Sunday, January 18, 2009

Saturday 17th Auction Day part II




Ok.. aku sambung cerita pasal auction semalam. Pagi semalam aku ke lelongan Henry Butcher di bawah bank pelelong Resolution Alliance. Bertempat di Hotel Grand Continential, Jalan Raja Laut. Geng2 PMC ramai yang ke sini, sama ada yang membida, memberi sokongan atau belajar. Cuma 3 hartanah lelongan yang Geng PMC masuk, Cendana (Junny), dan 2 buah Sri Penara (Matt Kenya). Sepatutnya ada lagi yang nak masuk membida, tapi OD/ASB tak disburse lagi, modal belum ada. Masa mula registration, ada sahaja ulat yang menyibuk nak tengok kita orang nak register lot mana. Lepas dapat tahu, diorang akan pass maklumat kepada ulat lain. Tapi aku tak kisah pun. Aku datang untuk beli rumah. Aku ada budget yang dah di tentukan. Aku nak rumah. Kalau aku tak dapat, takpe, aku akan cuba lain kali.

Junny dan Malau datang sekali untuk lelongan ini, tapi diorang pass pada aku untuk angkat paddle bid. Ramai penyokong aku semalam. Elmiza(elmo), Man, Nahar, Matjoe, Jai dan Asri bersama wife. Apa yang menarik, aku berjaya dengan strategi yang aku tentukan dan aku menang. Yang penting, yakin!! Ada 6 bidder yang masuk unit Cendana ini, tapi serious bidder cuma aku dan seorang lagi pembida. Daripada 60k, last price won at 75k. Kemudian Matt punya giliran untuk membida. Penara yang pertama,ada 7 bidder. Naik sehingga 82k (low cost sampai 80k?? dah le hari tu sampai 117k. gila!!). Matt let go. Matt bagi peluang pada Elmo untuk angkat paddle bid sebenarnya. Menggigil jugak la Elmo angkat paddle bid tu, dan berdebar, walaupun bukan dia yang bid rumah tu. Next Penara, tingkat 17 (atas sekali), cuma ada 3 bidder. Kali ini anak Matt pula yang angkat paddle bid. Rezeki Matt, menang at 71k. Di acara lelongan lain, Bri pun menang rumah untuk client Satu Solution. Lepas urusan selesai, aku jumpa Bri kejap, dan sebelum kami bergerak ke Melaka, Team Satu Solution selesaikan beberapa kerja.

Apa yang kita orang buat? hhmm.. di sebabkan aku dan Bri sukakan fast work, fast services, kami terus pecah rumah dan kenalpasti apa yang perlu di perbaiki untuk rumah2 yang baru dimenangi tersebut. Rumah2 yang di pecah masuk adalah rumah2 yang dikenalpasti sememangnya kosong, dan ianya untuk client yang ambil full package. Yang pertama kami masuk adalah Cendana. Setelah di pecah masuk, di dapati rumah tersebut berkeadaan baru. Cuma habuk yang agak tebal dan rumah tersebut dijadikan tempat menghisap gam oleh remaja2 sekolah. Rumah yang kedua pula, Penara. Setelah di pecah masuk, juga rumah yang masih baru. Elektrik masih ada, cuma air yang tiada. Rumah yang ketiga kami tak dapat pecah masuk lagi kerana rumah tersebut, grillnya bermangga dan kami tak bawa cutter. Sampai di Melaka, aku terus serahkan kunci rumah untuk pemenang2 rumah lelong pagi tadi. Semestinya mereka agak impress dengan kepantasan servis Satu Solution. Itu yang kami cuba buat, dan itu yang akan menjadi cara kami bekerja. Semoga kami dapat kekalkan momentum servis yang bagus begitu untuk selamanya. Ada beberapa rumah yang kami perlu selesaikan untuk berkeadaan siap untuk diduduki dalam masa 2 minggu ini. Ini adalah tugasan Satu Solution yang pertama. Yakin boleh!!

18 comments:

sepul_besut said...

Tahniah sifu bri n faris.. nampak nyer sudah makin maju bisnes bid2 nie..

al_husni said...

faris n bri.. impressive.. tahniah for this assignment.. keep it up...

puding_melo said...

good job.

hehehe...seriyes menggigil masa nak angkat paddle bid tu. bukan apa mana la tau terlebih angkat kang terlebih bayar lak si Matt tu...x pasal2 kena marah nanti. It's a truly good first experienced ever had. Tak sabar aku nak masuk bidd. Tungguuu... Tengah kumpul modal.

masih mengantuk nie. bahana main cashflow board game.

Farid said...

Alhamdulillah..ada gak rezeki aku nk memiliki umh lelong ni.Kepada sesiapa yg nk beli tetapi mase terhad...nk g bidding tiada masa (macam aku)apatah lg nk wat survey kdaan umah,pecah umah,mskkn api air,cr penyewa dan mcm2 lagi...anda bolehla mencuba service sifu Faris di 1solution..Insyaallah dari A-Z anda akan di bantu.Dengan service cekap dan memuaskan..saya misti pilley lagi.

mercly said...

good job guys....pantas.

k.aida said...

wah... bestnye... cepat dan pantas... nanti wa nak masuk auction lagi wa musti cari ini worang.... lama lak rasanya berehat nih... adehla...rasa cam gatal je tangan nih tp nak kena wat alligment dulu apa2 yg patut dulu....

Matt Azuri Zukainain said...

Guys, aku bebetul impress ngan korang la masa bagi kunci kat BBQ...siap ngan gambar2 lagi..wow..I like!! Macam ni la yg kita mau..pantas n cekap...

Btw..Penara tuh tak worth it kalu dah lebih RM80K...tu pasal aku suruh Puding stop je...kalu dia gatai tangan gak nak angkat...effect Penara yg aku nak bid Khamis nie...

Btw, Faris..kalu senang..jumpa malam nie la...lepas ko balik keje...kita layan minum...kul 1.00 pagi pun aku sanggup tunggu ko..hehe

faris said...

@semua orang : ye.. aku akan cuba maintain cara kerja ini. sila lah pilih kami lagi untuk servis akan datang. next projek aku kena tunjuk juga hasil kerja team satu solution ni dalam blog.

peruzz said...

pawer la satusolution..tabik seepringg laa. kalo sifu faris n sifu bri teruskan keje camni.. mesti ramai yg pilih satu solution.... all da besh satusolution..
kengkawan.. sokong la kompeni orang2 kite.. melayu mesti boleh...

kelang said...

tahniah faris dan junny, walaupon aku kalah bidding cendana, tapi dapat gak belaja sikit sikit pasal auction ni. insyallah aku ambik khidmat satusolution pas pas ni..keep up the good work.

faris said...

@kelang : kau ke lawan ngan aku? kau bid sampai berapa? hhmm..naper tak tegur aku? ramai geng PMC kat belakang tu.

kelang said...

aaa faris.. aku yg bid sama2 kat belakang tu.. sori le tak tegur, rasa segan ngan korang pon ada.. maklum le, aku newbie je.. takpe, insyallah nanti aku join TT dgn geng PMC di masa akan dtg..

faris said...

@kelang: apa nak segan.. aku pun tak perasan kau yang mana.

carjunk said...

ramai nyer joint bid. nih yg best nih. aku bile la nk aktif beli umah lg nih?hehe.
Faris: perlukan tenaga tak utk bersihkan umah2 tuh?kalo perlukan,aku nk joint ler.

Matjoe said...

bro, ko turun bid utk Matt punya penara kt mana besok. mana tau bleh joint lepak2 kt auction hall. mcm nk mengular sekejab jer dari opis. jiwa meracau dgn kesibukan

faris said...

@matjoe: aku tak turun. Matt pergi sendiri. Aku kerja.

@carjunk: kalau ada aku nak gi cuci umah aku roger kau nanti..

Wida said...

nak tanya.. cendana ni area mana? keramat ke?

faris said...

@wida: Cendana ni di Cheras.. Bandar Sri Permaisuri.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com