Wednesday, January 21, 2009

One full day..

Semalam merupakan hari yang sibuk. Ada banyak benda untuk customer yang aku kena buat. Penat tu biasa , nak cari makan kena korban masa dan tenaga. Tak payah nak merungut tentang itu. Tapi setiap penat tu haruslah mendapat hasil yang setimpal. Aku start kerja aku dengan pergi TNB yang dekat dengan rumah aku. Ada 4 rumah aku nak kena settlekan, dan 2 rumah takde bill. Kena check outstanding, di mana cawangan yang aku kena apply untuk tukar nama dan kos yang terlibat. Rumah Farid ada outstanding tertunggak RM3,700.00. Rumah lain sikit je, tak sampai RM200.00. Farid tak payah risau, TNB kata tak perlu bayar, cuma tukar nama ke akaun baru sahaja. Farid punya aku belum tukar nama lagi. Takpe, dekat dengan rumah. Esok aku tukar nama, expected ada api kalau tak Jumaat, mungkin Rabu depan. 2 hari bekerja.

Kemudian macam2 lagi aku kena settlekan.. pergi ambil kontrak lelong yang dah siap di KL.. pergi TNB Jalan Kelang Lama untuk tukar nama.. pergi penara untuk mintak diorang sambungkan air.. oo.. di Penara ni ada problem sikit. Mereka baru tukar management kepada JMC. Mereka tiada data tentang bill lama dan lain2.. sepatutnya daripada 9 january mereka dah dapat data dari Dwitasik, then tangguh kepada 15 january, tapi sehingga 20 january pun takde lagi. Request aku simple je, mintak sambungkan air. Sebenarnya aku dah call banyak kali, tapi tak berjawab. Terpaksa pergi office dia. Mereka tak dapat nak decide bila boleh pasang meter dan sambung air, jadi mereka akan call aku balik. Berita baiknya, petang tu mereka call aku balik dan beritahu esok mereka akan pasang meter air. Alhamdulillah. Back on track.

Kemudian ke Cendana pulak. Ada problem juga, sebab meter air tiada. Menurut maintenance person in charge di pejabar cendana tu, aku kena dapatkan deed of assignment loan dan pindah milih nama, nak letter offer by the bank dan macam2 lagi la, baru la diorang nak pasang meter air. Abah dia la.. tu kan makan masa yang lama. Dia suruh lawyer aku call dia untuk mintak explanation. Ok.. aku pass kes pada Junny. Lagipun Junny the lawyer adalah penama untuk rumah itu. Aku sempat juga ke Kurnia Insurance untuk mendaftar agency aku. Paling cepat by next week aku dah boleh start provide motor vehicle insurance. Aku start dengan Kurnia dulu. Slowly aku akan tambah lagi 5 company lain. Bukan atas nama aku sorang. Ada 3 partner. Sila support kami dengan membeli motor vehicle insurans anda dengan kami.

Mrs Junny n Siti

Last kerja aku semalam adalah menghantar kontrak lelong. 1st aku hantar ke Junny, lama aku lepak kat office dia, sebab ada banyak kes aku yang tertunggak, dan ada banyak kes yang aku submit. Junny pulak boleh blur, tunggu call dari Henry Butcher sebab kontrak lelong tak sampai2. Kalau dia as lawyer memang la auctioneers akan hantarkan kepada dia, yang dia tau sign kontrak lelong dan auctioneers akan hantar, tapi sekarang dia sebagai pembeli, dia la kena collect sendiri. Hehehe.. aku beredar dari office Junny pun dah pukul 7 malam. Then aku jumpa Matt di Kajang, janji pukul 8 malam. Nak hantar kontrak lelong Matt. Tapi Pie pulak ajak tt skali, apa lagi, RJ je la. Yang lepak semalam, Azmi, Keepitreal, aku, Matt n Pie. Aku dah mengantuk gila, pukul 10 malam aku balik.. tidur… Letih gila!!

7 comments:

syada said...

perghh..byknye menda kena buat..nsib ko gagah kan faris..bgus2..kerja kuat..rezeki berlipat ganda..insyaAllah..Aminn...

Matt Azuri Zukainain said...

Terharu la baca perjalanan hidup ko...tapi takpe..masa muda la kena hardwork..demi masa depan..Insya-Allah kami akan support bro!

Kassim Selamat said...

Nasib baik bil TNB farid tak payah bayar yer...kalau tidak pening jugak yer! RM3k...byk tuh.

ctfarazila said...

huh faris... cayalah! keje keras! x lama lagi boleh kurusla... x yah pegi gym...hehehe yg penting kite minat keje tu & masyukkkk...

Matjoe said...

kalau beginilah kesibukan tugas2 harian ko, kene amik supplement mcm pharmaton. baru bleh maintain the good health.
pasal insuran kenderaan tue, aku rasa ada baiknya ko tambah register kompeni takaful sebab org islam kt malaysia ni dh makin ramai memilih takaful berbanding insurans.
apapun, keep up the good work.

faris said...

@shayna: ye.. nasib baik aku gagah.. hahah..

@Matt: Tq matt..

@Kassim selamat: memang nasib baik.. 3.7k.. banyak tu.. saya still follow bro punya bsp kes.. dah kuar title pulak eh..

@fara: memang kurus la aku pas ni..

@matjoe: tu memang dalam plan aku.. sebab tu aku akan tambah lagi 5 company.. memang akan ada produk takaful.. jangan risau..

wakata said...

wowowow..ini org manyak bz...tapi sentiasa maintain cool. wowo, ada cik siti kat ofis junny..hee

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com