Saturday, March 14, 2009

14th March Mega auction..

Keputusan lelongan hari ini untuk tidak banyak memihak kepada rakan2 kita. Berikut adalah keputusan yang aku ketahui.

Lelongan Resolution Alliance

Cemara Apt, Bandar Sri Permaisuri : Tewas. Last price at 121k.
Bangi Seksyen 16 : Tewas. Last price at 46k

Lelongan EON Bank.

Penara (Topeq): Tewas. Last price at 73k

Lelongan RHB Bank.

Cemara Apt, Kajang (Ken): Menang. Last price at 46k.
Tiara Reach Resort (Matt Kenya) : Menang at 69k
Tiara Beach Resort (Wan Azmi) : Menang at 91k
Pang sapuri Puchong Permata (Keepitreal) : Menang RP at 26k (Low cost)
Teratak Muhibbah (Fazli) : Menang at 58k
Penara (D-11-19) : Tewas. Last price at 76k.

Yang lain tu called off. Daripada 5 Penara yang dijangka dilelong di RHB, 4 daripadanya called off. Baki satu yang di lelong akhirnya menarik 40 bidder dan akhirnya terjual pada 76k.


Pagi tadi aku ada di Lelongan Resolution Alliance. Seperti yang aku jangka, Mega Auction akan menarik ramai pembeli dan untuk kali ini, banyak hartanah2 lelongan kebanyakannya dibeli melebihi market price. Aku tak nampak ianya sesuatu yang positive kerana bagi aku personally, pembelian hartanah lelongan adalah untuk mendapatkan hartanah 20-30% di bawah market value. Apa guna bersusah payah survey, check all the outstanding, check kaveat, check keadaan rumah tanpa mengetahui keadaan dalaman rumah tersebut, membayar segala tunggakan dahulu sebelum di refund semula oleh pihak bank, mengejar masa 90/120 hari untuk menyelesaikan baki 90/95% kalau tak kena minta extension dan kena penalty, tapi akhirnya dapat pada market price? Berbaloi ke? Seriously, kalau budget anda dah sampai budget market value atau lebih, cari la subsale.. tak perlu beli dari auction. Tapi keputusan akhir di tangan anda. Duit masing2, pandai2 la manage. Kalau beli subsale, tak perlu nak bersusah payah nak buat semua yang aku sebutkan di atas. Ada yang beli low cost di Pandah Indah sampai 120k, ada yang beli shoplot reserve price 60k sehingga 132k dan ada yang beli condo unit pantai dalam reserve price 155k sehingga 190k. Aku, personally nampak, baik beli subsale.. kalau dah harga macam tu.


Kadang2 berlaku pertembungan antara rakan2 kita di acara lelongan. Itu kadang2 tidak dapat dielakkan. Tapi dalam kebanyakan kes, aku tau dari sumber aku siapa yang akan masuk unit mana di acara lelongan secara serius dan memang telah di register dan datang pada hari lelongan untuk membida. Kadangkala kita perlu beralah untuk satu pihak kalau kita sedar budget kita tak dapat melebihi budget rakan kita yg lain. Kenapa nak sekat rezeki orang lain sehingga orang lain kena bayar lebih tinggi. Aku bagi satu contoh, aku dan Bri nak masuk unit Teratak reserve price 50k. Budget aku lebih dari 70k dan budget Bri maximum 65k. Ditakdirkan hanya aku dan Bri yang masuk bidding, aku akan offer Bri compensation untuk dia tarik diri dan aku boleh dapat Teratak pada harga rendah. Tapi Bri tak percaya budget aku lebih 70k, dia cas aku saja nak dapat RP dan masing2 lawan bidding, sampai 66k, Bri surrender sebab dah lebih dari target. At the end aku menang pada harga 66k dan Bri tak dapat apa2. Aku kena bayar lebih 15k dari reserve price, lepas tu baru Bri nak kata.. Oooo budget kau memang lebih dari 70k, kalau aku tau aku accept compensation offer kau. Apa yang kita cuba buktikan kalau budget kita rendah, lepas tu kita lawan juga sampai rakan kita terpaksa bayar lebih untuk dapatkan hartanah tersebut? Aku tau la budget aku tinggi, atau budget client aku tinggi sebab aku yang pegang duit diorang. Tapi, kalau atas sebab tak percaya, aku.. no komen la… Itu pendapat masing2. Aku rasa aku dan Pie dah cuba bagi kesedaran kepada semua orang untuk invest dalam property secara jujur. Banyak teknik yang baik dan teknik yang tak elok yang kita orang dah dedahkan. Kalau masih anggap kami cuba berselindung untuk mendapatkan keuntungan sendiri.. pun aku no komen juga.. tiada ayat yang dapat aku ungkapkan, sebab, aku rasa aku dah cukup telus dalam penulisan aku, dan aku dah cukup telus bila kita semua berjumpa. Apatah lagi consultation yang kami bagi masa TT, atau dalam email, atau dalam blog adalah percuma. Aku tak terkilan benda2 macam ni, cuma aku tak berapa paham apa yang mereka berbudget rendah cuba sampaikan bila telah diberitahu mereka akan kalah dan masih mahu meneruskan niat mereka membida. Yang rapat dengan aku dan Pie tak perlu terasa dengan penulisan aku ni, sebab korang memang faham. (Bri, sila terasa!! Hahahah). So.. Its all about TRUST.


Macam biasa, lepas auction kami minum2 dulu. Terima kasih kepada Wan Azmi kerana open table di Pelita tadi. Lepas ni Pokli nak open table di William pula. Heheheh.. Diacara lelongan RHB tadi ramai yang datang bagi sokongan moral tapi aku sampai diorang dah balik pun. Aku respect dengan golongan muda yang datang dari jauh untuk menimba ilmu property investment. Sanggup datang TT di Kajang walaupun tinggal di Seremban, Rawang, Banting dll.. dan sanggup datang ke acara lelongan untuk belajar macam mana process auction. Semangat macam ni akan menambahkan network kita, dan kekuatan kita untuk bersaing dalam bidang hartanah. Aku suka korang beli property dan nikmati hasilnya. Kalau dulu masing2 ada 1-2 property, sekarang ni 2-3 orang pun dah boleh sama jumlah rumahnya dengan Pie. Kalau rumah2 aku masih tak banyak lagi, Bri gabung dengan Matt dah boleh sama dengan aku.. hehehe.. ayat poyo..

Tahniah kepada mereka yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi..
Rumah tukun Casa Subang aku telah berjaya disewakan. Alhamdulillah..
Esok Team satu Solution akan meneruskan kerja2 pecah rumah, cat rumah, baik pulih rumah dan macam2 lagi la.. back to business.. yeah..

29 comments:

Matt Azuri said...

Bro, memang sangat betullah..lam hal nie kena ader TRUST..kalu client yg lantik ko sebagai agent tak percaya kat ko...baik pegi bid sendiri..

lam kes aku...Alhamdulillah based on Satuselesai n PMC info aku dapat elak pertembungna n ygpaling penting..aku dapat kawtim agar aku tak bayar banyak kat bank..at the end dua-dua untung...:)

Aku raser lepas nie..better ko, Pie, ngan aku sekali takyah susah2 nak menulis kat blog pasal tips dll..kita wat subscribed consultation je..duit pun dapat...sbb cerita panjang2 pun ader lagi yg tak caya..amacam...another bizz idea tuh..hehe...kita wat cam real estate negotiator la..semua cas...baru padan muka semua..takmo percaya sangat..padahal aku tengok info dia lebih kurang je yg kita cerita...keke

sori..bukan la tahap aku nak cas-cas orang..tapi kesal gak la...ader gak yg sanggup melawan sesama sendiri..padahal aper yg kitorang highlightkan kat blog nie takde la unsur-unsur nak spelet sesaper..so tepuk poket tanya duit k..Salam.

Matt Azuri said...

tu ke Pokli kita...wow..mantappp...leh jadik bonzer Faris..hehe...camner Pokli..dah leh tido malam pasal Penara?

faris said...

biasanya kalau orang tanya unit x dah ada org register atau belum, aku akan bagitau.. kalau ada..aku akan pesan range budget dia kalau tak cukup kuat (aku akan bagi range.. let say above 70k.. etc).. sama ada dia lupakan.. cari unit lain.. atau up budget.. tapi kalau masih datang auction dgn budget asal.. memang saja buang masa la.. kenapa nak buang masa kalau dah tau awal2 akan kalah. Tak percaya pada aku? no komen..

sourplum said...

trust tu pnting..

sepul_besut said...

salam.. tahniah pada y menang.. sorry byk2 kpd sifu bri.. dh janji nak g tp sia2 jer aku make up cun2 nak jd pong2 boy kt tmpt auction tu..:D kene kautim ngan mamat MLM kt kedai mamak Bndr Sunway sampai pkol 2.30pm.. letih2..

Farid said...

Yes Faris..Setuju dengan kau.Mcm aku,since aku dh lantik satusolution sbg agent aku utk g bid..aku mesti ltk 100% trust..Wateva pandangan yg diberikan..kalau baik untuk aku..apa salah aku ikut kan..xderla masuk angin keluar asap..smue rugi.Kt xdpt apa2,kwn kt lak kne byr dgn nilai yg mahal..n last skali bank yg untung besar.

Apapun..Kepada bidder2 yg menang arini..tahniah diucapkan.Dan kepada yang gagal..cb lagi.Aku percaya kat sini yg gagal bukan sbb dia x mmpu nk bid..even kalau nk beli MV pn dia boleh..cmer krana anda bijak..anda dah wat kira2 dan anda lepaskan property tu krn sudah tidak selari dengan margin keuntungan yg anda kehendaki.Cuba lagi..Insyaallah,anda akn jumpa lagi yg lebih HOT and more value to ur money..

wan zairulakman wan ibrahim said...

percaya..percaya..aku biasanya tanya ctfarazila....setakat nie boleh dielakkan lagi....


keepitreal

pie2020 said...

heheh ... tak cayaa takpee ... no problemm ..biasa lah .. orang kita niee lebih percaya pada bangsa asingg ..

tuanrbi said...

Habis lah korang...Sifu Pie dah mengamuk....

Aku still x paham lagi...korang x percaya dgn kitaorg, kenapa korang lantik kita jadi agen...

Jgn samakan kitaorg dengan Ulat Antarabangsa...

Aku dan Faris Dah telus dan Jujur ..still x paham bahasa jugak eek? org kita VS org kita = siapa menang ? org BUKAN kita

sebab tu aku suruh siapa yg nak masuk auction bwh kitaorg=satu solution, turun TT sekali dgn kitaorg....bg kenal dgn semua org...

dah kalah....
1. Rumah X dapat
2. Hasilpun x dapat
3. Yuran agen KENA bayar
4. buat orang lain SAKIT hati
5. kayakan pihak BANK
6. kayakan pihak PELELONG
7. rugikan anak BANGSA

Farid said...

Wowow..Jarang Tauke bri ni ulas panjang2..Ni kira marah ker nasihat..Hehe

sepul_besut said...

Itu marah2 sayang lah Farid..

pok_li said...

hehehehe...matt boleh tido lena dah pasal penara...cuma esok nak pecah masuk rumah teratak pulak..baru menang 58k..tu pon tima kasih kat fara & pie yg tolong kautimkan dgn mereka2 yg berkenaan....takdela over price...kalau ikut budget customer farra...62k...tp dpt kautim....dpt la 58k....tq semua....tadi lepas hantar fara naik lrt...gi tgk teratak...rumah kosong...berkunci & mangga je...tikar getah dah ada...bersih...ada lampu & kipas...okla...boleh start sewa dah....:)....tq atas ilmu2 yg diberikan....

askrool said...

rezeki tuhan tu ada ...cuma kita yg perlu cari...gagal hari nie mana tau esok2 ada...ada la yg nak Dia tunjuk....IMHO kalo tak mau percaya dengan agen jgn lantik .....buang duit je (kalo duit banyak takpe la)...:)

ctfarazila said...

Tahniah pada yg menang, yg kalah cuba lagi! Byk lagi property lain di Lembah Klang ni... kite cuba lagi wokey!

Trust mmg penting... Kalau x jujur & xde trust x kemanalah kite...

ctfarazila said...

Terima kasih pada kwn2 yg open table semalam... & yg tolong hantar ke LRT... :) nice knowing all of you!

wan zairulakman wan ibrahim said...

faris...Bangi Seksyen 16 tu yang RP35k tu ker...blok 3....situ pun aku usha jugak arie tu...ader 3 tempat yang aku usha..sepakat indah, bangi seksyen 16 dan puchong permata..semuanya low cost


keepitreal

drInspirasi said...

bri..hoho..aku caya ko..jangan marah...haha

bling2 said...

quote:Cemara Apt, Kajang (Ken): Menang. Last price at 46k.

betul ke info ni? sila semak semula.tq

bri, biar diaorg buat silap dulu. so, dari kesilapan tu diaorg akan belajar... (belajar dr kesilapan). klo x buat silap diaorg x nmpk...

"i'm sorry" (amir)

KEOWN said...

wow..ada yang ambik cemara ke?

oklah tue. tingkat 4 ke?

wakif said...

tahniah pada yg menang, yg tak dapat tu cuba lagi...:)

Matjoe said...

tahniah kepada pemenang. kawtim2 ni mmg bagus. mcm unit yg aku menang jugak (bln 2 aritu). amount loan jadi x byk, amount lawyer utk loan pon jadi kurang, bayar bulan2 kt bank pon kurang. byk untung maa.

azwazis said...

salams...

apa kes nih? hehehe..

pepun...teruskan usaha korang!!

kumin_gonewiththewind said...

Aku doakan Faris and the Gang terus maju...jgn putus asa...kalu bab trust ni...mmg lah..takes time...adik beradik lagikan berbalah..

bird said...

congrats weh kepada yg menang.. betul kata farid, yg kalah pun bukannye x mampu.. ikut strategi, jgn ikut emosi..

jgn aa berebut2..ekonomi tgh tak elok ni, so byk lagi auction akan datang, jgn risau..

ayip said...

Macam mana leh jadik camnie???
adoi...TT dah sesama..kengkadang turun main game ngan PMC...kenai muka masing2...tup2...lawan sesama..bukan pasai nak tunjuk ego ke...tp mana yg kecik modal tu..beralah lar...nie nak bersaing...rugi lar...banyak rugi...

so..klu pasni wat TT tuk sape masuk auction...kalau leh nego dan let go..tu dah bagus!!!!

trusted tu...sayang lar jdk camni...banyak beza tu...

treec00l said...

1. cari rumah lelong yg berpotensi besar atau yg berada di lokasi yg dah proven.

2. cari yg 30% hingga 40% under value.

3. masok bidding.

4. kalo single bidder, dpt RP. ye ye.

5. kalo multi-bidder dan dari kalangan geng2 PMC gak, boleh ajak JV. lagi untung berbanding lawan bidding. sebab ade 2 isu, trust dan juga untung :)

6. kalo ade multi-bidder sampai 40 org, tinggalkan je. huhuhu. gi makan karipap sambil minum nescafe free yg pelelong sediakan lagi berbaloi. huhuhuhu.

peruzz said...

tahniah pada yg menang auction...
yg tak dapat tuh.. next taim ade lg.. jgn risau..insyaALLAH dapt.. anatara cepat ngan lambat jerk.. kalo da rezeki.. dapat jugokkk.. seme da komen kan.. so bace la nasihat yg org da bagi tuh...
aduii laa.. sendirik2 pn mau lawan ker..sesaje jer rugi..
tak ruginye kite bg laluan kt member2..ade hikmahnye tuhh...
mana tau kite akan dapat lagik baik punyer...

matmin said...

last week nk g bid cemara,sedar2 11 org register bid...kat sane jumpe faris(bid utk client) ngan wan nk bid umah same..geng2 blog..aku serba salah nk bid lwn member ke idak tp alang2 dh ni 1st time try bid..aku blasah bid nk try angkat kipas bernombor tuuu.

sib baik gak org lain menang nnt kecik ati member2 sendiri...

aku dh agak kompem kalah tp berharap menang sbb ni umah 1st..tp dh xde rezki..redha

aku xtau bajet faris ngan wan memula...nak tny tp segan sbb rival..dh aa aku ni 1st timer...
xtau mende ape pon..

conclusionnye kte kna bwk berbincang dlu kalo situasi ni blaku.....bg seme clear cut...jgn duk pk nak menang je...betul aa kte kena ade TRUST dlm networking ni....aku rela mengalah..

buat pe beli umah dkt m.price..bejuta lg byk umah sane...lu pk la sendiri

faris said...

@matmin : akupun tak boleh tanya budget kau dan wan berapa.. reason dia aku tak boleh nak deal dah masa tu.. ramai sangat bidder. dari masa registration lagi aku dah tau lebih dari 10 bidder, sebab tu aku takde cakap apa2 pasal deal. sekali up naik 1k.. kalau 10 kali up dari setiap bidder dah 100k.. kalau dapat at 100k pun takkan nak deal lagi.. tapi takpe.. slow2 kita cari lagi hartanah lain..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com