Friday, March 13, 2009

Bersiap untuk lelongan esok..

Hari ini aku dah mula dapat funds dari client utk tujuan pembelian bank draft. Total 10 bank draft telah disiapkan melibatkan jumlah lebih dari RM30,000.00 dan itu hanyalah nilai 5% dari reserve price. Ada 5 pembida lain yang menyiapkan bank draft mereka sendiri. Fakta hari ini, total reserve price untuk kesemua hartanah yang akan dibida melalui aku adalah melebihi RM550,000.00 dan total jumlah maximum yang pembida2 aku akan bida adalah sehingga RM700,000.00. Korang semua memang kaya2.. Kita tunggu hari esok untuk keputusan lelongan. Aku dah bahagi2kan Team Satu Solution, Pie dan Tuanbri akan berada di Hotel Renaissance esok.




Pagi tadi aku cuba keluarkan lebih daripada 25k dari akaun Maybank, rupanya2 untuk pegeluaran wang melebihi 25k hanya boleh dilakukan di Branch of Account. Sekiranya kita mahu keluarkan juga di branch lain, caj RM10.00 dikenakan disamping perlu menunggu pengesahan dari Branch of Account yang melibatkan fax surat, telefon dan menunggu fax kembali dan itu semua mengambil masa. Tapi kita boleh juga keluarkan dari ATM machine walaupun setelah pengeluaran di kaunter, tapi tetap terhad pada jumlah 5k satu hari untuk pengeluaran di atm, jadi itu yang aku lakukan tadi. Aku tak buat bank draft di Maybank kerana satu bank draft dikenakan RM5.00. Kalau sepuluh? Lepas Jumaat lebih kurang pukul 2 petang aku ke CIMB buat bank draft untuk lelongan esok, dan diberitahu akan mengambil masa yang agak lama. Aku kena bergegas ke Ehsan sebelum pukul 3 petang. Ada auction untuk client. So, aku tinggalkan CIMB dan aku akan collect semula bank draft aku pukul 4 petang.



Aku tak jangkakan auction hari ini sengit kerana kebanyakan hartanah untuk lelongan Citibank hari ini adalah kawasan Rawang dan Klang. Client aku, Puan Hanim membida untuk Lagoon Perdana dengan reserve price bermula dari 85k. Rupanya terdapat 4 bidder. Salah seorang dari bidder itu adalah pembaca blog aku dan Pie, Renza. (Pie, Renza kirim salam.. heheh). Nampaknya Renza tidak berbudget tinggi dan tinggallah aku dan seorang chinese berlawan. Keadaan agak mendebarkan juga untuk mengesahkan kemenangan client aku, kerana chinese tersebut suka angkat last2 minit. Pelelong dah kira sampai 2 dan hampir2 nak ketuk, dia angkat lagi.. macam tu la dari angka 91k.. Konon2 ala2 teknik hero. Kemenangan client aku disahkan untuk harga 100k.. Tahniah untuk Puan Hanim. Rumah Lagoon Perdana ini telah kosong dan tiada lagi bekalan air. Pintunya dari solid wood dan tidak menggunakan tombol pintu biasa. Rumah telah siap bergrill tapi untuk buka tombol, aku tiada kepakaran untuk buka tombol jenis itu lagi. Weekend ni Team satu Solution akan membuka rumah.. kita tengok apa yang ada.. (Fully furnish?? hehehe.. you hope my friend..)
Malam ni ada TT.. berjumpa kita disana untuk perbincangan strategi dan idea2 baru untuk lelongan esok. Semoga kita beroleh kejayaan. Teruja aku dengan angka2 ratusan ribu yang akan dibelanjakan esok untuk shopping rumah.

Kepada Allah Berserah.

16 comments:

Farid said...

Agi idup agi ngelaban..:)

tuanbri said...

Tahniah Puan Hanim....

Ini job pertama Puan Hanim dengan Satu Solution...
..

semoga jodoh ini berkekalan hendaknya

wakif said...

wow banyaknyer duit....:)

syada said...

giler kentang..byknye duit..berkepok2..tp bahaya tu..sib baek faris ni ala2 bonzer..xyah dirisaukan..hehe

tahniah Pn Hanim..LP tu mau sewa berapa nnt?hehhe

Matt Azuri said...

wow..teruja aku ngan pendedahan nie...baguszz..semakin cargass..semoga good news esok...:)

awe said...

assalamualaikum...saya nie newbiee sangatttt...nie nak tanya la....pasal petikan huraian en.faris seperti dibawah:
soalan saya: adakah benar jika saya membuat bidaan keatas rumah lelong katakan 80k dengan syarat bank draf 5%, so katakan saya berjaya dapatkan harga dalam bentuk reserved price.maka disini saya dah berjaya dapatkan harga rumah yang berjumlah 76k (setelah ditolak dengan bank draf 5%)

Dan pada hari seterusnya kontrak siap dimatikan stamp.kemudian bila nak apply loan atau mana-mana bank yang boleh offerkan loan seperti pemahaman saya loan tersebut hanya lulus kebiasaan nya 90% sahaja. maka adakah benar dari segi pemahaman saya hasil rumah dari lelong yang berjaya saya perolehi 76k tadi kelulusan loan yang dapat saya buat hanya 90% sahaja dari bank maknanya saya kena dahulukan lagi sebanyak 7600k.??? so maknanya sekiranya betol andaian saya jumlah wang yang telah saya keluarkan berjumlah (5% bank draf @rm 4000 (80k dari rumah lelong) + Rm7600 untuk loan 10% =RM11600)....???? harap mana-mana otai dapat bimbing saya...terima kasih


-----petikan flow beli rumah lelong-------------
The next working day, kontrak akan siap dimatikan stamp dan kita boleh collect dari pejabat pelelong dan proceed untuk apply loan. Kebiasaannya, bank approved 90% from buying price, dan jika kita beli pada harga 80k, loan amount adalah 72k tidak termasuk MRTA. Jika deposit awal adalah 5%, kita boleh jelaskan baki 5% kemudian, pada pihak lawyer kita untuk dibayar kepada bank pelelong. Approval process untuk loan sekitar 1-2 minggu, dan setelah loan approved, kita perlu lantik lawyer untuk menyelesaikan process pindah milik nama (sama ada memorandum of transfer atau deed of assignment) dan juga loan agreement process. Kita perlu melantik lawyer dari panel bank untuk loan agreement dan lawyer yang sama boleh menyelesaikan process pindah milik atau kita boleh gunakan lawyer kita (jika ada). Kita boleh melantik lawyer kita sendiri sekiranya lawyer kita adalah panel lawyer untuk kedua dua urusan.

askrool said...

mulakan dengan Bismillah...akhiri dengan Alhamdullilah....

~tuah.rimbun~ said...

semuga berjaya

gudluck!!!!!!!!

Anonymous said...

faris-tahniah. budget aku tak tinggi bro sbb aku ni supervisor 'abang-la' saja..muahaha. apapun, semoga berjaya. -renza-

peruzz said...

tahniah kepada puan hanim..
gud luck utk yg masuk auction ari nih..
wahh.. byknye duit sifu faris.. setengah jutaa tuh.. hehe

Adiana said...

Tak sabo ni nak tunggu update brita baru ... harapnya semua sukses. Lasyat sungguh lelongan kali ni.

faris said...

@awe : berdasarkan contoh harga belian 80k, kita dapat reserve price, bermaknaya purchase price 80k. Kita telah membayar 4k, iaitu 5% deposit, bakinya 76k. disebabkan loan akan approved 90% dari purchase price, loan amount adalah 72k. baki 5% perlu dibayar kepada pihak bank kemudian. jadi, 76k bukanlah purchase price.. ianya balance yang perlu dijelaskan dalam tempoh 90/120 hari.

Paddle 15 said...

Faris... nape tak try offer compensation kat cina yg bid LP tu? Kalau tak mesti lagi lebar aku senyumm... hheeeeheheh...

faris said...

paddle 15 : seriously aku ingat ingat cuma ada 2 bidder masuk LP. Aku datang lambat la untuk bidding semalam. Lagipun aku tak suka kawtim. Prinsip aku lawan..Salah sorang yg bidsemalam, under colleague aku di KIM. KIM tak galakkan kawtim, sebab tu aku tak kawtim pun dengan saper2. Tapi sekarang ni bila rakan2 kita yg masuk bidding sesama.. itu lain cerita.

awe said...

oooooOOoooo....cam tuhh ehhh....timak kasih abg faris...nampak la gambaran dah.

Matjoe said...

kalau nk kawtim utk more than 2 person dh jadik payah. btul ckp faris, kalau org kita lg bagus kalau kawtim...

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com