Saturday, March 28, 2009

Lelongan hari ini dan Condo KT Farid.



Aku belum update cerita dah macam2 korang komen eh.. takpe.. bagus2..

Baru2 ni Pokli berjaya dalam pembelian VM below market price kerana aku dah divertkan 2 heavyweight investors kepada hartanah lain yang tak kurang hebat dan harga yang mantap. Yang pertama, Farid membuat pilihan untuk membida Condo KT dan yang kedua, Manaf memilih untuk membida Condo BO. Bukti kedua2 Farid dan Manaf ialah heavyweight investors yang sanggup membida lebih 100k malah lebih 120k ialah mereka mendapatkan kedua2 hartanah tersebut pada harga 103k setiap satu. So, kalau aku kata client aku berbudget besar, tiada apa yang aku nak tipu. Sama ada beri laluan, dan aku carikan substitute property yang lebih atau tak kurang hebatnya atau bersedia untuk kalah. Tiada apa yang perlu kita risaukan. Semuanya bergantung pada masa… bila kita akan dapat hartanah yang terbaik untuk kita. Macam aku cakap dulu2.. hartanah lelong ni banyak.. aku pun tak mampu beli semua. Bila kita bekerjasama, masing2 boleh dapatkan pada harga yang rendah, tak perlu berebut dalam komuniti kita ini. Kita hanya akan melawan dari kalangan bukan komuniti kita. Again, the choice is yours sama ada mahu berlawan sesama sendiri atau kita bekerjasama.

Pagi aku ada di Tancorp untuk membida satu hartanah untuk client aku, tapi hartanah tersebut telah pun called off. Tiada masalah, kita akan teruskan dengan hartanah lain. Satu called off, 10 hartanah lain yang boleh kita beli. Belilah secara jujur dan amanah.. Aku agak mengejar masa, aku ke office Real Estate aku untuk submit close deal untuk hartanah2 yang client aku telah menang sepanjang akhir bulan Feb dan awal bulan March. Gila banyak aku submit, account exec pun terperanjat tengok aku submit banyak2. Korang semua memang kaya.. Dan aku turut submit pendaftaran baru untuk lelongan esok dan hari2 seterusnya..

Petangnya aku check kemasukan elektrik ke Puchong Permata, masih hampa.. Aku dan Fahim teruskan membuat follow up dan akhirnya aku dapat berita elektrik dah masuk petang/maghrib. Ya.. 2 minggu kemudian baru elektrik masuk. Syabas TNB Subang.. Petang nya ada lelongan di Tancorp sekali lagi. Manaf menang Condo BO untuk 103k. Tahniah. Aku tak sempat join Manaf, bila aku sampai Manaf dah menang pun. Lepas menang dan ambil salinan kontrak yang belum dimatikan stem, kami lepak2 di Pelita untuk bincang next step apa yang perlu dibuat. Lepas Manaf balik, Farid pulak sampai, lepak lagi sembang2.. Farid turun dari Kuantan untuk sign Loan Agreement di pejabat peguam. Mrs Junny tiada, tapi Cik Siti dan Cik Farah ada menunggu kami. Pukul 6 gerak dari Pelita, pukul 8 malam baru sampai. Kesesakan jalan yang amat teruk pada hari itu. Aku dah cuba divert laluan aku ikut highway pun masih terkena tempias kesesakan lalulintas. Di pertengahan jalan pula kedua2 battery hp aku dah out. Heheheh.. takde siapa dapat contact aku.. Siti dan farah menunggu penuh debaran aku sampai ke tidak.. Farid yang kadang2 terlepas kedepan dan budget nak sesat pun tak dapat contact aku.. Bri yang sibuk2 nak call aku pun tak dapat jugak.. Hahahah.. Akhirnya sampai juga ke pejabat peguam dan sign loan agreement.. Once settle, Mrs Junny suruh aku hantar Siti dan Farah balik ke rumah mereka sebab hari dah malam dan disebabkan aku.. diorang balik lewat.. tengah aku sibuk2 kemas kereta nak susun tangga aku, kipas siling dan benda2 semualah.. aku nampak Siti ngan Farah dah naik kereta Farid.. hampeh.. hahahahah..







Kami bergerak ke rumah2 Farid, bermula dengan LP.. penyewa masih tiada di rumah, dan uncontactable.. kami tiada pilihan.. peluang telah diberikan.. minggu depan operasi pecah rumah akan dijalankan.. kemudian kami ke Condo KT yang baru di menangi 25 March yang lepas. Sebelum ini aku dah survey, dan unit ini memang berkunci. Sesampai kami disana, unit telah dibuka dan dibiarkan tidak berkunci. Hasil dalamannya memang puas hati. Walaupun tidak menyamai taraf Casa Subang projek JV aku, ada sipi2 nak sama. 2 unit aircond, 2 unit kipas siling, lampu bulat di setiap bilik dan ruang tamu, water heater, kitchen cabinet beserta cooker adalah hadiah percuma untuk Farid. Elektrik masih ada. Tahniah.. lepas ni cuma nak cari 2 unit remote control aircond, tunggu kemasukan air, dan cuci rumah.. siap!! Boleh duduk terus.. kalau penyewa nak fully furnish.. boleh dibincangkan.. Destinasi terkahir adalah sessi TT di Ramal Junction sampai kedai tutup lampu… Asri open 100 cucuk satey (tak cukup.. kami mau William..). Aaahh penat.. balik rumah terus tidur.. esoknya ke auction lagi.. yeah…!!

14 comments:

tuanbRi said...

peh...power la farid skrg...

masyuukk..

umah cantik gila...
mana nak dapat umah camni..

Sifu Faris memang power eek.
Puas hati x farid ?
bagi la feedback sikit..

syada said...

aĆ” la..cantik la rumah ni..rumah baru ke ni..tp dh ada ekon.woww..KT ni kat mana mana? xkan kt kuala tgganu kot..hee..tahniah2..

Farid said...

Bri..Kalau kau tanya puas hati ke x...wa sangat puas hati lorr..hehe.Klau lmbt org sewa,nx trip wa turun KL..mau tido n lepak2 kat sini dulu.Swimming pool dia byk cntik ooo..Cafe kat bwh siap ada free wifi lg..Kekeke.

Bukak2 umah,tgk ada econ 2biji,kitchen cabinet and water heater..Terus wa cr solex,takut nnt ada budak nakal curi wa punya aset..:)..Sebab ini kondo,dh ada org pecah msk dulu maybe diaorg tgk untuk msk auction..Agaknyer lerr...
Apapn,Tq kat sifu Faris sbb bwk aku jln2..G tgk umh kt LP and KT niii..Sorila x smpt nk blanja minum lg..Rushing sgt aritu..Kau pn satu bri..knp x join skali..Oppsss..lupa skrg kau bz nk wat susu n tukar lampin anak..Be a good Father...Bagus2

P/S...Bri/Faris...Marketing utk KT ni kau leh start dah utk crikan penyewa..Api dh ada tuu..tinggal msk air jer..Kalau nx week air dh ada..Leh cargass tu...

sourplum said...

aa nk tau jgk. KT tu ape

pokli said...

wowowo.cantek rumah farid.tq sbb bg laluan utk aku bid VM.Rupa2 rezeki lg cantik dpt rumah ni.aku dpt VM kosong xde brg.rumah baru..x penah duduk..byk skit nk kena kuwa banjer .gril.lampu.kipas..kunci setiap pintu..tahniah.KT tu Koi Tropika.puchong blkg DHL.

Farid said...

Heheh..TQ Pokli tlg jwbkn utk Sourplum tuu..
Bab bagi laluan tu xjd mslah Pokli..Tu yg pntgnyer bila kt ada group2 cmni.Xguna gang2 blog bid sesama sndr..Sndr gak yang rugi nnt.Kalau still xpasti,kita boleh tanya sifu2 kt sini.Diorg leh bg pndgn..Apapn tahniah pokli sbb dpt umh jauh dr MV..Bab kosong2 isi dlm tu,xjd hal...nnt apply home xtra,refi ker..sure leh wat mcm2 lagi..
Masyukkkk...

Manaf said...

congrats to Farid. mmg rezeki bergolek la beli umah lelong siap dapat free gift lagi. mmg terbaik la

pokli said...

kdg2 kalau kita berkorban Allah gandakan rezeki yg lebih tgk cth farid.dpt umah cantik.mv tinggi..dkt jln utama.senang nak sewa KT..hot demand..lps ni sapa2 yg nk nak beli lelong minta pendpt sifu2.tak rugi...win2 situation.

sourplum said...

ouh.. kt situ ke
dekat ng tmpt kwn aku kje tuh
die kje kt ajiya berhad

Matt Azuri said...

wow..tahniah Farid..memang puas hati la...Alhamdulillah, berkat bertolak ansur..bukti bahawa lebuhraya kebebasangan kewangan nie luas..takp perlu berebut-rebut sesama kita...alrite.

Farid said...

Pokli..
Betul tu,kalau kt bkerjasama,insyaallah kt boleh elakkan prtmbungan n yg pastinya sesama kt boleh mndpt keuntungan..Cmer tinggal nk lwn ngn kaum satu lg jer.Tu pun kalau ada.Kalau x,peluang dpt RP lbh tinggi.Tgk trend skrg pn byk kwn2 blog yg dpt RP..Alhamdulillah..Syukur.

SourPlum...Kalau ada membe2 yg keje dekat KT tuh nk cari condo untuk disewa...Leh bgtahu..Heheh..
Kdaan n condition mmg tip top..

Matt,
Thanks psal nasihat2 n guidance dr demo.Xperlu nk brebut2 n peluang sntiasa akan ada..Sbb stiap dr kita ada limitation n hartanah br sentiasa muncul..Insyaalah.
#Projek homestay tu nnt kalau dh cnfirm bolehla war2kan..Kawe mesti pilleyy..:)

Faris,
Jangan jeles Farah ngn siti naik ngn aku..Hahaha.Bkn apa,naik ngn aku ada gok wife aku join skali..Kalau ngn kau,...kne tangkap khalwat nnt susah..hehe..Jgn jeless maaaa..:p

Matt Azuri said...

Ayeek, pasal homestay tuh nanti kw YM demo la...kita jumpa bulan 4 nanti...semua akan terlibat...dun worry

Wida said...

Cantek...

Nahar said...

wah pokli... mu deras btul skrg...
beli rumah cam beli kepok..
goog luck both of you..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com