Saturday, March 7, 2009

Kemenangan RP lagi untuk Puchong Permata

Bertempat di Berjaya Time Square, lelongan CIMB pagi tadi, client Satu Solution telah berjaya mendapatkan Apt Puchong Permata pada harga reserve price. Tahniah kepada Saiful Izzuan. Aku dah bagi Saiful pegang paddle untuk dia melawan, tapi rezeki yang murah, beliau menang pada harga reserve price. Lelongan pagi tadi bermula dengan sedikit kekecohan bila unit pertama yang dilelong terdapat masalah teknikal. Pelelong menyangka unit tersebut hanya terdapat seorang pembida dan terus mengisytiharkan beliau menang pada RP, tetapi terdapat pembida lain yang telah mendaftar tetapi no paddle tidak keluar pada skrin. Akibat masalah tersebut, pelelong mengisytiharkan unit tersebut called off dan akan dilelong semula pada bulan hadapan. Pembida tadi tidak berpuashati dan menarik diri dari semua unit2 yang bakal dibidanya juga. Walaupun musim gawat, masih terdapat pelabur/pembeli hartanah yang tetap membeli hartanah bernilai tinggi seperti penthouse duplex unit bernilai 400k dan juga condo unit 262k. Cara Mr Foo psycho emosi pembida juga berjaya bila unit tersebut yang pada awalnya reserve price at 234k, dan market value pada 260k akhirnya terjual pada 262k. Kami keluar awal untuk mengambil kontrak lelong dan sebelum balik Saiful belanja aku makan di Kenny Rogers. Makan Grilled Fish Balinese style. Thank you..



Ya.. Saiful makan dengan penuh semangat sekali setelah menang rumah pada harga reserve price. Selepas selesai acara lelongan, aku mulakan tugas.. baik pulih rumah. Yeah.. rumah Saiful Izzuan aku belum pecah masuk lagi, walaupun unit tersebut kosong. Esok lusa boleh buat.. no rush. Rumah pertama hari ini ialah rumah Matjoe lagi. Sepatutnya Man nak buat tiles yang crack tersebut, tapi akhirnya tak dapat buat sebab tiada kepakaran dalam membuat tiles pada dinding. Pie akan cuba buat sendiri esok, kita saksikan hasilnya esok.. kerja2 yang dapat dibuat hari ini ialah, membuka grill yard area dan mencuci yard area tersebut dan memasang cap pipe yang tertanggal. Memang kotor gila sebab cap piping yang tertanggal tersebut mengakibatkan air basuhan dari tingkat atas rumah mengalir terus ke yard area. Masalah telah diselesaikan. Dari rumah Matjoe, kami ke Desa Mentari Eezone untuk membuka rumahnya. Rumah yang dibeli pada bulan puasa tahun lepas, telah dikosongkan oleh penghuni (lagi kes study Desa Mentari yang owner duduk, dan akhirnya berjaya dikeluarkan setelah sekian lama). Owner lama sepatutnya hand over kunci, tetapi sampai sekarang tidak dapat dihubungi. Rumah telah dikosongkan minggu lepas, dan akhirnya kami buka sendiri hari ini. Tidak banyak yang pelu dilakukan untuk unit ini. Hanya perlu pasang tikar getah didalam bilik, cuci rumah dan rumah boleh siap disewakan.





Kerja terakhir hari ini ialah rumah AbeERU di Kota Damansara. Grill telah siap dipasang dan AbeERU minta pintu depan dicat semula. Siap. Cat pintu 10 minit boleh siap. Tapi cat akan di double layerkan nanti, tadi tak sempat nak tunggu kering. Lebih kurang 6-7 bakal2 penyewa telah melihat rumah ini, tapi masih belum ada yang benar2 berminat untuk menyewa. Sabar.. InsyaAllah ada. Pukul 9 malam, kami ke William untuk makan malam. Hari ini aku order BBQ Beef, aku ingatkan portion dia kecil dari Mix Grill, rupanya lebih kurang sama. Lain kali kena order yang lain pulak. Selain dari itu, Bri order Chilli Crab, Mash potato dan Bang Bang Squid, dan Pie makan nasi goreng seafood. Air aku.. Ribena anggur longan dan Bri, seperti biasa, avocado coklat. Esok mau cargass kerja lagi. Pagi esok nak settlekan rumah2 orang lagi.. macam ni la life aku sekarang. Keluar pagi.. balik malam… kesian kat anak bini aku..







15 comments:

wakif said...

bagus2... sape lah yg bertuah tu...:)

wan zairulakman wan ibrahim said...

tahniah...


keepitreal

topeq said...

sambil bikin umah..sambil update blog..

Farid said...

Tahniah Saiful.Kmenangan berganda.Menang bid and dpt Rp lagi..Mesti lain feel dia kalau dapat RP ni.

Matt Azuri said...

Faris, jangan mengeluh..kang aku offer swap ngan keje aku kang..baru tau dok kat kenya..hehe

treec00l said...

tahniah Saiful, satu lg unit puchong permata dimenangi tanpa bertanding :) wowow,1
solution mmg cargas.

Diver said...

Tahniah,,,
jeloz nya kawan..

tuanbRi said...

kenapa nak jealous En. Diver?
masing2x ada peluang sendiri...
kita hanya mampu merancang,
tuhan menentukan...

bila lagi? hehehe

Salam

askrool said...

congrats .....rezeki murah tanda suruh ingat org2 tersayang....

k.aida said...

sapa lagi yang menang RP tuk pucong permata ni? ni apt bape sf eh? ini apt manyak lawa..... suda ada kitchen kabinet lak eh... dpt bae RP eh? sewa buleh dpt bape? nak ff kan dia ke? eheheh.....best.. best.. tahniah....

Diver said...

hmm..hmm..
cemburunya bersebab..
jeloznya berpunca..

kawan belum penah dapat RP,..
hu..hu..

lain2 tu,,,memang rezki memasing..
bagusnya,..ramai orang kita dah bercimpung dalam hartanah niih..
dulu2..baik lelong rumah atau tanah..
di hotel besar, court atau pejabat tanah,..susah nak jumpa..

now..networking dan berforum sebegini, memang baik..

Tahniah sekali lagi...

pie2020 said...

brii .. awakk tau takk dgn sapa awakk cakapp tu .... tuu tuann diver.... sifuu segala sifu .... tanpaa diver duluu ... sapa lah aku .... diver yg bykk share infoo masa duluu ....orang lamaa .. bykkk pengalamann .. networkingg dia lagii besarr ....dia dahh lama melibat kann dirii dlmm propertiess ... jauhh lagii lama darii kita semuaa ... 1 stt rumahh diverr... kita pun lumm sekolah lagii tau... heheheh ...
diver.. bilaa mauu mengtehhhh. ..

saiful said...

hehe..terima kasih sifu untuk rumah 1st..=)

Matjoe said...

wow, ada lg gambar umah aku. mmg best, tp yg tile terkopak tu mmg turn-off skit.
faris, bila nk tunjuk peta pegi william. masyuk2 aku dgr menu dia....

pie2020 said...

mat joe...

aku leh tunjukkkann arah nak gii williamm .. kenaa bawakk aku sekali laahh .. hahahah

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com