Thursday, January 22, 2009

Pecah rumah express..

Pagi tadi, aku dan Pie buat kerja pecah rumah. Kita orang start dengan pangsapuri di Ampang. Aku sampai pukul 9 pagi di rumah Pie. Gerak ikut Jalan Hulu Langat sebab nak elakkan jammed. On the way singgah kedai hardware beli tombol pintu. Tombol pintu aku cepat habis. Dulu aku beli 10, simpan stock dalam kereta, dah habis pun. Kena beli stock banyak2 lagi lepas ni. Sampai di Pangsapuri itu, lebih kurang pukul 9.45 pagi, tak sampai 5 minit dah siap buka. Ambil gambar lebih kurang, dan check apa yang patut, sembang sikit dengan jiran sebelah rumah, kita orang pun gerak ke Jalan Kelang Lama.






Sebenarnya aku nak masukkan elektrik ke Apt Cendana. Semalam aku tak bawa IC junny, jadi tak dapat tukar nama lagi. Hari ni baru settle. Pukul 10.45 pagi siap. Terus gerak ke Bandar Sunway untuk last kerja2 hartanah hari ini. Aku kerja hari ni, masuk pukul satu tengahari, sebab tu kena gerak pantas. Naik apt, terus potong mangga, buka tombol pintu, massuk rumah, check dan ambil gambar, pukul 11.15 siap buat kerja. Gerak ke Kajang hantar Pie, Pukul 12.30 tghr sampai Cyberjaya. Sempat pun pergi kerja.

8 comments:

zulrashid said...

askm faris,

lama saya tak masuk blog faris...tahniah menang auction lagi... faris tinggal mana ya?

faris said...

@zulrashid: saya tinggal di Puchong.. Bro zul tinggal di mana?

zulrashid said...

saya tinggal di desa pandan, jalan u-thant...kalu faris kebetulan lalu area ni leh lah call saya 019 379 1957

faris said...

@Zulrashid: orait.. jalan u-thant? wow..

bling2 said...

woww!!!..
kaw kedutaan...

faris, geng pecah rumah.. haha
giler la express... bas express pon x cepat camni.. haha

faris, sila luangkan masa anda hari selasa CNY ni (pagi). kt ade diskusi koop.. maklumat lanjut bakal menyusul.TQ

kelang said...

faris, ingat nak guna service hang utk pecah rumah laa... lajuu..

faris said...

@kelang: boleh.. no problem.. email/cantact/sms aku atau Tuanbri. Tahniah menang Penara. Cuma harga tu agak tinggi. Kalau boleh lepas loan 90%.. tiada masalah.. tapi kalau loan lepas setakat market value.. kau kena top up perbezaannya. Aku berminat nak tau sama ada kau kena top up atau loan lepas 90%.. last market value valued by valuer adalah sekitar 60-65k..

kelang said...

ok faris, no problem, nanti aku calling2 dan updatekan pasal rumah ni.. banyak menda beginner macam aku kena belaja lagi..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com