Saturday, November 1, 2008

Saving on mortgage interest

Tadi wakata ada tanya aku macam mana nak habiskan cepat pembayaran loan rumah. Salah satu caranya, kita boleh bayar setiap 2 minggu, instead of kita bayar sebulan sekali. Kelebihan bayar 2 minggu sekali, atau bi-weekly, dalam setahun ada 52 minggu, dan kalau kita bayar 2 minggu sekali, bermaksud dalam setahun kita dah bayar 26 kali, yang bersamaan dengan nilai 13 bulan. Sebagai contoh, monthly payment kita RM400.00 sebulan, kalau kita bayar secara bulanan, kita akan membayar RM4800.00 setahun, tapi kalau kita bayar 2 minggu sekali, dengan kadar RM200.00 sekali bayar, 26 payment x RM200 = RM5200.00. ada extra RM400.00 setahun yang kita bayar secara kita tak sedar, yang bersamaan dengan tempoh bayaran bulanan berkurangan sebanyak satu bulan . Setiap tahun kita buat macam tu, kalau untuk loan 30 tahun, secara kasarnya, kita hanya perlu membayar selama 27 tahun 6 bulan, kita dah jimat selama 2 tahun 6 bulan, atau 30 bulan. Itu kiraan kasar, kerana kita perlu ambil kira kiraan int yang telah kita jimatkan. Sebenarnya kita akan jimat lebih daripada itu, kerana kuasa compounded int yang telah kita jimatkan. Cara yang kedua pula, kita boleh bayar 2 kali sebulan, dan kita tetap dapat berjimat. Secara mudah, aku bagi 3 contoh pengiraan. Kita ambil contoh rumah Cik Maria yang berharga RM80,000, loan amount RM72,000.00. Interest rate 5% dan pinjaman selama 30 tahun. Berdasarkan kiraan, monthly paymentnya adalah RM386.96. kalau mengikut cara biasa, Cik Maria akan serve loan nya selama 30 tahun dengan bayaran tersebut. Kalau ikut cara bayar 2 minggu sekali, Cik Maria akan bayar RM193.48 setiap 2 minggu sekali, dan Cik Maria akan menamatkan loan nya dengan 656 kali bayaran atau bersamaan dengan 25 tahun 3 bulan atau selama 303 bulan. 57 bulan telah dijimatkan. Kalau menggunakan cara sebulan bayar 2 kali, satu pada 1hb dan satu pada 15hb, dengan monthly payment yang sama, 193.48, beliau hanya membayar selama 717 kali, bersamaan penjimatan 3 bulan sahaja. Tapi, kalau nak jimat lagi, jangan bayar banyak tu sahaja, kita boleh lebihkan bayaran, instead of bayar 193.48, kita bundarkan jadi RM200.00 setiap kali bayar. Apa yang aku cerita ni adalah teori. Secara praktikal, aku pun tak buat, sebab rumah investment aku nak makan cash flow, malas nak bayar awal. Tapi masing2 ada target masing. Terpulang la nak kalau nak ikut cara mana. Secara praktikal, kita boleh guna cara ni untuk rumah sendiri.

8 comments:

bling2 said...

aku suke buat magis ni kat bebudak yg br nk knl inbesmen.. termenung diaorg sekejap. hakhak....

klo byr online or autodebit senang ar... tp klo tiap2 1hb n 15hb nk g bank... aje keje gila... huhu

nway, nice sharing is charing bro...

jeguk said...

tapi ini hanya bleh digunapakai sekiranya pakage yg di ambil adalah daily rest..compounded daily...kekadang tu ada pakage yg offer daily rest...tapi monthly compounded...so samaje ngan monthly rest..

nbs1205 said...

tapi... kalau ikut keadaan sekarang ni... sesuai ke amik daily rest ni?

aku ingat nak masuk auction minggu depan... ni tgh pk nak amik loan mana sekiranya dapat property tu nanti...

pendapat kengkawan?

nbs1205

topeq said...

gempaq la cat baru..kalh man gini..hehe.. s/b da xde ke..

al_husni said...

wah faris, site ko kene renovate ngan eric azman ker? haha.. salute la bro, cantekk...

sepul_besut said...

ini cap baru.. nippon paint punyer..

Saleha Kasim said...

kalau loan islamic rate, boleh guna method ni ke x?

faris said...

method ni terpakai untuk loan yang bersifat daily rest..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com