Friday, November 7, 2008

Part II of Site visit rumah Din

Minggu ni aku kerja pagi, balik kerja petang pun banyak kerja sekarang. Busy wwoo.. hari ni pun sama. Ada beberapa appointment penting lepas kerja. Apt Permai Villa yang aku buka untuk sewa dah mula ramai yang bertanya, padahal aku baru iklankan 2 hari lepas. Ahad hari tu Man dah buat wiring rumah tu walaupun takde elektrik. Rumah Permai Villa ni la yang aku ada cerita dalam entry pasal TNB sebelum ni. Aku saja biar buat tukun (aku pun ada tukun gak.. hahahah) sebab adik aku dah book nak duduk rumah ni. Tapi tak jadi pulak. Aku biarkan je bil sampai kena potong. Minggu lepas aku ada setelkan bayaran sikit, RM200.00 je, untuk sambungkan balik elektrik. Officer TNB cakap hari tu jugak diorang akan sambungkan, aku pun percaya je la, tak pergi check pun bila aku balik rumah. Bila Man nak buat wiring, aku ingat dah ada elektrik, rupanya tak sambung lagi. Hampeh betul. Nasib baik jiran depan rumah bagi pinjam elektrik untuk man buat kerja. Tapi tak boleh test la wiring yang dah siap tu. Selasa lepas aku pergi TNB lagi, diorang call wireman untuk bagitau elektrik tak sambung lagi, semalam aku check, pun masih tak sambung lagi.. hampehnya.. so, pagi tadi aku call direct wireman incharge. So, dia bagitau hari ni pukul 12 tengahari akan siap pasang. Hari ni pulak ada orang nak tengok rumah tu. Lepas balik kerja, terus pergi rumah tu dengan bakal tenant, nasib baik dah ada elektrik. Cuma ada beberapa lampu yang masih tak menyala. Takpe, Man kena check balik. Hari Ahad ni masa meeting pra penubuhan koop aku suruh dia check balik. Hahaha.. Man kena check balik, kalau tak aku tak bayar balance duit wiring. Tenant ni ok la.. budak baru nak hidup. Nampak macam dah setuju, nanti dia akan call aku balik. Kalau boleh nak masuk minggu depan katanya. Kalau kau lambat nasib la.. esok ada orang nak tengok lagi rumah tu.

Ooo.. aku nak cerita pasal rumah Din sebenarnya. Pukul 8.30 malam tadi baru aku gerak gi Vista Pinggiran. Apt ni memang terletak di Sri Kembangan, berdekatan dengan Pasar Borong Selangor, dan Jusco Equine. Daripada Vista Pinggiran ni, nak pergi Jusco jalan kaki pun boleh, turun bukit je. Owner tu nama dia Mr Loh. Dia call aku ngan Din pagi tadi, bagitau nak jumpa. Mr Loh ni muda lagi sebenarnya, baru 36 tahun. Baik orangnya. Jumpa kat rumah tadi. Masa jumpa kat rumah, bini dia masuk dalam bilik. Cuma Mr Loh dengan anak dia je. Anak dia pun sorang, kecik lagi. Baru setahun kot umur anak dia. Banyak yang dia bagitau pasal rumah tu, siap bagitau parking kat mana dan macam2 info. Dia nak keluar dari rumah tu hujung minggu ni. Dia paham Din dah beli rumah tu dari lelong. Dia pun dah cari rumah lain nak pindah. Nanti semua kunci dan kad access dia akan serahkan pada Din hujung minggu ni. Bagus kan Mr Loh ni. Kita orang pun takde nak push sangat, tapi dia yang ambil keputusan macam tu. Dia siap bagitau jiran2 kat situ siapa, ada rumah cina, rumah Iran, rumah India, rumah melayu. Sebenarnya Mr loh ada buat business ngan kawan2, tapi kena tipu. Banyak duit dia habis. Dia cuba nak buat settlement ngan bank, tapi dah terlambat. Dia nego ngan branch, branch cakap lain, ngan HQ jadi lain pulak, last2 rumah dia kena lelong, tak dapat nak nego lagi. Dulu pun dia ada rumah lain, dah jual, hutang berlambak, gaji pekerja tak dapat bayar, hutang rumah dah lebih setahun tertunggak. Rumah tu pun cantik. Cat kaler pink cair. Kita orang takde la nak tengok dalam bilik dan ambil gambar, segan la pulak kan.. So, masalah dah setel. Actually loan pun Din tak submit lagi. Dia pun kerja pagi gak minggu ni, tapi rumah dah boleh masuk minggu depan. Sekarang Din ada option nak duduk situ atau nak sewakan terus. Ada sorang lagi member kita, carjunk pun ada rumah kat situ jugak, tapi dia takde tadi. Dia pergi kajang.. hahaha.. memang kajang la kau ni carjunk.

7 comments:

carjunk said...

Salam..haha. Nama pun carjunk so aku ada kajang masa tuh. Sorry la tak dpt joint. Ada hal penting-tlg member aku nk kawen. Dari petang sampai malam busy. Penat main Futsal pun tak abis lg. Bagus ler rumah tuh takde masalah.Siap bg kad access.hehe.rasa nyer din kena submit form asing utk kad tuh nanti sbb owner dah tukar.

Matt Azuri Zukainain said...

faris...bagus la cara ko handle rumah din...start dari auction lagi...kawasan tuh memang cantekk..tengah naik...tak rugi beli situ..btw..ader kolej ke kat situ..selain crowd dari Jusco

k.aida said...

ehehe...

faris pon ada umah tukun gak ke..
ingatkan akk sorang je suka kumpul2 tukun nih. bape faris sewakan umah Permai Villa ni faris?

faris said...

student area kat cyberjaya la matt.. nak sewa kat cyber mahal.. sewa bilik pun 300.00-400.00.. baik duduk area sri kembangan.. satu rumah pun dalam 600.00. takde masalah besar la nak cari penyewa kat VP ni. carjunk.. nanti apa2 hal din contact kau la..

carjunk said...

Nak sewa situh ok jer. ada permintaan. sewa kat student atau pekeje jusco ler.kemudahan byk situh. bas pun lalu depan VP tuh jer. tak yah jalan jauh2.

abuya said...

kesian gak kat cina tu yer. tapi ok ler dia cooperate. bgi ler masa kat dia nak pindah dari situ. anyway bape hage sewa area PV tu yer?

bird said...

menarik jugak VP ni.. rental tak tinggi, tapi mv ade potential utk appreciate..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com