Monday, March 23, 2009

Baik pulih Penara lagi..

Kerja baik pulih yang sempat dilakukan hari ini hanyalah rumah Penara. Selain LP, client Satu Solution juga mempunyai beberapa unit di Pangsapuri Sri Penara. Setelah kerja2 wiring disiapkan oleh wireman kami, barulah kerja2 baik pulih selanjutnya boleh dilakukan. Pagi tadi aku ambik Pie di rumah mertuanya dan kami membeli barang keperluan dahulu. Sempat berjumpa Peruzz dan Kriggs di rumah mertua Pie. Sekarang aku dah mula dapat susun jadual aku, dan hari2 mendatang aku harap dapat menyusun jadual dengan lebih teratur. Kebanyakan rumah2 client telah dapat disiapkan. Hanya beberapa buah sahaja lagi yang akan disiapkan, expected minggu hadapan akan selesai kesemuanya sekali, insyaAllah. Apa yang akan aku buat sekarang, weekdays adalah hari untuk aku buat site survey, bidding registration, loan application, lawyer documentation, dan sessi2 yang memerlukan waktu pejabat seperti tukar nama TNB, bayar cukai taksiran, bayar maintenance fee dan lain2 urusan berkaitan hartanah lelong, hari minggu pula sessi baik pulih rumah. Buka rumah bila2 boleh. Auction day pula tiada waktu khusus, kerana auction akan sentiasa ada tak kira weekends atau weekdays. Minggu hadapan, bermula dari 25 march sampai akhir bulan, aku akan sibuk menghadiri auction untuk client Satu Solution. Semoga membawa kejayaan untuk semua client.




Untuk rumah Penara ini, rumah tidak pernah diduduki, tapi terdapat banyak sampah. Rumah ini telah dijadikan port oleh budak2 nakal. Walaupun tiada bekalan air, terdapat najis manusia yang ditinggalkan. Habuk tebal kerana tingkap ada yang telah tiada, membawa habuk masuk kedalam rumah. Kerja mencuci agak sukar kerana tiada saluran/lubang didalam rumah kecuali bahagian yard dan tandas, tetapi disebabkan ada simen yang tinggi sebagai halangan, air terpaksa disalurkan keluar. Diluar juga lubang saluran air agak tinggi dari aras lantai menyebabkan air bertakung dikawasan koridor dan akhirnya Pie terpaksa menyapu kawasan koridor sekali.. hahahah.. Untuk kerja hari ini, Jai turut membantu kerja2 cuci rumah. Selain dari itu, kerja pemasangan sinki, baikpulih system tandas yang melibatkan kejuruteraan bendalir (hahah..), tukar tombol pintu, penukaran paip2 tandas dan yard area dilakukan. Kerja akhir yang dilakukan adalah memasang tikar getah. Sebelum memasang tikar getah, kami menunggu lantai kering dahulu, jadi kami lunch. Tuanbri yang demam juga datang untuk menghantar Tenancy agreement AbeERU yang telah siap ditandatangani bakal penyewanya, tapi aku lupa nak bagi pada Pie. Bila aku nak jumpa AbeERU ni? Akak petang, barulah rumah Penara ini dapat disiapkan. Kerja2 yang belum selesai adalah menampal pintu yang telah terkopak kerana ada bahagian yang telah pecah. Kalau nak ganti satu pintu agak costly, jadi untuk menjimatkan kos, kami akan menampal pintu tersebut dengan papan lapis sahaja. Grill dan tingkap akan diselesaikan minggu depan juga, selepas itu rumah boleh disewakan. Kelang dah boleh mula iklankan rumahnya untuk disewa.


Sepatutnya kami kena siapkan rumah LP Khairul sekali. Ada tambahan tugas yang perlu dilakukan. Penyewa mahu rumah tersebut dicat semula, kerana rumah tersebut agak tak happening dengan warna putih sahaja. Lantai broken marble juga agak kusam selain parkir juga agak buruk. Dari beberapa bakal tenant yang telah melihat rumah Khairul, kebanyakannya agak hampa melihat rumah yang agak kosong. Ini semua gara2 mereka telah melihat hasil rumah Bri di LP yang akhirnya menjadi benchmark untuk bakal2 penyewa kami. Disebabkan bakal tenant Khairul adalah budak2 dari Sabah yang baru 6 bulan berada disini, dan telah memberi kata komitmen yang mereka akan sign tenancy untuk sekurang2nya 3 tahun, Khairul bersetuju untuk menukar cat kepada warna hijau, lantai broken marble akan dipolish semula dan menambah 2 unit kipas siling lagi. Walaupun semua ini akan menambah kos Khairul, tapi Khairul juga dah secure tenancy untuk 3 tahun., tambahan pula Khairul belum lagi memulakan pembayaran bulanan. Kerja mengecat belum lagi dimulakan, tapi kami akan memulakannya dalam minggu ini. Pilihan warna tenant adalah warna hijau, jadi aku pilih untuk buat 2 warna hijau. Hijau yang agak green tea dengan hijau cair. Kita saksikan macammana combination warna ni minggu depan. Aku rasa kalau kita nak cat semula warna rumah kita, selain dari warna putih, kita boleh cuba warnakan dengan warna lain. Rumah khairul adalah percubaan pertama kami. Rumah Matt Kenya juga lari dari warna putih, iaitu warna kuning, tapi tetap satu warna. Pada aku, kos untuk cat sama sahaja, dan kos bangle pun sama, jadi sebab tu aku nak cuba pakai 2 warna. Kalau nak pakai contractor utuk upah cat, aku rasa 1-2k memang tak lari. Tapi kalau pakai bangla upah hari, kos dapat dijimatkan. Paip yang tersumbat telah dialihkan kepada lubang lain, tapi aku nak buat kerja yang lebih kemas minggu depan. Nak kena beli paip lain. Nampak macam buruk je kerja yang kami lakukan tadi. Kerja akan bersambung lagi..




5 comments:

kelang said...

bes bes.. tq faris,pie&jai... sian.. koridor jiran jiran pon kena sapu jugak.. ;)

ayip said...

dalam byk2 gambo...aku paling suka gambo sifu sandar kat dinding sambil termenung...'dah sampai bulan ke bang'....hehehehe..

jgn marah...

sepul_besut said...

bro.. LP tuh sinki sumbat ker? ade simen? umah aku arituh pon ade simen.. aku tuang sume satu botol asid y sifu bri bagi.. biarkan dlm masa 1-2ari.. datang bukak paip.. tros air bawak sume pasir n simen y dh hancur sbb kene asid.. xperlu nak jolok2 n buat ape2.. just sharing..:D xtau lah boleh pakai ker x..:D sifu mesti lg arif..

pok_li said...

apa mcm bro rumah vista millinieum?bg aku 120k..alasan byr bln aku sanggup 600..so kira ttp budget tu la,

KEOWN said...

hehhe ayip... tengah penat tue.... sambikl menghitung hari

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com