempoh, minggu ni dia akan pergi bank lagi sekali untuk mintak ihsan daripada pihak bank kalau dapat nego lagi. Kalau tak dapat juga, maksudnya, dia tidak ditakdirkan untuk tinggal di situ. Dalam masa yang sama juga, Tuanbri terpaksa proceed untuk teruskan pembelian untuk mengelakkan masalah pada Tuanbri kemudian. Tuanbri pun dah check outstanding bill dengan maintenance office, dan dijangka 2-3 hari lagi bekalan air akan dipotong kerana tunggakan maintenance yang banyak. Owner tu ada la hidangkan teh O 2 gelas, katanya teh O nipis je. Lepas minum, Tuanbri dan abangnya pun minta diri untuk pulang. Abang Tuanbri suruh anak sulung owner tu dan 2 adiknya ikut diorang pergi ke kereta. Rupanya abang Tuanbri ada bawak beras dan barang makanan untuk owner tu. Tuanbri tak tau pun. Tuanbri pulak yang rasa bersalah, sebab dia yang beli rumah tu, abang dia pulak yang susah2 bawak makanan untuk owner tu. Jadi sehingga hari ini, macam tu la ceritanya. Kalau ada update, boleh aku tambah lagi ceritanya.

Kalau ada kawan2 yang nak komen, atau nak bagi pendapat, dipersilakan.

25 comments:

jeguk said...

emm...komplikated jugak...serba salah dibuatnya...tp pada aku dari sebelah pihak..tnbri da bagi suggestion and option yg ok...terpulangla pada pak cik tu..

nbs1205 said...

salam kengkawan...

aku pun penah alami bende ni... tapi tak ler seteruk tnbri ni..

dipendekkan cerita... aku terpaksa bersabar selama 2.5 bln baru leh kosongkan rumah tu.. nak buat cemana... hati sudah kesian tgk anak-2 dia yg kecik-2... bersusun je 5 org tu...

pada pendapat aku... ada 2 cara je... sebabkan tnbri dah dapat rumah tu kan.. so cara 1, berkeras... suruh dia keluar jugak... yg ni memerlukan bantuan org yg berhati kering.... cara 2.. pendekatan lembut .. kena bagi masa sikit kat owner tu... ye lah.. dia dah duduk situ berapa lama.. kira dah sebati ngan hidup dia... mesti la sentimentol...

kena sabor le bebanyak tnbri... nak buat cemana... cam kes aku... byk kali gak la aku ulang alik jumpa owner tu... cuba bagi option sewa laa... tolong arrange transport utk pindah laa... memacam ler... hehe... rumah lelong punya hal... memang bagi banyak experience pada kita...

alamak.. panjang ler plk komen aku...

nbs1205

Azman Ali said...

pehh..macam2 hal..harap tnbri sabar...

abdul malek said...

mungkin ada hikmahnya kpd tn bri. cuba letak kita dalam keadaan dia. tp aku terkejut dgn abg die siap sedekah lg utk anak2 pakcik 2. ingat, disaat kita bergembira mungkin masih ada yg berduka.

Malaysia Traveller said...

Itulah selalu kalau ada orang duduk dalam rumah tu kena tanya dulu. Kalau orang tu owner mungkin kena fikir dua kali. Bukan apa susah nak halau2 orang ni.

MET said...

em.susah nak settle ni..punca masalah pun tak tahu dari mana..

cumenya ape yg dapat berlajar dari sini..peringatan untuk den jugak..

1. tula standart makan gaji..harapan hanya satu sumber pendapatan.boleh tp perancangan kne betul2..kne prepared untuk masa2 bersara..
2. umur 51.anak yg tua 17..dianggarkan sekitar 30-34 masa berkahwin.jodoh lambat.boleh..tapi catu2 sket la air tu.hee.dah mintak..dapatla.hu.or kawin awal..anak sume dah besar.13 pun takpe seh.ni yg parah waktu2 diambang bersara masih lagi menanggung 9 org anak.keje seumur idup kalu..em.rezeki anak2..rezeki bapak mungkin kne banyak bersabar sketla..
3. em.sebarang investment kne lebih berhati2..ambik langkah sewajarnya.tak kisahla inbest dalam ape pun..property ke saham ke bisness dan lain2 pelaburan..

sekian untuk ape yg sempat terpikir..

tuan bRi said...

Padat dan tepat!

This case is still wide open.
Please do visit this blog for the latest update.

Ujian daripada Allah.Kita terima seadanya. Jgn anggap ini satu kesilapan.

azman said...

salam,
hari tuanbri menang auction tu sy ada kat situ gak. sy dok berdiri sorang2 kat auction hall nengok sapa yg beli umah tu. jd klu x silap tuanbri dtg dgn org umah kan? anyway, sy memang dah recce umah tersebut gak but decided not to bid due to the obvious circumstances. anyway it shud be a good lesson untuk kiter semua on isu such as this (specially klu penghuni umah tsb org seagama dan sebagsa kita). Dlm buku Azizi Ali pun cakap, klu ada masalah spt berikut elok abaikan jer pembelian tu, ada banyak lagi peluang lain akan datang. Walaucamne pun memandangkan Tuanbri has decided to bid dan menang gak sy cuma bly doakan agar kedua-dua belah pihak akan dapat mencari jalan penyelesaian yang sebaik mungkin. Insya'allah!

faris said...

Personally, pada aku pun kalau boleh, aku nak elakkan benda2 macam ni. Tapi apa penyelesaian yang terbaik? Memang kita kena fikirkan tentang orang sebangsa dan seagama kita. Pertama, kalau bukan kita yang bid rumah tu, orang lain yang akan bid. Adakah orang lain yang akan bid tersebut akan bersikap seperti kita? Seperti tuanbri? Jalan penyelesaian tetap ada, sama ada mahu diterima atau tidak. Sama ada pahit untuk di telan atau tidak.. sememangnya owner asal telah mungkir perjanjian dengan pihak bank, tidak dapat menyelesaikan pinjaman, dan rumah terpaksa dilelong, tapi tugas kita pula.. bukan membeli dan menghalau owner asal begitu sahaja. Bukan keuntungan semata2 yang patut kita fikirkan. Kita tolong sedaya yang boleh. Keuntungan tetap kita cari untuk membantu orang lain, pertolongan boleh dizahirkan dalam bentuk idea, pemindahan ke tempat yang berkos lebih rendah atau lain2 pertolongan, disamping kita menyelesaikan baki pinjaman asal rumah tersebut, kalau bukan semua, mungkin sebahagian, sebab kita yang akan menanggung pinjaman baru/membayar rumah tersebut. Kalau kita rasa kita punya pilihan yang cukup bagus untuk pihak kita dan pihak owner asal, aku rasa kita patut membeli rumah tersebut. Mungkin rumah tersebut boleh dibeli oleh melayu proksi, dan kemudian owner asal dihalau untuk melayu proksi dan bangsa lain mencari keuntungan. Itu pandangan aku.penyelesaian terbaik tetap kita cari. InsyaAllah.

juruukur said...

kesian.. terharu aku baca.. emmm.. aku rasa apa yang tuanbri n abang dia buat tuu.. betul lah.. cara berlembut.. Insyallah mesti ada jalan keluar

Diver said...

Assalamualaikum..
Oowh..Azman ada disitu... patut bersembang awal dgn TnBri pada pagi tu..Kawan ada disitu juga.. Bid Mentari Court..
TnBri memang dapat apa yang diidamkannya.. Dia nak minum pagi pun, tak tenang, nampak berdebar2..he..he.. Senyum memanjang dia pagi tu, selepas menang. Tak apa...teruskan senyuman tu,..sedekah dan tenangkan hati isteri yang sedang menunggu hari..

Apa pun pengalaman mematangkan kita..ilmu free tuu..Cadangan nbs1205, Azman dan Faris memang boleh dipertimbangkan..
cumanya,..apa persediaan dan 'kesediaan' kita kemudiannya?
Tepuk dada tanya hati dan akal..Terpulang kpd TnBri.

OK..Kawan nak share cara kawan.. dua kes dalam 2-3 bulan lepas. Satu,..jadi cabaran minda bila ownernya ada masalah macam kes TnBri. Ke2,..owner bising2 dan kawan pun tak sedap hati nak ber'cinta' dengan owner ni.. Suami ok, wifenya,..mak oii, sombong dan bongkak...cakappun,..hmm, malas komen!

So,..kawan deal jumpa di Bank. Rujuk dan bincang bersama pegawai bank. Kawan lepaskan hak kawan sebagai pembida yang 'berjaya'.. >>dengan syarat bayar semula 10% kawan plus kos sikit sebanyak.
Kes 1, kawan jadi baik sesangat.. Alhamdulillah masih ingat kepada yang susah. Juga,ada hikmahnya. kawan dapat sub-sale di kawasan situ juga dengan harga yg sangat baik dan condition rumah yang cukup memuaskan....Kes 2...kawan kasi ajar owner tuu..tapi kawan ada untung ler..

Amaran:..Pertimbangan tahap ketiga ni..hanya sesuai bagi kes terpilih sahaja...

Jz 2 share..

**Anuar,..call kawan..jika no belum hilang..

MET said...
This comment has been removed by the author.
peruzz said...

byk jgk aku blajo dr case ni..
ilek tuanbri..cool..cool cam sifu faris ni.. hehe.. mesti ade penyelesaian tuh..cara berlembut tuh dah baguih dah.. tp owner lak susah nak nego..
option lain..bri..bagi omwer tuh sewa ngan ko.. bg sewa.. kang dier tak bayar pulok.. yela.. kalo tak.,. cane kene lelong kan..
kalo nk ikut cara diver tuh..letgo umah tuh.. owner bayo 10%+ sediki untung.. owner dan tentu tak mampu kan..
haa.. ape kata bro wat semayang hajat.. spy ALLAH dapat lembutkan ati dier n tergerak ati dier mau kluo dr situh n bro pun tlg la die sket... pindah2kan brg2 dier.. transport disponser( kene kluorkan modal jgk laa) ..
kawan2 tolong bagi idea jgk la kat bri ni utk setelkan umah ni erk

p/s : diver thank kongsi ilmu yg nego ngan owner tuh kat bank..dapat satu lg ilmu baru..thanks bro

MET said...

yang penting jgn lari dari masalah..solve this problem you dah selangkah ke level yang lain.insyaallah semua tu ade hikmahnya..

tula kalau boleh kita cube la tolong pakcik tu sebaiknya.biar dua2 belah pihak tenteram.bukan org lain pun.seagama sebangsa..yg den risau kes2 macam ni la.kang solution mudah pinjam along la ape..++masalah jdnya.

em.dah try tanya ape asset yang pakcik tu ade?kot boleh cagar.kot boleh dibuat sistem bata macam dulu2.mungkin pakcik tu boleh ikat contract bekerja tuk tuanbri..

yg terdekat carumah kwsp ade?mungkin dari situ boleh di iktiarkan..kekadg org lame2 ni dia tak perasan/tak tahu kegunaan and cmne cara2 nak gunakan kemudahan ni..

insyaallah ade jalan.tp kne cepat gak ni.sebab you pun ade due date..

kakct said...

Bila baca posting ni..mcm2 perasaan ada, bangga dgn member PMC sbb dah menang bid RP.

Tp kesihan dan sedih pulak bila kenangkn nasib family owner lama tu..dgn anak 9 org yg perlu dibesarkn..sebahagiannya perlu disekolahkn.

sblm keputusan utk berpindah diambil mesti pakcik tu fikirkn bagaimana nanti dia perlu memulakn hidup baru..menguruskan perpindahan sekolah anak2 disamping masalah2 sedia ada yg lain.

Harap ada jln penyelesaian terbaik utk kedua2 belah pihak.

azman said...

salam,

so diver was at the auction gak ye...mentari court tu sengit gak u berlawan ngan geng mamak yg dok belakang u tu...he!he!

anyway, sy kinda like approach bro diver tu, whereby re-deal balik dgn pihak bank together with the owner. at least all three party untung. tp poblem gak klu owner tu cant even afford to settle jumlah 10%++ tu.

solution bro met might be of use kat sini. try nego dgn owner jumlah dia mampu bayar as rental setiap bulan. pastu top upkan nilai minima dia mampu bayar tu dgn option untuk dia 'barter service' dia. afterall diakan taxi driver, mungkin Tuanbri ada teringin nak pakai driver untuk hantar anak dan amik anak dr sekolah/ orang umah pi pasar or even untuk Tuanbri pi balik kerja. Suruh pakcik tu charge amount ikut meter taxi pastu kontrakan jer dr amount balance fr sewaan. Atleast Tuanbri takyah berbelanja untuk duit tamabng or minyak within the period of bartering nie.

Pastu bg option utk pakcik tu untuk buy over property tu dr Tuanbri klu ditakdirkan dia mampu within the short future nie at harga kos katakan. Iyalah mana tau, esok lusa Allah turunkan rezeki kat pakcik tu ada plak duit selonggok jatuh dr langit, sure dia nak beli umah tu balik dak?

Dis way, Tuanbri still bley serve loan dr part of the money yg dia bayar as sewa dan sebahgian dr cost saving yg Tuanbri dapat fr 'bartered service' tu. And at the end of the day, klu pakcik tu beli umah tu klu mampu. And in the meantime dia anak bini masih bley continue with his normal life.

Anyway, ini cuma idea jer. The practicality and implementation is still to be considered. Waullahualam.

fariz said...

kalau nak suruh dier org kuar rumah, atleast biar lepas SPM...SPM penting.... benda2 lah yg akan merubah nasib family die org..

ps:jgn kawen lambat, usahakan jodoh

tuanbRi said...

bangga aku ada komen sebanyak ni..terima kasih atas concern korang..
memang aku rasa aku akan bg diaorg duduk sampai anak sulung lepas SPM..
tapi kalau nak beli susah sikit kot..aku br je call maintenance office, diaorg kata air x lama dah nak kena potong....dah lama tertunggak..
aku ada idea..apa kata Koperasi PMC buat lawatan sedikit sambil beramal...tolong sikit org kita, camne?

yours truly,
tB

abdul malek said...

hmmm...pakcik tu takde kpg ke?? takpun isteri dia tade kpg ke. mcm aku atau saudara yg lain, kalau ada masalah 1st aku akan cari parents kita utk mintatolong(kalau still muda lg lerkan) tapi kalau pakcik nie, takkan dia takde adik beradik lain boleh tolong?? adikberadik sebelah dia ataupun isteri dia takkan takdak kot.
takkan kejam sgt adikberadik dia nie....
kadang2 aku tengok org kite nie, planning tu biarler logik sket. 'Air' tu kena gak kontrol jgn main siram jer tak tentu arah. duduk kl beb anak 9...perghhh...
parah....kesian kat anak2...diaorang akan jadi mangsa keadaan. harap Allah swt murahkan rezeki dan bukakan pintu pakcik tu utk berusaha lebih lg.
Tuan bri baguiih jugak hang bagi anak dia lepas SPM dulu. kecian anak dia tu...

bling2 said...

hampir same cte mcm sorang minah yg dpt uma auction kat wangsa maju...
owner langsung xmo kuar umah tu.. yg minah tu dh 4 tahun bayar loan... huhu... sadis...

bling2 said...

kita xleh slhkan klo ank dia ramai 8 or 9 org ker... tu rezki dia.. tu jodoh dia...

tp kita mane yg muda2 lg ni kene beringat n mengingatkan sahabat2 kita supaya keadaan ini x berlaku pd diri kita kelak...

tnbri, ko bg la ckit modal suh bini pakcik tu jual pisang goreng ker... huhu...

nk suh koop buat, daftar pon blum lg. hehe

faris said...

wow.. 4 tahun duduk free.. owner baru yang bayarkan?? apa yang owner asal cuba buktikan dengan duduk free orang lain bayarkan?? takde rasa malu ke?? sebenarnya, kita kena tengok jugak cerita sebalik tabir, mungkin owner lama tu janda anak 9, anak yang tua masih sekolah, sementara menunggu anak nya besar dan mula bekerja 4-5 lagi, dia duduk la situ dulu, duduk free.. so bila anak dah cukup besar, dan bekerja, baru pindah tempat lain. kalau masih bersuami, dan suaminya masih bekerja, tak boleh la macam tu. prinsip kena ada. jangan terlalu mengharap belas ihsan orang, diri sendiri takkan maju kalau dengan sikap macam tu.

cahaya_azmi said...

kes.. kat wangsa maju tu sama cam member opis syy 3 tahun beli rumah lelong tp duk bayar buta je.. owner lama buat gedebe tak nak kuar....kalau sy mampu ker bersabar???

MET said...

em.dunia belum berakhir.ade lagi jalan tu.last option..
yang wangsa maju tu akak tu try check balance kat bank..lepas tu biar je takyah bayar.then seterusnya rumah tersebut akan kne lelong..kalau location memg baik.rasenya harga bidaan akan lebih RP..

harga bidaan-RP so dapatla cash money sket.untung2 dapat banyak ke.hu.mungkin black list paling kuat setahun kot/sehingga rumah tersebut dijual.detail tanya pada yang pakar..laywer ke.

watpe nak tanggung mamat tu...bio org lain tolong settlekan mamat ni.bertemu ruas..

tp still ade risk gak la..

mungkin tuanbri leh guna option last ni..dapat RP gak kan..hopefully dapat balik la sket.deposit tu..tu bagusnya property.

sekian cadangan..

tuanbRi said...

tq...

belum lagi berakhir...

maintenance office ckp bil air pun dah lama x bayar..almost nak kena potong...

aku boleh sabar...kita kan makhluk Allah...sama je
dia nak duduk few months for f.o.c.
ok je ...aku proceed sampai transfer nama..

pastu br aku ada power..
under akta Pembeli Rumah 1979

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com