Tuesday, October 14, 2008

Hari yang bosan..

Pagi tadi, aku mula membuat kerja2 biasa aku di masa off day. Pertama, aku bank in duit untuk monthly payment housing loan aku, sambil tu aku jenguk banker aku. Loan aku masih belum approved. Lambat betullah. CIMB HQ masih belum review loan application aku. Tak boleh jadi ni, dah hampir sebulan sejak aku dapat rumah tu. So, aku pun terpaksa apply bank lain, sebagai back up sekiranya CIMB tak approved loan aku. Aku pilih HSBC dan aku terus gerak ke HSBC untuk apply housing loan. Di HSBC pagi tadi, aku jumpa officer melayu, namanya Hariani kot kalau aku tak silap. Mula2 sembang dia tengok aku banyak beli rumah lelong, dan dari pengalaman dia yang ada beberapa kawan yang turut rajin membeli rumah lelong, dia kata aku dah addicted to rumah lelong. Dia pun dah ada rumah investment jadi perbualan dan explanation aku menjadi mudah. Tapi terpaksa jugak aku explain kat dia situation aku dengan agak panjang lebar, tu yang aku malas nak tukar banker, dia kena faham situation aku yang agak complicated. First impression aku untuk banker HSBC ni, bagus, boleh dijadikan network. Tapi untuk approval process, akan ambil 5-7 hari lagi.

HSBC ada satu pakej yang dinamakan homesmart, dan seperti yang beberapa orang bagitau aku, ia ada facility untuk top up loan, itu pun betul juga, tapi ada sikit kelainan dari CIMB. Akaun homesmart ni sebenarnya kita boleh top up bila2 dan juga boleh withdraw bila2 juga jika ada excess yang kita letak. Homesmart ni ada 3 lock in period, iaitu 3,5 dan 7 tahun. Kalau kita nak top up loan up to market value, kita kena habiskan lock in period ni dulu, baru boleh apply top up loan. Jadi, ianya mengambil masa yang agak lama. Penalty untuk early termination atau early paid off, sama rate dengan CIMB, 3% dari jumlah loan amount. Tapi, untuk application homesmart ni, loan amount mesti lebih dari 50k. untuk loan amount below 50k, HSBC Cuma benarkan untuk pembeli hartanah yang pertama kali, maksudnya untuk sesiapa yang tak pernah ada hartanah, dan first time beli, dan harganya below 50k, HSBC boleh terima loan application untuk sekali sahaja. Rate yang HSBC bagi untuk homesmart ni, yang aku perasan lepas habis lock in period, ratenya BLR-1.95 %pa dan bila masih dalam lock in period, rate nya variable, bergantung pada berapa lama lock in periodnya, lebih kurang BLR-2 la macam tu. Maximum tenure ialah 35 tahun dan MRTA adalah optional. Kalau loan aku approved dengan HSBC ni, baru aku ambil tahu menyeluruh, yang penting sekarang aku nak secure loan dulu.

Kemudian aku gerak ke pejabat anuar hong pula untuk dapatkan refund dari lawyer fees yang aku dah bayar. Diorang akan siapkan cheque dan bila dah siap, diorang akan call aku. Ntah bila la tu diorang nak call aku. Tengahhari pulak, bila ctfarazila dah collect kontrak lelong untuk apt casa subang, aku pun gerak ke opis dia untuk aku pulak ambil copy, sebab aku nak bukak rumah tu. Din follow aku. Din sekarang ni rajin follow aku, dan Din pun rajin usha auction listing sekarang. Kalau ada yang best2 , tunggu masa je Din nak ngap rumah2 lelong ni. Bila aku sampai di Casa Subang, aku check balik maintenance bill tertunggak dan aku Tanya kalau aku boleh pecahkan rumah tu. Sebenarnya maintenance fee casa subang ni baru bermula pada bulan august, walaupun casa subang ni dah open for occupied setahun yang lalu. Patut pun up to date. Maintenance office bagitau owner rumah ni tak pernah collect kunci rumah, dan tak pernah collect auto gate pass dan lift pass pun, so aku boleh collect dari HQ office yang terletak di tingkat 18 the summit, dekat je, kat depan casa subang tu je. On the way aku gerak ke office di summit tu, jam pukul 4.00 petang, dan ada 2 buah bas yang hantar student pulang. Wow, bagus ni, memang ada peluang sewakan pada student. Aku tengok sekitaran, ada pelbagai bangsa, ada foreigner, melayu, cina, India, semua ada..

Sesampai di summit pula, officer yang attend aku pulak cakap aku kena settlekan pindah milik nama dulu, baru aku boleh dapatkan kunci dan auto gate pass dan lift pass. Macam mana pulak aku nak sewakan kalau aku tak dapat lift pass tu. Nak naik lift kena pakai pass, kalau tak lift tu tak jalan. Aku naik lift untuk 2 kali aku pergi casa subang tu pun aku tumpang orang naik lift. Takkan la penyewa nanti nak kena tumpang orang je kan.. tak syok la macam tu. Nak naik tangga, 20 tingkat tu.. hehehheheh.. officer tu kata aku kena dapatkan kebenaran dari CIMB untuk aku masuk rumah tu, since rumah tu aku beli dari CIMB. Kebenaran apa nya..bank mana nak ambik kisah semua ni. Last skali baru officer ni Tanya aku, berapa harga aku beli. Aku pun bagitau la, 145k. dia pun cakap WOW! Tersangat murah… heheheh… nampaknya aku belum boleh sewakan apt ni lagi sampai urusan dapat kan pass selesai. Paling lama pun sampai pindah milik selesai dan itu boleh mengambil masa 4-7 bulan. Impaknya, aku akan kerugian maintenance fee RM175.00 sebulan yang aku dah start dipertanggungjawabkab since semalam. Bank Cuma akan tanggung sehingga hari sabtu 10/10/2008 sahaja. HHmm.. takpe.. ini semua masalah kecil. Dalam masa ni pun bukannya aku start bayar bank pun. Yang penting skarang ctfarazila kena dapatkan loan dulu, yang lain kemudian cerita. Disebabkan aku tak dapat masuk lagi rumah tu, malas aku nak ambil gambar sekitara, mood dah hilang.. heheh.. aku ngan Din dan anak aku noura habiskan masa kat summit parade je.. makan shakeys pizza.

6 comments:

juruukur said...

Wah sifu Faris.. best tul rumah tuu.. kayo.. kayoo.. hehe

abdul malek said...

hmmm....leceh ler kalau camnie. dah menang perang tapi tak dapat masuk istana. camtu ler.

ctfarazila said...

leceh gak ek beli umah mahal nih... bagi rasuah kt org cimb suruh buat kebenaran masuk rumah boleh tak? hehehe...

nbs1205 said...

Sifu,

aku rasa cimb je kot... sebab rasanya memang ada mention dlm POS/COS pasal prohibition to enter before paying balance of purchse price....

tapi... blh kautim kot... sifu kan powerr...

nbs1205

abdul malek said...

takpe, boleh kautim jer. janji tak nampak. aku nie fleksibel. macam home extra gak ler.

Anonymous said...

faris..ada masa aku mau ikut ko gi umah nie..mcm menarik jerk...

-tuah- (kali ke 800 komen..tak berjaya2..harap kalinie lepas...tuh pasal tak penah komen )

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com