Thursday, March 26, 2009

Hari ke 3 Marathon : Kemenangan RP untuk Cik PM

Semalam Cik PM bagitau aku suruh aku rahsiakan yang dia nak masuk bidding, sebab tu aku letak bukan nama sebenar. Alang2 satu, terus semua jadi bukan nama sebenar. Ini adalah percubaan pertama beliau, terus dapat RP. Tahniah. Lepas ni dah boleh open table di TGI Friday Puchong. Terima kasih. Lelongan hari ini tidak banyak pembida. Semasa pendaftaran pun aku dah boleh agak yang aku akan dapat RP untuk unit ini. Semasa aku register, registration clerk menandakan ada bidder untuk unit yang aku nak masuk pada flyer lelongan, dan aku datang register seminit sebelum registration tamat.


Ini adalah gambar hartanah yang Cik PM menang. Ada sorang brader tu sempat tanya aku kat mana aku tau ada lelongan unit ini, sebab dia nak masuk bid lain kali, nak bagi harga jatuh lagi. Dia ingat takde orang masuk sebab pelelong tak terkenal. Di lelongan ini juga, ada pulak agent yang cuba nak deal setelah dia tau ada pembida lain masuk unit yang sama. Dia nak offer 5k pada saingannya, tapi saingannya tak nak. Lawan tetap lawan.. walaupun kalah. Pelelong pun warning tak boleh main bisik2..



Tiap2 minggu ada orang menang auction.. makin bertambah beban kerja aku. Semua ni rezeki.. Rezeki korang menang.. rezeki aku jugak.. heheh.. Mungkin hujung minggu ni baru aku plan nak buka rumah. Itu pun kena tengok juga la kalau memang benar2 kosong..
Puan Paddle no 15 yang baru menang minggu lepas ada bagitau aku, pihak bank minta dapatkan bil cukai taksiran dan maintenance fee, kerana mereka nak bayar terus kepada pihak berkaitan. Ini bermakna pembeli tidak perlu menggunakan duit mereka dahulu. Bank yang terlibat ialah Citibank. Akupun pernah dapat kes macam ni, dengan HSBC. Jadi, buat masa sekarang aku nampak bank asing yang banyak tawarkan servis dan cara kerja yang mesra pelanggan. Tunggakan maintenance RM3050.00 rumah LP tersebut tidak perlu dibayar langsung. Alhamdulillah.. Untuk kemasukan api oleh TNB Subang rumah Saiful Izzuan dan Fahim.. seperti biasa.. TNB Subang memang mengecewakan. Aku dah buka akaun dari tarikh 6 March 2009, dan masa Fahim check api rumah dia pada 22 March yang lepas, masih belum ada elektrik. Aku dah report pada 23 March, hari ini pun masih belum ada juga.. Hari ini aku report lagi.. dia kata sama ada petang ini atau esok sebelum tengahari.. aahh.. TNB Subang dengan janji2 yang mengecewakan... Tolong lah berubah.. dah la rumah client2 aku banyak di sini.. rumah Farid yang baru menang semalam.. rumah Pokli yang baru menang semalam.. itu semua nak kena masuk api tu... takkan nak bagi kes penyewa masuk walaupun takde api lagi kot..
Marathon akan diteruskan esok.. ada sessi pagi dan petang.. berehat solat Jumaat.. petang sambung lagi.. habis la kerja2 aku banyak terbengkalai..
*Bri kalah pada sessi lelongan pagi tadi.. nampaknya anak Bri tak suka TBR.. ambik PD Marina la Bri..

17 comments:

pie2020 said...

wowow .. tahniah pada yg menangg ..

sapa menang lagii ari nie yerkkk

Farid said...

Tahniah pada puding melo menang RP..Pukulan pertama terus mengena..Anda mmg pandai pileyyy..:)

jeguk said...

wowww el...tahniah dapat RP tuhh...
harap2 berjangkitler RP tuh untuk aku esok....aminn...

Matt Azuri said...

wow..elmi dah start auction...baguss2...so kenapa tak angkat paddle, kalu tak jadik 2nd time angkat benda yg exciting tu..

Tahniah!

pokli said...

tahniah pada semua.byk org menang.lps ni aku rasa faris akan ambil ramai org kerja dgn dia...jgn lupa faris ari ahad ni upacara pecah tanah VM...pkl berapa free..?hehehe

wan said...

tahniah..
membe aku pn nak masuk bid kt situ..igt nak tgu harge turun lg,kene sapu gk akhirnya..

Wida said...

Waaa... tahniah pada Cik PM.. dapat RP lagi.. ni kat area mana ni.. cantik la..

puding_melo said...

thanks semua, eh aku ke cik pm tu?

farid : sifu faris yang tolong pilih.

mat : aku x pergi sebab aku bz amat. semalam pulak time closing langsung x leh kuar opis. lagipun kalao aku pergi pun x leh nak angkat paddle sebab x de sapa nak calen. hehehe

jeguk : good luck utk kao. malam tadi ada solat hajat x?

wida : location kat pandan. semua org carik penara, aku larik jauh skek dari korang.

k.aida said...

umah area mana ni el? bape RP dia faris? bape besar sf? bape mv. citer la detail skit....

puding_melo said...

k.aida :

property : pandan height condo.
rp : rm91K++
mv : rm120K - rm130K.
size : 1076 sf
sewa : around rm750
maintenance fee : rm150

Wida said...

k.aida... hehe.. nak tambah rumah ke lagi.. hehe.. minat nampak :p

puding_melo said...

eh betul ke data aku tu faris? aku pun x berapa nak sure tu.

k.aida tu otai. baru ni dengar ada buat jv kan?

juruukur said...

huyoo kawan-kawan.. hebat hebat.. kasi borang semua.. ha ha ha

wakif said...

tahniah pada yang menang... rasa tak sabar lak nak masuk bid rumah ke-2... tapi kena tunggu yg pertama settle dulu...:)

p/s: tgh tunggu agreement siap, faris kata dlm 2 minggu lagi...

syada said...

tahniah kpd puding melo..saya dah hagak cik PM adalah awak..ehehe

p/s: diam2 je ek..kata bln 4..cargas nmpak..bln 3 dh leh sapu umah..ehe

jeguk said...

el..lepas nih nak bid umah yg kat mana pulak??

bling2 said...

hureyyy...

panas!!!

cik pm ni mmg suke main sorok-sorok... hikhikhik...

nway, tahniah cik pm...

faris, x cukup kaki tangan leh call saya.. sedia berkhidmat.. haha

klo turun sri permaisuri calling2.. saya leh sampai dlm 5 mnt eja.. hehe

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com