Sunday, March 29, 2009

Kerja hari ini..

Pagi2 pukul 8.30 pagi aku dah keluar rumah. Mula2 pergi pecah rumah Apt PP Wan Keepitreal. Kejap je buka rumah Wan sebab tombol telah di rosakkan sebelum ini. Masuk2 rumah, kipas lampu dah siap ada, elektrik dan air pun belum di potong. Tikar getah pun dah ada, bantal dan toto pun ada. Percuma tong gas. Rumah2 yang Wan dapat selalunya datang bersama tong gas percuma. Lepas habis pecah rumah wan, aku ke Penara untuk tunjukkan rumah Matt pada bakal tenants, dan juga hantar kunci pada Kelang. Sepatutnya aku ke Condo DVT Khairul pula (Orang banyak rumah..) tapi kereta aku kena block kereta yang buat double park tapi tarik handbrake. Lepas lebih kurang 45 minit aku tunggu dalam kereta sambil online tengok email dan baca blog, tiba2 kereta yang block aku tu memecut laju tinggalkan Penara. Aaahh.. aku bukan marah tahap gila babi pun, yang takut sangat kenapa.. kalau kena marah sekalipun.. bukan luak pun.. tahan telinga je la.. Cuba kita bertanggungjawab atas apa yang kita buat. Setakat minta maaf, sejuk hati orang.. takkan la sampai aku nak tumbuk atau belasah orang tu dengan cutter aku.. Paling2 pun kalau lama sangat, aku pecah je la cermin kereta dia lepaskan handbrake. Khairul pun tak boleh tunggu lama pasal nak balik Kedah, terpaksa cancel operasi pecah rumah.





Terus aku gerak ke teratak untuk 2 job. Wiring rumah tukun aku, dan operasi pecah rumah Asri. Lepak2 makan sambil tunggu Pie yang Mrs Hani nya bila2 masa akan bersalin, bila dah settle makan, sambil tengok listing hot area bulan April, terus gerak ke teratak tukun aku. Pasang 8 unit lampu dan 1 unit kipas siling. Asri pun sampai. Dia kata rumah dia ada orang duduk. Habis tu ada orang duduk nak pecah rumah apa lagi. Lepas settle rumah tukun aku, Asri ajak pergi rumah Teratak dia. Bincang dengan penyewa, diorang cerita owner pun dah tak ambil kisah tentang tentang rumah tu. Bulan2 duit sewa diorang buat bayar maintenance sebab tunggakan ada 4k++. Kalau tak bayar nanti air kena potong. Jadi, Asri akan take over sewa, dan settlekan tunggakan maintenance itu. Singgah kedai mamak sebab Asri dan Pie tak makan lagi (kami mau William..!!) lepas tu Asri dan Pie pun balik. Kerja aku belum selesai lagi..







Aku singgah ambik Cik PM nak ajak dia pergi tengok rumah dia yang baru menang. Masa aku survey dulu takde orang. Hari ni ada orang. Adik ipar owner yang duduk. Tiap2 bulan tenant ni bayar sewa 800.00 pada abang ipar dia, dan abang ipar dia bagitau akan jelaskan semua maintenance dan bayaran bulanan bank. Baru2 ni access card dia dah tak boleh guna, so dia syak something wrong. Abang ipar dia pun cerita la dia dah lama tak bayar maintenance dan rumah nak kena lelong. Dia suruh adik ipar dia take over. Adik ipar dia pun dah lama duduk sini, dan telah pun submit dokumen pada agentnya utk pembelian. Tau2 hari ni aku datang bawak berita Cik PM dah beli.. heheh.. Jadi.. kisah akan bersambung lain kali. Tempat ni cantik.. tapi certain area tak berjaga. Badminton Hall dan Squash Court dah tak boleh pakai. Banyak pintu2 di club house dah kena makan anai2 atau dah rosak. Lepas aku hantar Cik PM, aku gerak ke Kajang pula. Petang2 dekat nak maghrib aku sampai Kajang. Apt C yang di menangi oleh Encik Turtle ni ada orang duduk masa aku survey sebelum auction dulu (Client aku ni pemalu, dia suruh letak nama Turtle). Aku syak rumah diduduki oleh penyewa berdasarkan teknik deductive reasoning aku (Hasil banyak baca buku Sherlock Holmes dan komik Detektif Conan). Tekaan aku betul, bila aku pergi sana, dan aku dapat berjumpa dengan Pak Arab yang duduk di unit tersebut. Namanya Encik Ahmad Dyab dan beliau bersetuju untuk meneruskan sewa dengan Encik Turtle. Encik Ahmad ialah student UKM yang ambil PhD. Encik Ahmad ada bagi no contact owner lama. Kemudian kami akan follow up dengan owner lama. Ha.. sekarang baru kerja selesai.. balik rumah habiskan masa dari pukul 8 sampai pukul 11 malam nak update 3 hari punya cerita..

*Nuffnang aku menunjukkan tanda2 lebat.. ketiga2 ruang iklan aku di blog Faridzaswadi dapat metered campaign. Yeah.. Blog2 lain tu buat eksperimen je.. heheh..

7 comments:

wan zairulakman wan ibrahim said...

apasal gelap jer gambar aku..nasib baik gigi putih

Matt Azuri said...

wow...pendita asri pun ader...akhirnya..:)

Farid said...

Pendita Asri..
Mmg bestlaaa..dpt kwsn Hot and Spicy..RP lagi..Mana mau cari..Lum submit loan dah ada tenant yg nk masuk..Tahniah.

topeq said...

masyuk tu dpt duit Nuffnang..hehehe..

kelang said...

selagi boleh masuk ad..masuk le..pasif.. google adsense tak masuk?

pie2020 said...

asri mmg powerr...penditaa asrii .. selaku gabenorr bankk ..

digoil said...

Encik Turtle tu aku lah tu. hahahaha lawaknya.

Terima kasih Faris.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com