Wednesday, October 8, 2008

Survey rumah

Minggu ni aku dah mula sibuk menyelesaikan urusan hartanah aku, termasuk kerja2 survey hartanah yang aku akan bid. Sebenarnya projek jv, tak menggunakan nama aku. Aku masih dalam tempoh berehat. Bermula dari survey hartanah yang aku akan bid sabtu ni, kemudian menyemak status elektrik rumah teratak di tnb, dan last skali pergi bank untuk bayar bil disamping menjenguk banker aku untuk tau status loan application. Nasib baik elektrik rumah teratak baru dipotong bulan july, jadi mengikut kata pegawai tnb, aku Cuma perlu apply untuk akaun baru, disebabkan akaun lama dah di tamatkan akaun. Bermakna, tak perlu buat inspection, Cuma perlu tukar nama terus, jadi esok aku akan siapkan, supaya azman ali boleh mula memasang grill dan kerja2 wiring, supaya rumah boleh siap cepat dan boleh berada dalam condition untuk disewakan. Loan pulak masih belum approved, insyaallah esok lusa baru keluar result. Petang pulak pukul 4 masuk kerja sampai la pukul 1 pagi. Kalau ikutkan nak aje aku berenti kerja buat full time property investment, tapi masanya belum sampai lagi. Kerja macam sekarang pun relax jugak. Siang boleh settlekan urusan, pastu masuk kerja hati tenang skit urusan hartanah dah settle. Tadi masa aku pergi survey rumah, hari hujan, view tak cantik. Kalau dah dapat rumah tu sabtu ni baru boleh tangkap gambar lebih skit. Kalau tak dapat, tak payah la ambik gambar lagi.. Tapi rumah ni cantik jugak. Insyaallah kalau ada rezeki.
pandangan dari depan pintu

kiri rumah

kanan rumah

6 comments:

small excavator said...

not bad.

excavator rental said...

wow, very special, i like it.

Syamoi said...

sifu gaban, umah kat mana ni..cantik conditionnya..kawasan Puchong ke apa?..hehehe

ctfarazila said...

wow cantikle rumah ni... mudah-mudahan dptle..Amin :)

gjie said...

insyaAllah this coming sabtu will be my 1st time bid umah..btw, cantik umah yg nk kene lelong neh..area mane ek?..harap2 x sama la dgn property yg sy nk bid tuh(mmg lain kot sbb kt gambo neh mcm umah baru jer..)

faris said...

kalau sama pun takpe.. bid sampai menang..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com