Monday, December 22, 2008

Siri : survey rumah

Untuk memperkemaskan blog ini, aku nama kan ruangan ini siri survey rumah, di mana sebelum aku pergi membida, atau kalau aku ada masa untuk survey kawasan2 baru, aku akan letakkan dalam siri ini. Ini adalah projection aku dan aku anggarkan tempat ini akan menjadi hot area dan boleh memberi pulangan yang okey kalaupun tak lumayan. Aku sebenarnya tak berapa suka masuk tempat2 yang memang ramai orang akan masuk, sebab kebarangkalian untuk menang bid pada harga rendah adalah nipis. Sekali sekala aku akan masuk hot area juga, sekadar mencuba nasib atau sekadar melepas gian angkat paddle bid, tapi aku lebih suka mencuba untuk meluaskan kawasan ke tempat2 baru. Tak semestinya Puchong, walaupun Puchonglah main target area aku. Macam tak best kalau aku letak nama tempat, jadi, nama tempat aku rahsiakan.


Apt medium cost berstatus freehold. Lebih kepada komuniti Melayu. Bila aku sampai untuk survey, aku cuba tanya penduduk setempat tentang keadaan sekitaran. Menurut ceritanya, senang sewa. Dia ingat aku nak sewakan rumah aku, dari gayanya bercerita macam nak cari penyewa. Takpe, kalau dapat baru boleh cerita. Apt ni pun masih baru sebenarnya. Baru mula diduduki bulan July 2008. Kalau search market value dalam internet tak jumpa, mungkin takde orang jual lagi. Rate sewa lebih kurang RM600.00 sebulan. Tunggakan pun tak banyak. Aku survey apt ni untuk kawan aku. Dia macam nak.. macam tak nak.. biasa lah.. orang baru nak melabur dalam hartanah, mesti ada perasaan ragu2 sikit. Kalau lah aku boleh beli lagi tahun ni, memang aku beli untuk aku sendiri. Kalau dia tak nak, dan kalau takde orang beli untuk lelongan terdekat ni, next round aku akan masuk untuk aku sendiri. Mana nak dapat, freehold, komuniti Melayu, kawasan baru, senang sewa, rumah belum diduduki, corner lot, below 100k.


Buat masa sekarang, aku offer servis aku pada mereka yang terdekat. Aku belum buka servis survey rumah pada orang lain lagi. Aku tengah belajar nak uruskan masa aku untuk benda2 macam ni. Aku tengah nak pasang kaki untuk tolong aku. Kena luaskan network untuk terus maju. Masa aku terhad sekarang.

Country view

korang tau ke kat mana ni?


Model rumah : Lelaki macho


14 comments:

tuanbri said...

rumah ni jauh daripada KL ni..
khas untuk disewakan kepada golongan tertentu sahaja...

peruzz said...

erm.. lepas resign nanti mau jadik model pulok erk...hehehe

nahar said...

weh... faris aku kerja tak ikut time opis, so kalau ko nak ajar aku ilmu survey rumah dipersilakan ler...
sedia membantu..

kawan hang said...

Pesal la aku still takde feel tgk umah ni??

faris said...

@nahar: ye.. boleh je nahar.. ala.. kau pun dah power dah..

@puan kawan: dok diam!! tunggu je esok.. dapat tak dapat.. payah tul ambik org kaya buat investor ni.

askrool said...

salam semua

kalo aku kat sabah boleh ke buat pinjaman utk umah????

tengok korang melabur nie cam mau jugak aku....

faris said...

yakin boleh asrul.. kau pilih mana kau nak.. aku uruskan.

kelang said...

salam faris,
aku berminat nak menuntut ilmu pasal hartanah ni..

Jom2Lelong said...

mcm ku tahu je tampt nie.. adakah ia p---- d----.....heheheh....

Jom2Lelong said...

tp rumah ni ada org... aku check every month dia bayar maintenance, air n api... mayb dia ni penyewa kot.. faris, ko ambik gambar kat pintu rumah sebelah lif tu ke? hahahaha

faris said...

@lelong: rumah sama.. lain unit. yang aku usha ni dara lagi.. belum ada orang duduk.

najib @ nogix said...

Macam pernahku tengok rumah2 ni...dari jauh sepanjang perjalanan aku pi keje....hehe...

Anonymous said...

salam bang saye ni budak baru belajar.. kalau rumah leleong mane nak dapatkan listing.. sebab mane yang bagus and murah semua lawyer dah kebas and satu lagi macam mana kite nak start masuk tender berape uwaang yanng diperlukan..:)

faris said...

@Anon : Tak semua lawyer kebas.. diorang pun bukan ada masa dan duit nak beli semua yang bagus2.. Boleh tengok listing di website pelelong. Aku letak 4 pelelong terbesar punya website @ Auctioneer punya link kan..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com