Friday, February 27, 2009

26th and 27th February Auction Day.

Semalam adalah hari lelongan Ambank di Ng Chan Mau dan Ehsan Auctioneers. Walaupun bank yang sama, waktu yang sama, tapi tempat lelongannya berlainan. Ng Chan Mau terletak di ground floor manakala Ehsan terletak di tingkat 20. Aku pula ada 1 client untuk Ng Chan Mau dan 2 client untuk Ehsan. Nak tak nak kena panggil Pie turun. Aku pergi bidding di Ehsan, dan Fahim, iaitu client Satu Solution terpaksa pergi bid sorang sementara menunggu Pie. Pie pun ada seminar semalam, tak boleh nak turun awal. Akhirnya, Fahim menang at RP tanpa perlu angkat paddle, dan aku pula di Ehsan tidak bernasib baik. Satu called off dan satu lagi tewas. Daripada 4 lelongan Pelangi Damansara, 3 daripadanya called off dan tentunya Pelangi Damansara yg sebijik ini menjadi tumpuan. Desa Mentari juga ada beberapa unit yang called off termasuk unit client aku. Lepas tamat lelongan, aku dan fahim lepak minum2 sambil sembang apa yang fahim patut buat lepas ni. Pie pun sampai. Heheheh.. orang dah habis auction baru sampai. Tahniah untuk Fahim.



Malamnya aku ke Penara Matt untuk serahkan kunci dan collect deposit daripada company yang ingin menyewakan pada pekerjanya itu. Mesti korang teruja tengok Matt dengan trademark fully furnishnya kan. Kalau korang nak buat, boleh.. tapi korang kena sangggup tanggung risiko. Sebab tu pemilihan penyewa agak ketat. Matt pun ada criteria yang dia nak. Tak boleh main sebat je penyewa, lepas tu barang2 dalam rumah pun kena sebat juga. Lain orang, lain cara dan teknik dalam pelaburan mereka. Teknik aku, teknik Pie dan teknik Tuanbri pun berbeza walaupun kami dari Satu Solution. Idea yang berbeza, percanggahan pendapat, brain storming, discussion, TT dll adalah untuk menguatkan pendapat, melahirkan idea2 baru, bukan untuk berpecah belah. Aku pun banyak belajar dari masa ke semasa. Apa yang Matt buat tu memang dari teknik dia sendiri. Matt dah pun buat fully furnish untuk pangsapuri Angsana dia lama dulu. Jadi, Penara ini cuma kesinambungan sahaja. Satu solution hanya menjadi tenaga kerja dan marketing tools untuk merealisasikan 2 biji Penara fully furnish Matt siap dan tersewa pada harga yang dikehendaki.


Hari ini pula, aku ke lelongan UOB bertempat di PAH. Aku cuma mewakili satu client sahaja, Wakif. Lelongan hari ini banyak yang dapat RP, termasuklah client Satu Sulution. Tahiah sekali lagi untuk Wakif, walaupun aku dah sms petang tadi. Cuma ada satu hartanah hot di Juta Mines, Seri Kembangan. 7 bidder, harga RP bermula dari 256k. Bidaan adalah 2k untuk setiap kali membida. Mulanya terdapat 3 serious bidder yang laju berlawan, kemudian bila masuk angka 300k, pembida mulai perlahan. Bila masuk ke angka 332k, tiba2 muncul teknik hero (mengikut kata Kak Aida). Salah seorang pembida senyap tiba2 mengangkat paddle pada harga 334k sebelum hammer diketuk. Teknik hero tersebut berjaya. Lain kali Kak Aida boleh cuba. Life aku masih terkejar2 lagi. Esok nak pergi auction lagi. Bank draft untuk esok baru buat pukul 5.30 petang tadi. Ya.. pukul 5.30 petang. Bank RHB di Puchong buka sehingga pukul 6.00 petang.



*Ahad jangan lupa main paintball eh..
*Aku luch makan sandwich Subway je, sambil update blog.

12 comments:

askrool said...

aku 1st....congrat pada yang berjaya yg kurang cuba lagi......rezeki Allah tu tak terkira ...kita yg kena cari.....

juruukur said...

faris.. tahniah tuan.. projek semakin kencang.. tahniah tahniah

Farid said...

Tahniah Kat Wakif..Leh open table tu dapat RP..Kesian kat Sifu Faris makan hotdog jer..Haha..

Matt Azuri said...

Tahniah pada semua yg menang..wowmakin ramai dapat RP la..baguss..

btw, Fahim menang kat maner?

pie2020 said...

tahniahh.. syabasss.. esok jgn lupaa ... kita off esokk .. .gii main paintball ... pastuu aku nak ajakk gii pd....

wakif said...

Alhamdulillah... dapat juga selepas percubaan ke-2... Tq faris & team. open table no hal... drop jer area kerteh boleh hello aku...

faris said...

@pie: pergi PD? mau site survey sekali ke? hahahah..

@wakif: jauhnya nak open table.. hahah.. insyaallah kita orang sampai..

treec00l said...

Matt,
Alhamdulillah RP die 66k.cume tunggakan maintenance fee je tinggi,tp insyaAllah Boleh settle.

wakif said...

@faris or sapa2 yg nak drop area sini hello jer...:) nanti aku kalu jadi aku turun kl untuk sign LO

tuanbri said...

weh, ada pergi PD ke?
usha sekali unit for me...

ok x?

Matjoe said...

wow, subway mmg sedap!! bukan sebarang hotdog, mmg bukan hotdog pon. ianya sandwich yg mewah. saiznya 1kaki ... herge rm20. mmg makanan sifu satu solution.

faris said...

aku makan 1/2 foot je la..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com