Wednesday, November 5, 2008

Site visit rumah Din

Hari ni , lepas balik kerja, Din tak sabar2 nak pergi tengok rumah yang baru di menangi minggu lepas. Berbekalkan kontrak lelong, kita orang pun pergi la Vista Pinggiran petang tadi. Malangnya, takde penghuni. Puas Din ketuk pintu dan panggil penghuni, nampaknya memang takde orang di rumah. Kita orang pun tinggalkan copy kontrak yang berstamp duty untuk membuktikan apt ni sekarang dah ada owner baru. Harap2 penghuni tu akan call Din atau aku untuk perbincangan lanjut. Dapat ambil gambar sekitar je, gambar dalam rumah tak dapat ambil lagi.
Apa yang aku suka disini, kalau dapat tingkat bawah sekali, groundfloor, sebabnya, ada balkoni yang luas. Memang best. Cuma masalah utama bila ada pihak yang tak bertanggungjawab yang buang sampah dari tingkat atas. Rumah yang Din dapat ni pun best jugak, corner lot dan menghadap swimming pool.


sebahagian dari kedai yang terdapat di sini.

Rumah Din tingkat 6



Ada kolam dewasa dan kanak2



9 comments:

juruukur said...

Best rumah niii.. cantik lahh.. kat area mana ekk?? kat pasar borong selangor sana kee??

Anonymous said...

umah ni mv leh pi bape faris cantik woo..bertuah ko din.rezeki2
bugee

carjunk said...

Sudah pegi tengok rumah dah. Kalo amik gambar kat sinih memang nampak lawa. Rumah din nih blok mana?Kalo ada org duduk,kena bincang dulu ler.Kalo perlu pertolongan,bgtau ler aku. aku duk situh jer.

Anonymous said...

carjunk ko dok situ gak ke? umh ko ke?

bling2 said...

din, tompang terjun tiruk jap leh x?

faris said...

MV rumah ni lebih kurang lingkungan 100-120k. rumah ni baru lagi, sebab tu masih cantik, kemudahan pun banyak. kedai runcit ada banyak, kedai makan, dobi, kedai gunting rambut, kedai jahit baju, kedai handphone, di samping kemudahan dewan badminton, sauna, gym, swimming pool, covered parking. memang best jugak la dapat rumah ni. tapi sewa tak dapat nak tinggi2, kalau kat kl dengan kemudahan macam ni, memang standard 1k ke atas la...

pie2020 said...

woww .. cantik nyee swimmingg pooollll .... nie macamm dukk sendirii pun okayy ......

faris said...

tempat cantikk.. tempat baru.. duduk sendiri la best..dah buruk sok.. sewakan la .. hahah

abuya said...

salam sifu faris. nak tanya Vista Pingiran aritu RP berapa yer. ada lg ke utk auction?. klau ada pls update me k. nak jadi jiran din dgn carjunk plak pas nie. makasih.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com