Sunday, January 11, 2009

Siri : survey rumah (2)

Pagi tadi Team Satusolution dah mulakan tugas pecah rumah bersama Team PMC (padahal pie sorang je.. ). Pembaca semua jangan anggap Satusolution nak cuba bersaing dengan PMC2020. Kami tetap bekerjasama. Kedua dua team adalah dari kumpulan yang sama. Sekarang aku dah daftar sebagai Real Estate Negotiator, jadi aku cuba luaskan pasaran aku pada mereka yang tidak membaca blog kami. Walaupun ada juga aku terima job dari pembaca blog, itu hanya permulaan. Target market akan diperluaskan. Kalau aku ada masalah, aku akan minta tolong dari Pie, dan begitulah sebaliknya. Tak lama lagi, Bri pun akan daftar sebagai Eeal Estate Negotiator juga.

Berbalik pada cerita pecah rumah tadi, kawasan ini agak padat juga. nak parking pun susah. rate sewa tak berapa tinggi, sebab rumah low cost. Range sewa dalam 400-450.00. Rumah ini masih baru, tak perlukan banyak kerja. Cuma perlu pasang grill, pasang lampu dan minor replacement part seperti penarik flush tandas, ganti beberapa keping cermin tingkap dan pasang kipas. Nak buka rumah ni tadi senang je, sebab pie dah memang berpengalaman buka tombol pintu. Masing2 tadi bawa tool box masing2, Bri dengan tool box kecil, aku dengan tool box sederhana besar dan Pie dengan tool box paling bapak besar. Sempat juga berborak dengan jiran sekitar untuk ambil tahu hal2 kejiranan dan rate sewa. Lepas itu Pie terus shoot ke tempat lain dan aku dan Bri memulakan siri survey rumah.


Tempat survey yang pertama ialah kawasan jajahan MPKJ. Ada banyak apartment yang akan di lelong. Aku habiskan masa lebih kurang 2 jam di kawasan ini untuk melihat lebih kurang 10 biji hartanah yang akan di lelong di kawasan ini. Kerja2 survey ni memang memakan masa yang banyak. Tapi kalau dah minat, apa pun sanggup. Tempat ini tempat baru. Ada potential nak naik. Security agak bagus. Nak masuk perlukan pass untuk parking, dan untuk lif. Aku naik lif tumpang orang je. Nasib baik, sampai di pintu rumah yang pertama untuk di survey, ada orang baru keluar lift dan menuju ke rumah tersebut. Aku pun tanya la, duduk sini ke bang.. dan bermula la cerita sikit. rupanya dia ni penyewa, dan tau rumah ini nak kena lelong. Siap dah buat packing sikit2 takut2 kalau ada orang dah beli rumah itu dan suruh dia keluar. Lepas ambil maklumat sedikit sebanyak dari brader tu, kita orang pun meneruskan kerja2 survey. Tempat ini banyak foreigner. Sewa rate agak bagus kalau kita boleh dapatkan harga yang baik. Memang +ve cash flow. Ini bukan job dari client sebenarnya. ini cuma kerja2 servey untuk meluaskan jajahan ke tempat baru. kalau jadi, aku akan angkat rumah disini juga. Untuk aku.


11 comments:

tuanbRi said...

weh, mana aci ada gambar kau sorang je.?
hehehe...its ok. aku suka keep it low.

Misi pagi tadi berakhir dengan jayanya. Setiap misi akan dilaporkan di blog kelolaan Sifu Faris.

Semoga Satu Solution akan terus mara.

Remember!
"There is only one solution!"

Satu Solution Corporate Services
satusolution.blogspot.com
www.satusolution.com

wan zairulakman wan ibrahim said...

sepakat indah ker nie...geram aku

Matt Azuri Zukainain said...

Guys, thanks for the update...leh wat comparison..hehe..btw, this is another area to be considered by others..aku highly recommended korang register dan guna servive Satusolution..sbb..tak susah untuk jadi senang...walaupun kata orang bukan senang nak jadi senang..Regards.

ctfarazila said...

apa yg ko geram wan? hehehehe

kayzen said...

tahniah satusolution!

zulrashid said...

saudara faris,

itu appartment kan....saya dah gi tgk gak...bagus area tu....

zulrashid said...

sorry..nak smbung sikit lagi...tuan faris, kalu ada appartment yang nak lelong bgtau sekali...nak guna khidmat satusolution gak rasanya...

din said...

weh korang berdua...

tahniah wei...

puding_melo said...

bagus..bagus...
keep on survey...
boleh buat option nanti kalao aku nak masuk auction...bulan 4 insyaallah kalao modal sudah ada..aminn..

and aku dah boleh online skang...yaahoo..

faris said...

terima kasih semua..

@zulrashid : segan la saya, pensyarah pun layan blog saya ni. ada banyak yg auction area tu. bro zulrashid dah sedia nak bid anytime ke? email saya la untuk bagi tau requirement macam mana yag bro nak.

@elmo : simpan duit cepat. ada banyak pilihan utk kau.

zulrashid said...

tak dok hal punya la bro faris...jgn risau saya pun nak blaja gak pasal ni....sikit2 dah sedia dah nak bid...faris kat mana? kalu free leh jumpa2 dulu...saya kat KL...019 379 1957..kalu tak keberatan msg la saya..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com