Monday, March 30, 2009

Lelongan 30 March 2009



Terlalu ramai yang masuk membida untuk satu unit yang Wan Azmi masuk hari ini. Wan Azmi tewas untuk hari ini. Apt PV yang terletak di Pandan menarik minat 22 pembida. Harga yang bermula dari 100k naik kepada 162k. Itu lah yang aku perhatikan dari dahulu.. bila satu2 unit itu reserve pricenya terlalu rendah, ia akan menarik ramai pembida, terlalu ramai. Kalau nak di berikan contoh.. Bukit OUG RP 76k naik kepada 140k dengan 18 bidder, Penara RP 40k naik kepada 76k dengan 40 bidder, Sri Suajaya RP 67k naik kepada 112k dengan 12 bidder.. itu sekadar beberapa contoh.. jadi, berdasarkan trend sekarang, kita tak perlu menunggu untuk harga yang benar2 murah untuk membeli hartanah lelong. Harga yang agak moderate, between 20-30% below market price mencukupi untuk kita mulakan membeli. Tak perlu tunggu sehingga 40-50% below market price. Trend 2009 berbanding 2008 juga aku perhatikan pembida berani membeli sehingga menghampiri market value. Sebagai contoh lain, ramai yang masuk bid Penara dan membeli sehingga melebihi 70k. Kalau mengikut kiraan blr sekarang, sememangnya monthly payment dalam lingkungan RM300.00 sahaja. Itu kalau interest ratenya 4% per annum. Bagaimana kalau interest rate 5%? Monthly paymentnya RM330.00 dan kalau interest rate 6% monthly paymentnya RM380.00. Kita tak dapat jangkakan berapa lama blr akan kekal pada tahap serendah ini. Jadi, kalau berlaku kenaikan blr dan kenaikan monthly payment bulanan pada hartanah2 anda semua.. bersedialah untuk tidak mendapat cash flow yang secukupnya atau lebih padah, kena top up duit sendiri. Berpada pada lah dalam membeli. Pastikan back up anda kuat.

Balik auction aku settlekan urusan pembelian bank draft dan penjualan semula bank draft. Bila perut lapar.. singgah ke Nando's IOI Mall Puchong, new wing. Ada banyak kedai makan baru yang di buka disini, termasuk Pizza Papa John yang nampak cambest dan TGI Friday. Lepas makan Nasi bersama strip chicken, aku makan chicken wings pula. Kalau dah lapar macam tu la.. heheh.. air pula ice lemon tea free flow. Aku habiskan je, waiter datang tambah air. Sekarang ni orang TNB pun dah jadi client aku. Hampir setiap minggu aku ke TNB buat urusan tukar nama TNB client aku, orang TNB tengok hartanah yang di beli murah2, lalu diorang pun berminat.. Aku singgah TNB hantar POS untuk hartanah2 yang diorang minat.

*Esok adalah hari terakhir marathon lelongan seminggu ini. Kepada Allah Berserah.

12 comments:

juruukur said...

bestnya makan.. nyam nyam.. ha ha ha

Manaf said...

pergh...22 bidders tu.nasib baik tak terjebak sekali.mmg harapan la klu ramai macam tu.meriah mcm kenduri kahwin. btw, pizza papa john layan gak la. garlic butter dipping dia yang unik tu.

puding_melo said...

ni blog apa? makan ke? kakakkakak

kan betul aku ckap. kao tu suka sangat makan fast food.

pokli said...

takziah buat wan azmi....bak kata pie...satu hartanah pergi...10 yg lain menunggu...cuba lagi.......nx month teratak ada....mentari court ada....byk la.....janji nama tak piang....boleh buat loan lagi...anyway gud luck...

Matt Azuri said...

Kalau susah2 beli Penara aku je la..nak..?..)

KEOWN said...

penara ada nak jual 65k.. boleh rujuk sifoo jurukur..

Faris aku nak tanya.. kenapa bank sendiri akan masuk auction untuk satu-satu properties tue?

aku ada pengalaman khamis lepas.. banyak rumah yang Ambank masuk lelongan sendiri

k.aida said...

nampaknya sudah ramai orang celik hartanah sekarang ni? kalo macam tu sapa nak sewa rumah? semua pakat nak jd landlord ni...

insyaAllah, rezeki Allah tu ada dimana2. Usaha, doa dan tawakkal kepadaNya, Dia akan bagi. Banyak ke sikit ke, cepat ke lambat ke... itu hak Dia, nak tgk kita bersyukur ke tak.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

kelang said...

mcm dari surah Ar-Rahman tu kak aida...

~tuah.rimbun~ said...

thank you faris for your good sharing..

Menggoda!! haha, tgk makin ramai yg terjebak dlm hartanah ni,
tapi keadaan ekonomi aku belum mengizinkan..

Anyhow, selamat berjaya untuk bid hari ni(31/3)

PEACE V(^^)

wakif said...

teruskan perjuangan bro...:)

faris said...

@Puding : mana ada aku suka makan fast food je..

@Keown : Bukan Ambank sahaja yang buat macam tu.. Public Bank pun selalu. Apa yang aku boleh fikir secara logik, bila harga terlalu rendah, bank takkan dapat balik NPL tersebut. Jadi mereka beli semula, dan ada kemungkinan mereka auctionkan semula mengikut harga harga market value.. atau mungkin juga mereka menjualkan NPL2 ini kepada syarikat kewangan lain.. kalau kau tengok lelongan awam, bukan bank sahaja yang melelong. Sebagai contoh, Resolution Alliance, Gale Force, Eucalypts adalah antara syarikat2 yang membeli NPL dari bank dan menjualkan semula diacara lelongan..

Anonymous said...

mungkin ramai yang bid tinggi2 sebab BLR rendah dan bila dikira installment bulan2 ada +ve cash flow...
Namun begitu sakit kepala akan datang bila BLR naik 3 tahun lagi di mana nyesal tak berguna lagi coz dulu bid gila2 sbb nak menang... nak jual masa tu pun harga sama dgn masa menang bid dulu huhu...
pendapat saya jika beli kat auction untuk investment kekalkan 15-20% below market value...
Tapi jika duit anda bersepah kat bawah tilam tak kisahla kan hehehe...

-noza-

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com