Thursday, February 26, 2009

25th February Heritage Auction Day.



Pagi tadi berlangsungnya lelongan Heritage Auctioneers. Client aku yang merupakan silent reader, berminat untuk membeli Condo Bukit OUG yang dibuka pada harga Reserve Price RM77,500.00 sahaja. Unit tingkat satu, 1465sqft. Seperti yang aku jangkakan, unit ini menarik ramai pembida. Total 18 pembida berminat untuk membida unit ini. Keadaan bilik auction penuh sesak walaupun ini cuma lelongan kecil-kecilan, bukan bertaraf mega auction. Pihak pelelong terpaksa mendahulukan lot 17 ini untuk mengosongkan ruang supaya pembida2 lot 17 ini boleh keluar segera dari bilik auction setelah lelongan tamat. Sifu Goyang turut membida unit yang sama walaupun semalam aku dah pesan kalau budget rendah tak payah masuk bid. Walaupun pada pandangan aku, budget client aku dah cukup tinggi, ada juga yang lebih berbudget tinggi. Akhirnya terjual pada harga RM140,500.00. Takpe Manaf.. kita cuba lagi.





Matjoe juga turut membida unit Apt Taman Medan, dan berjaya mendapatkan unit tersebut pada reserve price. Lepas Matjoe menang, kita orang cargass pergi usha package loan CIMB di Menara PNB dan seterusnya.. seperti biasa.. kalau unit kosong.. kita pecah rumah. Hahahahah… Matjoe yang tak sabar2 nak tengok rumah lelong pertama setelah tewas 2 kali, terus ajak aku pecah rumah. Since unit tu kosong, memang aku berani pecah la. Dengan skill hasil tunjuk ajar Pie dan skill baru yang aku belajar dari Tuanbri, grill berkunci dan tombol berjaya dibuka tanpa menghadapi masalah. Cayalah Faris. Rumah belum pernah diduduki dan telah siap dipasang kitchen cabinet. Rumah milik India, dan pada tombol pintu terdapat bungkusan berbalut kain kuning. Aku pun tak berani nak pegang. Kos baik pulih sangat minimum, hanya perlu pasang lampu dan kipas, serta menukar tombol. Ada sedikit masalah crack pada tiles di dinding dapur. Kena gunakan kepakaran orang lain untuk repair tiles tersebut. Kemudian Matjoe belanja aku makan di Pelita Nasi Kandar, terima kasih. Kemudian aku kena sambung buat kerja semula.. jadi machai settlekan rumah Matt dan buat site survey. Penat sehh.. Tidur dulu.. esok ada auction lagi..


*Cuba tengok tombol tu, tak rosak pun. Terrer tak? hahahah..
*Itu bungkusan kain kuning sapa mau?

12 comments:

peruzz said...

tahniah matjoe...
mesti besh rumah ni... masyuk lah.. syabas la broo

Matjoe said...

peruzz,
terima kasih, dgn membaca blog2 geng PMC ler aku nekad nk beli sejibik lg umah

faris,
apalah sgt belanja mkn kt pelita. kerja pantas dh panduan ngko mmg x ternilai. hopefully umah gua dpt siap cepat dan dpt penyewa cepat.

syada said...

tahniah Matjoe..

weh faris cube ko amik bungkusan kaler kuning tu..bwk p bomoh..tgk apa jd? bertukar jd keliwon ke x?ahahah..

ctfarazila said...

congrats! Lepas ni boleh buat home extra la... masyukkk! ;)

faris said...

kalau bawak ke bomoh.. dia akan bertukar menjadi syadawon.

santino said...
This comment has been removed by the author.
askrool said...

bungkus kuning tu bukan pot pori ke?

juruukur said...

faris.. sifu goyang? ha ha ha.. sapa garangan kawan kita tuu? ha ha ha..

jangan dedahkan nama mereka.. biarlah rahsia.. ha ha ha

sourplum said...

waa. hari2 pon msuk auction

syada said...

sedap gak nama syadawon..syada-won..syada-menang..ahahaha..

Matt Azuri said...

Cargaskan diri anda..masanya sudah tiba untuk bid property menarik..rege rendah..wow..!

wakif said...

cayalah korang nih... cargass sungguh carik property...:)

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com