Saturday, October 11, 2008

CIMB Mega auction day + Open house di rumah Matt

Pagi ini, aku attend mega auction by CIMB di Berjaya time square pukul 10.30 pagi. Aku gerak dari rumah pukul 9.00 pagi bersama Din. Ini kali pertama aku attend mega auction by CIMB di Berjaya times square. Sesampai di sana, aku sesat sebenarnya. Aku masuk lif menuju ke tingkat 13, tapi tak boleh naik, so aku naik tingkat 12. Rupa2nya aku kena masuk lif lain, dalam hotel lobby area, baru boleh naik tingkat 14 untuk ke auction room. Nasib baik sempat. Sampai di sana, Din terus makan dulu, mentang2 la ada makan free. Aku pulak ke registration room untuk buat pendaftaran dan aku dapat paddle bid nombor 14. Mega auction ni untuk auctioneers Henry butcher dan Property auction house sahaja, dan dari segi kehadiran, tak begitu memberangsangkan. Macam ada harapan dapat reserve price. Di sana juga aku ada jumpa ImanMukhriz bersama family, pembaca blog pie2020. diorang nak bid rumah area klang. Topeq dan peruzz pun datang jugak untuk meramaikan suasana atau menjadi pemerhati atau penyokong aku. Lot yang aku nak bid ni, lot 15, dan aku tak menunggu masa yang lama untuk tunggu giliran aku bid. Beberapa rumah yang pertama, pembida dapat harga reserve price, dan selepas itu ada hartanah yang ramai pembida juga. Bila sampai giliran lot 15, aku dapat lihat, senarai pembida Cuma untuk paddle bid number 14, iaitu aku. So, kesimpulannya, aku juga dapat pada harga reserve price. Alhamdulillah. Sekarang ni, aku dah takde nak terlonjak lonjak gembira dah, perasaan bila menang bid ni dah tak segembira macam masa mula2 dulu. Mungkin sebab aku dah malalui banyak acara lelongan, perasaan tu jadi biasa. Gembira tetap gembira, sebab kita dah nampak keuntungan yang bakal di jana, motivation drive tetap tinggi, tapi kegembiraan melampau dah takde… dah takde senyum sorang2 sampai ke telinga atau tidur malam termimpi-mimpi.. lepas lot 15 aku selesai, baru met dan keluarga kakct muncul. Sebenarnya met ada di bilik sebelah je, tapi met kata dia tak dapat rumah tu. ImanMukhriz pun tak dapat jugak rumah yang diorang nak bid, sebab kalah pada bidder lain. Takpe.. banyak lagi peluang akan datang. Jam masa tu dah pukul 11.15 pagi, dan selepas aku selesai dapatkan kontrak lelongan, dan dapat free gift berupa blind untuk cermin kereta, dan shopping bag, kita orang semua, kecuali ImanMukhriz dan Met, bergerak menuju ke rumah Matt untuk open house.


Hartanah yang baru dimenangi ini sebenarnya projek JV aku yang ketiga, dan yang pertama dengan ctfarazila dan tidak menggunakan nama aku. Hartanah ni namanya, casa subang yang terletak di USJ1, bersebelahan dengan mydin dan giant subang. Ianya serviced residence dan monthly maintenance fee lebih kurang RM180.00. berkeluasan 682sqft, dan nilai sewaan semasa untuk keluasan ini, lebih kurang RM1300.00. ada juga yang bersaiz 1062sqft yang boleh disewakan pada nilai RM1700.00. Tumpuan untuk disewakan pada student Segi college atau student Monash university. Hartanah baru ini juga memungkinkan satu lagi job untuk azman ali selaku wireman rasmi PMC. Insyaallah minggu depan hartanah ini boleh dimasuki, heheh.. dan selepas pasang grill, boleh mula disewakan.


Lebih kurang pukul 1 petang, kita orang sampai di rumah Matt setelah sesat sikit di jalanan. Ini pun first time pergi rumah Matt. Tuanbri juga datang untuk berkenal kenalan dengan rakan2 PMC. Hari ni juga Tuanbri dapat satu hartanah di DM pada harga reserve price juga, di acara lelongan by Ng Chan Mau dan Federal auction. Selain daripada kami, pie2020, syamoi n awek, man n ayahnya, juruukur juga turut memeriahkan rumah matt. Hari ni aku kerja petang, so tak dapat le nak lepak lama2. pukul 2.30 petang aku beransur balik untuk pergi bekerja pulak. Esok hari, masih ada rumah pie2020 untuk di kunjungi. Harap dapat berjumpa rakan2 PMC untuk terus mengeratkan silaturrahim. Esok sifu besar punya open house, mesti kehadiran pun gempak kan.. jom kita ramai2 pergi.








topeq mendengar dengan kusyuq.. amanat sifu pie





15 comments:

sepul_besut said...

tahniah laa sifu faris.. ni rezeki tok raya haji plak nie.. thn ni naik haji laa..:D

wan said...

tahniah faris..masyuk lg..

Anonymous said...

tahniah sifu faris.... satu lagi hartanah.... power siol korang ni...

just nak tau.. berapa agaknya MV casa subang ni?

all the best sifu!!

nbs1205

tuanbRi said...

faris memang power...
PowerRoot..

tahniah..

askrool said...

faruk
kalo aku nak terlibat ngan benda2 cam ni berapa modal kena ada? hartanah tu cam mana kita bayar? confius aku

gjie said...

congrats to faris!!..best giler dpt RP. blom ade rezeki kami kali ini but surely this 1st time auction we went will be a starting point for future auction events..:-)..harap2 dpt la bli b4 this year end..

ctfarazila said...

wow.. siap amik gambar dlm auction hall tu...hehehe... aku masih terasa nk lompat2 gumbira walaupon dah 3 kali masuk auction :)

juruukur said...

tahniah sifuu...

abdul malek said...

congrats faris and ct. hopes your jv will last and success always. maybe one day i will joint the jv.

topeq said...

tahniah la sifu faris..ilek je kn da mng..klu aku da melompat agknye..
faris..ape syrat nk jv ngn ko nih.. experience kne bape thun..hehe..

apeace_apani said...

tahniah!! semoga success sokmo..

bugee said...

sifu,rmh ko ni wktu sesuai wat h.extra bila?settle agreement @ tunggu sthun duluke.klau wat trus mesti kena penaltikan?boleh cerita stepnya tak..confius..

faris said...

terima kasih semua.. mv apt ni lebih kurang 200k ke atas.. bugee.. home extra ni tak memerlukan kau refi, so tak melibatkan penalty. kau cuma top up loan sahaja. sepengetahuan aku, kau boleh apply home extra once loan disburse, tapi aku juga dapat feedback yang berbeza dari rakan2 yang lain. kau boleh check dengan banker kau untuk lebih maklumat. homeextra ni produk baru dan tak ramai yang dah menggunakannya, sebab tu kebanyakan banker tak berapa tahu. ada beberapa hartanah aku yang boleh di home extrakan, tapi aku tengah tunggu loan aku untuk teratak dan pv setel dulu baru aku ambik home extra ni.

peruzz said...

syabas bro..hehe... mmg bebetul cool la sifu faris ni.. dapat umah rp pun ileks jerk.. kalo aku dapat..rase mau guling2 jerk.. erm.. org dah bese dapat rp.. camtu la kot.. hehehe..
sifu faris mmg pawer la.. sifu kepada pawer ranger.. hehehe

Matt Azuri Zukainain said...

brp..tahniah sbb dapat RP, tempat tuh memang happening cam Hartamas,

And thank you too for attending my open house. Tanpa kehadiran korang tak mungkin meriah sebegitu open house aku. Next time aku akan hidangkan gak daging zirafah panggang..hehe.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com