Sunday, March 29, 2009

Kemenangan RP 28 March dan Kerja2 hari ini..





Lelongan pukul 10.30 pagi. Sepatutnya ada 4 unit yang aku perlu bida hari ini. Aku dapat maklumat awal semalam 3 telahpun called off. Tinggal satu unit yang perlu dibida, oleh Fauzie. Fauzie turut hadir untuk membida. Unit pilihannya adalah Apt TMJ di Petaling Jaya. Sesampai aku di sana aku nampak Fara dengan clientnya yang baru lepas kalah bidding. Fauzie punya giliran belum tiba. Setibanya giliran Fauzie, pelelong terus membacakan syarat2 lelongan dan untuk Federal Auction, bila dia dah start baca panjang2, maknanya dapat RP. Tahniah Fauzie. Rumah yang Fauzie bida hari ini, beliau telahpun survey sendiri. Nak harapkan aku, heheh.. agak sibuk kebelakangan ini.. Bagus.. dengan melakukan survey sendiri baru kita rasa puas dengan hasilnya.. Since aku dah advice apa yang patut, Fauzie dapat berjumpa dengan penghuni. Penghuni ialah owner, dan berbincang untuk menjualkan unit tersebut kepada Fauzie dengan harga yang lebih murah daripada RP. Syaratnya, Fauzie kena jelaskan tunggakan dengan bank berjumlah lebih 1500++.. bila dah settle tunggakan dan unit keluar dari auction listing, baru boleh bincang tentang pembelian subsale. Too good to be true… aku bagi 2 pilihan pada Fauzie.. sama ada tinggalkan hartanah tersebut.. atau masuk membida. Setelah berfikir semasak masaknya. Fauzie pilih yang ke2, dan kemenangan RP untuk Fauzie. Deal kalau takde black and white mana boleh jalan.. lepas bayar tunggakan.. unit keluar dari auction listing.. kalau owner cuma ucap terima kasih je.. apa cerita?? Sekarang ni lepas menang auction baru boleh cerita.. nak sambung sewa dengan Fauzie, atau nak cari rumah lain.. Consideration akan diberikan.




Setelah urusan lelong selesai, aku gerak ambil Topeq sebagai macha part time Satu Solution. Macha full time tengah busy buat kerja2 audit di samping baru dapat baby baru. Nama anak pun takde masa nak pikir.. Apa cerita ni macha..?? Buat masa ini tiada istilah hari cuti untuk aku.. orang lain menghabiskan weekend bersama keluarga.. aku, Pie dan Topeq bergembira mencuci rumah orang.. hahahah.. Destinasi pertama adalah rumah Dot di Shah Alam.. kerja mencuci Pie dah settlekan sesampai aku disana. Tinggal mengangkut sampah2 besar sahaja.. ada mesin jahit antik, surat khabar lama, oven/cooker dan sampah2 lain.. Bro Mafia turut join sekali.. Lebih kurang pukul 3, kami teruskan ke Desaminium untuk kerja mencuci. Kerja hari ini main air sahaja sebab wiring dah settle. Grill dah sampai tapi tak boleh pasang sebab dah petang. Hari Sabtu boleh buat kerja renovation sampai pukul 1 sahaja. Owner dah call maintenance untuk sambung meter air, tapi masih belum buat lagi. Sila expect benda2 macam ni terjadi. Grill yang telah di tempah 2 minggu yang lalu baru sampai dan belum di pasang, kemasukan elektrik yang lambat, dan lain2 hal yang membuatkan aku kerap bertukar smarpartnership dengan tukang2 yang aku gunakan. Projek banyak2.. tiap2 minggu ada orang menang lelong. Kalau kerja malas.. bertangguh.. semua tak jadi.. jangan ada sikap bertangguh kalau nak maju.. ye.. esok lusa boleh buat.. lepas tu orang menyampah.. tiada lagi projek untukmu.. Ok.. sambung balik.. disebabkan meter air telah tiada, aku kena buat sambungan haram untuk dapatkan air. Topeq belajar tukar tombol hari ini.. once kerja2 mencuci siap, rumah pun nampak cantik.. baru lah orang suka nak sewa.. Lepas habis kerja2 di Desaminium, aku dan Topeq gerak ke LP khairul dan Pie balik ke rumah nak bawak family makan luar.








Last job for the day adalah ke LP Khairul. Rumah telah disiapkan hari ini untuk kerja mengecat dan polish lantai marble. Hall area telah di cat warna hijau green tea, dan bilik di cat warna light green. Tingkap kaca telah dipotong mengikut saiz yang sepatutnya, tapi still tak bleh masuk. Bri bagi aku glass cutter untuk aku potong sendiri. First time aku buat ni, tak jadi jugak. Last2 skil potong kaca pakai playar, baru ngam. Tapi tepi2 dia memang buruk gila la.. tak kisah la.. asal boleh.. heheh..Banyak kerja yang Khairul cuba buat sendiri, macam syelek semula lantai, kasi kilat balik, dan cuba betulkan lampu tak tak boleh jugak.. heheh.. Bila kita buat sendiri rumah kita, puas hati dia lain dari kalau suruh orang buat. Aku dah biasa buat untuk rumah sendiri, memang puas hati.. last2 kedai hardware dah jadi tempat shopping utama sekarang ni.
* Gambar Topeq ketawa tu sebab aku tengah bukak cerita minyak kereta habis tadi. Lagi 10 meter nak sampai petronas minyak kereta aku habis terus. menolak la kejap.. heheh

3 comments:

tuanbRi said...

peehh...cantik siut LP khairul..
dah pun berjaya disewakan oleh
Satu Solution Corp.

Kali ni tuan rumah turun jugak betulkan rumah sendiri...

syada said...

asal sume org dpt rumah cantik2 ni..jeles2...
tahniah khairul n syabas satu solution...=)

Matt Azuri said...

Tahniah! Tahniah...wow semakin cargass korang aku..jeles lak aku..hehe

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com