Sunday, March 8, 2009

Kerja hari ini..

Hari ini aku keluar rumah pukul 10 pagi.. balik rumah pukul 3 pagi.. hari2 yang dilalui masih sibuk. Aku cuba nak schedulekan diri aku supaya aku boleh bersama keluarga, tapi buat masa ini masih belum dapat lagi. Kelmarin, Noura pesan suruh aku belikan mash potato KFC, at last mash potato tu jadi breakfast dia semalam. Semalam, Noura pesan pada aku suruh belikan roti canai, at last jadi breakfast dia pagi tadi.. Kalau keadaan masih sibuk, aku akan usahakan untuk ambil office unit untuk dijadikan pejabat Satu Solution, letak kerani cum secretary untuk kerja2 admin. Ada beberapa projek yang akan diwujudkan nanti yang memerlukan Satu Solution mempunyai office dan pekerja untuk urusan pejabat. Lagi pula, boleh dijadikan stor peralatan company. Aku kena tengok sebulan dua lagi macam mana perjalanan Satu Solution.



Untuk projek baik pulih rumah hari ini, kami menggunakan tenaga import, Encik Topeq. Topeq pun samala, balik pagi2 buta sama macam kita orang.. mesti Topeq pun penat gila. Anyway, terima kasih Topeq kerana tolong kita orang hari ini. Pagi tadi bermula dengan beli barang di kedai hardware. Puas mencari kedai jubin untuk repair tiles rumah Matjoe, tapi hampa, semua kedai tutup. Cuma ada satu sahaja yang buka, itupun stornya tutup, dan tiada stock untuk tiles. Pie yang akan merepair tiles rumah Matjoe tersebut. Kereta kontraktor aku memang sarat dengan barang2, terpaksa singgah Apt Puchong Permata Fahim untuk unload kipas dan lampu. Once api dah masuk boleh terus datang pasang je.

Hari ini, ada 4 rumah yang Satu Solution cuba siapkan. Rumah pertama ialah Desa Mentari Eezone. Cuma perlu cuci dan pasang tikar getah sahaja. Rumah telah dibuka semalam. Rumah Eezone ni corner lot, tingkat 2 di Block 7. Block 7 ni pun banyak kemudahan kedai dan berdekatan stesen minyak Petronas. Rumah ini akan diuruskan oleh Satu Solution dari segi pengurusan dan kutipan sewa bulanan. Owner cuma tunggu duit masuk sahaja tiap2 bulan. Segala kerenah penyewa atau kerosakan rumah, Satu Solution yang akan selesaikan. Rumah akan mula diiklankan untuk disewa. Cuma Desa Mentari ni, dah mula ramai kawan2 kita yang dapat kes yang tak best, disebabkan owner yang tinggal dirumah tersebut. Eezone sendiri terpaksa menunggu beberapa bulan sebelum rumah dikosongkan oleh owner lama.







Rumah berikutnya ialah rumah Matjoe, iaitu repair tiles. Tidak semua tiles dapat dipasang akibat kekurangan tiles. Esok kami akan sambung semula merepair tiles tersebut. Ada juga aku dapat bakal pembeli yang turut berminat membeli rumah lelong dikawasan itu. Geng makcik2 yang minat. Terus aku buka laptop dan search diinternet untuk lelongan terkini rumah dikawasan tersebut. Turn out to be, rumah sebelah Matjoe akan dilelong hujung minggu depan. Heheheh.. Tapi rumah tersebut berpenghuni. Berikutnya ialah rumah Lagoon Perdana Khairul yang dikosongkan oleh penyewa petang tadi juga akibat kegagalan membayar sewa. Rumah telah dikosongkan, dan kami juga telah menambah rail langsir dan akan merepair saluran sinki yang tersumbat. Khairul pun ada sekali tadi, dan walaupun hati kering, tetap kesian pada penyewa setelah mendengar cerita sedih penyewa. Tapi kami tak dapat nak tolong banyak, penyewa tersebut kena cari jalan keluarnya sendiri. Kalau sekarang pun tak mampu nak bayar sewa, macam mana bulan depan, dan bulan2 seterusnya..





Last job for the day, pergi cuci rumah AbeERU di Desa Aman Puri. Kalau korang perasan, kami kerap ke rumah2 AbeERU. Sama ada Kota Damansara atau Desa aman Puri ini. Terdapat masalah2 yang kami tak dapat selesaikan terus. Macam masalah lampu di Kota Damansara, semalam masih tak dapat selesaikan. Kami sangkakan masalah pada lampu kalimantang kami, tapi bila di cuba pada rumah lain, boleh pulak. Mungkin masalah kurang letrik atau pendawaian yang tidak betul pada rumah Kota damansara tersebut. Wireman kami akan cuba selesaikan masalah tersebut minggu depan. Untuk desa Aman Puri ni pulak, ada pulak masalah baru. Jamban tersumbat. Mula2 Dipenuhi sampah sarap, bila aku dah keluarkan sampah sarap tersebut, dan mula membasuh jamban tersebut, air tak turun2. Masalah lagi. Rumah dah cantik.. dah pasang tikar getah, wiring dah siap, lampu kipas dah pasang, cermin tingkap yang hilang dah diganti, tapi sekarang jamban pulak… Untuk rumah Desa aman Puri ni tadi, 2 tenaga tambahan turut membantu iaitu Bri dan Hanan. Bila dah ramai2 datang, kerja jadi lambat pulak sebab asyik bersembang. Potong tikar getah pun sampai 5 orang.. Hahahah.. Tapi Topeq dah belajar skill potong tikar getah daripada aku hari ini. Dengan khidmat Hanan pulak, tikar getah dapat dijimatkan bila teknik kedekut Hanan digunakan.. hahaha.. Lepas habis buat kerja, pergi dinner pkul satu pagi, then balik rumah.. esok masih ada kerja yang perlu diselesaikan.. 14 March ni memang ramai yang akan masuk auction… kalau ditakdirkan semua atau separuh dari semua itu menang.. habis la aku…





*Pagi tadi 2-2 handphone aku full batt. Pukul 10 malam satu habis battery, pukul 12 malam satu lagi habis battery. Gila ah kena jawab call sambil buat kerja baik pulih rumah. Sorry la kalau tak dapat reach aku by phone. Nahar.. next time la kita jumpa.. heheh..

10 comments:

pie2020 said...

ni updatee cepatt giloss .. aku tgh buat kejaa punn sudah ada gambar kaa ..
niee macamm leh buatt camm american choopperr... wowow ... fariss jadii mickey...

Farid said...

Mmg steady la team2 PMC and 1 solution skrg..Mcm2 leh buat.Psang tiles pn dh leh sndiri.100% cover.Bagus2..sedikit sbyk cost akan jd lbh competitive kan.Syabas

Matt Azuri said...

yea..cam american chopper..Pie jadik Paul Snr..Bri Paul Jnr..haha

bagus2..selalu update..tak ketinggalan aku kat sini:)

tuanbri said...

betul tu matt....
memang aku ngan pie dah discuss pasal American Chopper tu...

kau tau faris jadi apa?

mickey tu..yg paling kecik tu...
hahaha...ketawa besar aku ngan pie...
faris terkontang kanting.

apape hal pun, Satu Solution memang the best.Cuma aku dah x boleh nak spend time sangat ngan diaorg. hr ni pun aku kena pergi opis.

k.aida said...

seronok kan buat something that u like n get paid for it? rasa berbaloi walaupon letih.... import topeq tuh paksarela ke rela paksa... hahhaha.. ari sabtu tuh topeq bgtau nak ajak gepren dia dating gi tgk dragonball, alih2 kena g cuci rumah lak, ahahhah.... patutnye ajak syada tuh.....

topeq said...

teknik potong tikar getah dengan pembaris panjang..haha..

pst..k.aida..jgn ckap kuat2 wa nk g dating..hak3..

pie2020 said...

hoitt ... kalau faris jadii mickey ... wowow .. ramaii aweekkk suka kat dia ...... kann charecter dia tu kann kelakarr ... piweeettt .. mmgg boleh sgtt .... sesuaiii gituu ... lepas nie sapa nakk onlinee utkk tgkk video buatt repairr rumahh.. silaa subcribee yerrkkk ....
aku dahh rasa camm jadii artiss lakk ... hahahahah

sepul_besut said...

uik.. ade buat kt DM ka? blok 7 tuh blok y aku dudok.. tingkat 7.. klu calling2 boleh laa gue tolong skali..

askrool said...

kalo ditakdirkan semua atau separuh menang kira rezeki satusolution la tu.......tak menang tangan nanti ...jgn risau aku rasa banyak org yg takde keje kat luar mau keje ngan korang

syada said...

uik...k.aida..ajak gwe? gwe g pd la ahad n senin tu..hikhikhikk..

saya kagum sama ini rakan2..kerja keras..syabas2...;D

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com