Monday, October 6, 2008

Masa untuk berehat..

Cerita hari raya aku tahun ni, lebih kurang sama macam tahun2 yang sudah. Tahun ni aku beraya di JB dulu dari hari raya pertama sampai tengahari raya ke3. Malam raya baru aku gerak balik ke JB disebabkan aku masih kerja pada 30/9. Traffic okey, aku sampai dengan selamatnya lebih kurang pukul 2 pagi. Kalau boleh, memang aku nak balik awal, tapi memang aku kena kerja, so memang kebiasaan sekarang ni, kalau balik cuti beraya, malam raya baru gerak. Sampai2 rumah dah siap kemas. Aku ada adik 2 orang, harapkan diorang je la yang tolong kemaskan rumah. Rumah parents aku di JB tu besar, barang pun banyak. Kalau nak buat spring cleaning macam time raya ni, gila penat. Ntah bila nak clearkan barang tu semua. Hari ini, aku baru balik dari kampung bini aku, Felda Trolak Utara, dan baru berkesempatan online.

Selain meneruskan kunjung mengunjung ke rumah saudara mara, sempat juga aku menyinggah ke rumah uncle jaws @ ishak amin. Sebagai otai yang dah lama berkecimpung dalam bidang hartanah dan lain2 investment, banyak nasihat berguna yang disampaikan pada aku. Kalau boleh nak cerita panjang lagi, tapi aku bawak bini dan anak2, termasuk anak2 sedara aku dan adik aku, dan diorang pun nampak keboringan dengan topic property investment yang aku dan uncle jaws bincangkan, jadi tak lama sangat pun aku lepak beraya dirumah uncle jaws. Anak2 uncle jaws pun dah lebih kurang sebaya dengan azman ali atau peruzz, jadi mungkin sebab tu dia dapat pangkat uncle, tak macam dodi, yang orang panggil uncle sebab rambut dah beruban, heheh.. tapi uncle jaws memang best.. kalau ada masa kita boleh jumpa lagi, mungkin kunjungan ke melaka pulak ke.. uncle jaws jugak concern pasal orang2 muda yang mula menceburi bidang hartanah tanpa ilmu yang cukup, dan aku pun sedar tentang hal itu, sebab tu la, penting untuk aku tekankan, kita kena mendalami ilmu dan pengiraan risiko secukupnya sebelum menceburi bidang hartanah untuk mencari kekayaan. Kalau setakat satu dua, aku pun tak risau, tapi kalau kamu semua, iaitu pembaca blog, pelabur2 hartanah semua yang berhasrat untuk membeli dan terus membeli seperti mana yang aku dan orang2 lain buat, dalamilah ilmu dan bekerjasamalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman.

Esok hari, kita akan mula bekerja kembali. Usaha yang terbengkalai seminggu yang lalu akan disambung semula. Banyak kerja2 susulan yang aku kena buat minggu yang mendatang. Loan belum approved, aku kena settlekan urusan sambungan elektrik dan macam2 kerja lagi. Untuk sebulan 2 ni, aku akan berehat dari membeli hartanah lagi. Kalau ada pun, aku tak beli menggunakan nama aku. Aku Cuma akan JV dengan 2-3 orang yang aku dah deal sebelum ni sahaja, menggunakan nama mereka. Sebenarnya aku kena trim dan realign balik komitmen aku, untuk membolehkan aku mula apply housing loan under nama aku balik, dan aku juga perlu buat benda yang sama untuk nama bini aku. Process realign ni biasanya makan masa sebulan 2, sebab tujuan kita realign, untuk clearkan record ccris. Jadi, ada antara hutang2 aku yang perlu dibayar dalam jumlah yang besar, untuk merendahkan komitmen aku. Sebelum ni aku ada buka topic pasal pengiraan komitmen, tapi itu Cuma asas untuk pemahaman semua, secara ringkas. Lain kali aku boleh cerita lagi tentang pengiraan komitmen bahagian 2. pie pun macam nak berehat juga sebulan 2 ni, selapas 5 rumah yang di beli dalam bulan sept sahaja. Peluang baik macam ni gunakan lah bersungguh sungguh. Kalau ada yang ada modal tu, cari lah rumah yang baik2 bulan 10 sampai bulan 12 ni… tumpuan aku sampai akhir tahun ni, Cuma nak maintain hartanah sedia ada, termasuk menyelesaikan urusan home extra untuk aku mula kembali aktif awal 2009. Selamat berjaya semua..











1 comments:

bling2 said...

wowww.... noura... berkaca mata hitam gitew...

camat ari aye noura...
nk wit aye g mntk kat uncle azman ke, kat uncle peruzz ke, uncle syamoi ker yer... diaorg byk duit tp uncle yg ni byk utang... haha

nway, tahniah faris... raye tahun depan berempat lah pulok yer... haha

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com