Friday, January 16, 2009

Kerja hari ini..

Hari ini ada banyak kerja aku kena buat. Aku mulakan dengan pergi bank buat bank draft. Esok nak turun auction, kena prepare bank draft siap2. pastikan nama bank pelelong tu betul, pasti kan amount betul. Kalau tak sia2 pergi auction tapi tak boleh bid. Aku biasa buat di CIMB. Charges 2.15 untuk sekeping bank draft dan kalau kita nak cancel bank draft, chatges 2.00 sahaja. Mula2 aku keluarkan duit dari Maybank, tapi aku tak buat bank draft dengan Maybank. Maybank charge 5.00 utk bank draft dan 2.00 untuk cancellation. Mahal. Lagipun pergi CIMB boleh jumpa banker aku. Once aku dah buat bank draft, aku submit application untuk homextra. Heheheheh.. $$$$$. Apt Permai Villa aku tu dah beberapa bulan loan disburse. Tapi aku tak comfortable nak apply homextra sebab komitmen aku masih tinggi. Cuba je la. Kalau decline/reject, lain kali apply lagi.Daripada apa yang aku tahu dan aku faham, application baru ini, akan buat evaluation untuk nilai baru. Aku harap market value boleh pergi at least 120k atau lagi bagus 130k atau teramat bagus, 140k. Super bagus 150k cuma dalam mimpi je la kot. Apt Permai Villa ni dah keluar strata title individu, tapi title aku belum keluar lagi. Mungkin ambil masa lagi 3 bulan. Dalam tempoh ni aku tak boleh refinance atau jual lagi, tapi homextra adalah pilihan terbaik untuk kumpul modal. Bila title dah siap nanti, aku akan dapat geran atas nama aku untuk apt ni.

Hari ini sebenarnya last day untuk aku registerkan pembida2 untuk lelongan hari esok. Ada 2 kes lagi yang aku submit tadi. Dateline sebenarnya pukul 3 petang. Kes yang pertama takde masalah. Kes yang kedua ni, aku tak dapat contact Juruukur. Dia nak register, tapi dia busy. Ada di Johor rupanya. Berjalan je kerjanya Encik Juruukur ni. Business masyukk… pukul 2.45 baru la dapat contact Juruukur. Kelam kabut jugak la, sebab Juruukur ingat nama Auctioneer dengan nama apt yang dia nak bid je. Sebenarnya selain daripada IC number, nama penuh dan no talipon, aku perlukan maklumat lain seperti alamat hartanah, nama peminjam, nama lawyer dan beberapa maklumat lain. Tapi itu aku boleh cari sendiri. Tapi dalam masa 15 minit tadi aku kena search all the information pastu nak fax lagi ke bank pelelong untuk pastikan mereka terima dan acknowledge penerimaan, baru lah boleh dapat komisyen kalau hartanah tu berjaya di bida. Nasib baik manager aku tolong aku. Heheheh.. kelam kabut aku ngan manager aku call bank pelelong nak submit last minute registration. Bukan aku sorang je yang buat last minute registration ni, ada colleague aku, Puan May pun buat last minute registration sama dengan aku. Nasib baik sempat.
Aku teruskan aktiviti menyettlekan apt segaria pulak lepas tu. Maintenance office bukak lagi. Aku mintak tolong diorang nak bukakan bilik meter eletrik. Bilik meter elektrik sekarang ni selalunya berkunci. Nak elakkan pencuri2 daripada ambil fius tembaga. Sekali lock solex tu jammed pulak. Dah letak WD40 pun tak boleh, kalau Pie ada boleh gak kasi potong terus dia punya mangga tu pakai cutter. So nanti diorang potong mangga tu, bila dah siap diorang akan call aku. Maintenance opis tu tadi sunyi je takde orang. Dia cakap aku first cust hari ini. (pukul 4 petang baru ada cust?? Tak bayar bill ke diorang ni?) Tak dapat la aku nak check dan pasang fius kat meter elektrik hari ni. Kerja kena sambung minggu depan. Last kerja aku hari ni, pergi survey rumah. Kawasan yang aku survey hari ni bukan area aku, since aku tak beli gps lagi, aku sesat. Heheheh.. apalagi, aku pakai servis gps bergerak je la. Aku call Hanan, kejap dia dia bagi direction macam mana aku nak keluar dan sampai ke tempat yang aku nak pergi. Aaahh.. lokasi survey di rahsiakan. Ini adalah tugas untuk client. Private n confidential. Ok, aku dah ready untuk acara lelongan esok. Semoga kami (ramai yang turun membida esok ni) pulang membawa kemenangan esok.

Kepada Allah Berserah!!

*nak keluar kejap ni. nak beli bahan2 bbq. harapan tinggi nampak.. chef faris konon.. hahahah
*esok kita jumpa di Melaka!! Berhati hati di jalanraya...

0 comments:

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com