Friday, January 2, 2009

Aktiviti awal tahun.

Selamat tahun baru 2009. Permulaan tahun baru pun aku tak duduk diam di rumah hari ini. Apa aku buat hari ini? Pagi tadi aku repair tombol pintu rumah sewa aku di block sebelah. Payah skit nak repair tombol pintu ini, sebab ada bahagian yang dah patah, dan bahagian skru pula dah haus. Aku tak dapat tanggalkan skru untuk tukar tombol pintu, aku pakai elektrik screw driver tak boleh, aku pakai driller hammer drill pun tak boleh bukak juga. Last aku pakai tukul je, baru boleh. Tu pun ada pecah sikit pintu, tapi aku dah gamkan pakai gam kayu. Alatan je gempak, baru nak belajar guna, hahahah.. alatan kena cukup, baru boleh buat kerja sendiri. Kalau tak asyik nak upah orang je. Tak gempak la kan rumah banyak, semua kerja nak suruh orang lain repair. Kalau kita pandai buat minor repair, banyak yang kita boleh jimat. Aku ingat nak lepak ngan Bri petang tadi, tapi aku ngantuk gila, aku tidur sampai petang. Ya.. hari cuti memang bagus kita habiskan dengan tidur sampai petang. Memang best.


Malam tadi pukul 10.00 malam baru aku lepak ngan Bri dan sifu goyang, Syamoi. Payah nak jumpa Syamoi sekarang, maklum la, busy menguruskan rumah katanya, hahaha.. Hari ni aku jumpa Bri ada 2 tujuan sebenarnya. Tujuan yang pertama adalah, aku nak set up service untuk auction property. Jadi aku akan set up service ini bersama Bri. Yang kedua aku survey rumah untuk kawan aku. Tak payah cerita lokasi la, tempat ini memang hot area. Kalau masuk auction payah nak dapat RP. Selalunya memang ada bidder punya. Nak sewa senang, kemudahan awam, pengangkutan awam, semua cukup dan lengkap. Hari ini, cuma nak pergi tengok keadaan rumah dan check posbox sahaja.

Ada 2 unit yang available untuk lelong, block yang pertama kita orang pergi, ada orang. Walaupun gelap (pukul 1 pagi survey rumah, mana tak gelap), tapi dari luar kita orang dapat lihat meter elektrik bergerak, dan di luar rumah ada selipar. Posbox pun berkunci. Outstanding tak tau lagi, esok la aku check outstanding. Block yang kedua kita orang pergi ni ngeri sikit. Posbox dah kena buka, jadi posbox tak berkunci. Ada bill maintenance. Outstanding tak banyak pun. Dari luar rumah dah nampak kesan simbahan cat warna merah. Aku rasa kes along simbah cat la ni. Meter elektrik pun dah takde, pintu rumah pun tak berkunci. Kita orang selamba masuk. Ngeri beb, dah la malam Jumaat, pukul 1 pagi pulak. Selamba.. masuk dalam rumah, gelap, cahaya bulan tak cukup kuat, cahaya dari handphone terang sikit la. Dinding berconteng, ada mural dari budak2. Tulis tarikh lahir, abc dll.. macam sekolah tadika pulak.. pintu banyak yang dah pecah. Grill takde. Kalau dapat rumah ni, banyak juga la minor repair works, nak kena tukar pintu, pasang grill, cat baru. Tapi ada katil besi, kira semi furnish la.. hahahah.. rumah ni corner lot tu. InsyaAllah, kalau ada rezeki, dapat la rumah ni.



Ok, berbalik pada auction services daripada aku, kepada yang berminat, boleh call aku direct, kalau aku tak jawab, sila hantar sms. Kebanyakan dari korang semua dah faham tentang auction, jadi, korang boleh pergi bid sendiri. Tapi bagi mereka yang tiada masa, dan perlukan value added services, boleh gunakan khidmat aku. Saya sedia berkhidmat!!!

Pakej asas : Daftar sahaja. Bidding process sila buat sendiri. Ini untuk mereka yang dah faham tentang process auction. Bila korang berjaya dalam bidaan, sekiranya ada komisyen dari pihak bank, ada peratusan untuk korang.

Pakej 2 : Site Survey, Report dan bidding process.


Pakej 3 : Full pakej sehingga siap loan documentation dan disbursement. Boleh tambah sehingga dapat penyewa.

Untuk maklumat lanjut, Faris@016-6295840.
More details will be updated soon.

16 comments:

mercly said...

wow pagi2 buta buat survey.. saya mesti pilihhh..

Wida said...

mak aih.. aku terlambat skettt je.. tp aku mintak tolong tuanbri skrg ni.. then korang JV.. so mcm last-last mcm balik kat JV korang je.. hehe

charge ko survey2 hari tu mcmn ye?

faris said...

@mercly : ye.. sila pilih saya. lepas ni kalau nak g auction daftar dulu ngan aku.

@wida : takpe. aku buat jv ngan Bri. Dah tengok umah? cantik umah kau? nanti2 la kira..

Wida said...

Tengok dari luar je.. takde orang.. dah tinggal notis dah.. suruh call dlm seminggu.. Hmm..xdpt tengok lagi dlm rumah tu..

tuanbri said...

SEJARAH TERCATAT!

korang tgk gambar pintu yg ada cat merah kat atas ni...

cuba teka harga rumah tu naik sampai berapa?

cubalah teka...
nanti aku bg jawapan

Wida said...

Huhu.. wa tau harganya!! Gila mahal!! Macam harga condo je..

wan said...

salam,

tuanbri, den rs cecah 80k kot..

carjunk said...

nampak nyer sifu faris dah buka servis.JV ngan tuanbri lak tuh.
sapa ler dpt rumah ada cat nmerah tuh.hehe

faris said...

80k? tu harga biasa wan... up lagi.. teka lagi. hahaha..

wan said...

uih,lbh 80k...xkan 95k kot..tgi gle tu..ke lebih lg

faris said...

@wan: apa barang 95k.. tinggi lagi.. bersyukurla kau dapat penara dalam range 60k..

wan said...

bia benar,xkn 110k kot..bole dpt 2 biji uma tu..
alhamdulillah,rezeki dpt penara aritu.

faris said...

@wan: up lagi.. lebih dari 110k.. hahahah.. tu la nama dia sejarah..

tuanbri said...

@wan: ini kisah benar....
lebih lagi dari RM110k....
sejarah beb! aku berbangga dapat menyaksikan sejarah berlaku di NCM

Mr. Foo pun sound aku sudah geleng kepala, pening...hahaha

Anonymous said...

tuanbri, sejarah di NCM? RM117k penara kat NCM 5hb lepas ke?

wan said...

117k ke? dasat2..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com