Tuesday, March 31, 2009

Lelongan hari terakhir bulan March 2009.. Misi menyelamat Cendana!!

Sepatutnya ada 2 unit yang aku perlu bida hari ini. Unit Cendana dan TBR, tetapi TBR last minute called off. Jadi misi aku hari ini adalah untuk menyelamatkan Cendana aku sahaja. RP unit cendana ini bermula seperti lelongan terdahulu iaitu RM55,080.00 sahaja. Ada cerita disebalik Cendana ini. Aku pernah post kan dalam blog lama aku, mungkin ramai yang tak tau kisah ini, jadi aku flash back kisah cendana ini..


Bulan May 2008, aku masuk bidding unit Cendana selaku rumah ke 5 aku. Ini merupakan projek JV aku bersama JaiWMaju, projek JV pertama. Ini disebabkan kedua kami nak masuk unit yang sama, jadi aku offer Jai untuk JV dengan aku. Walaupun belum benar2 kenal dengan Jai, tapi Jai percayakan aku. JV menggunakan nama aku dan semua kos di bahagi 2. Perbincangan dilakukan selepas sessi TT di NZ Wangsa Maju selesai. Masa tu sessi TT yang paling ramai, lebih daripada 20 orang hadir. Matt pun ada, masa tu baru lepas menang Flat Angsana petangnya. Perbincangan aku dengan Jai tamat lebih kurang pukul 5 pagi, waktu NZ dah nak tutup. Budget kami hanyalah 70k the maximum limit, berdasarkan package loan pada masa itu, setelah membuat kira2.


Pada hari lelongan, hanya terdapat 2 pembida, aku dan seorang mamat melayu lain, dan beliau cuba deal 1k dengan aku. Aku tak accept deal, lalu aku teruskan dengan niat aku, lawan.. akhirnya aku menang pada harga RM67,080.00. Apa yang menarik tentang unit Cendana ini, bila aku check outstanding maintenancenya, hanya beberapa ratus, dan tiada tunggakan air. Aku cuba ketuk pintu selepas aku menang auction, untuk bersemuka dengan penghuni tapi tak berjawab. Lalu aku tinggalkan nota untuk penghuni menghubungi aku. Maghribnya, owner yang call aku, menyatakan penghuni disitu adalah penyewa, 3 nurse yang menyewa di situ pada kadar RM500.00 sebulan. Rumah telah di ubahsuai dengan cat yang baru, tiles dan kitchen table top. Owner mengatakan mereka telah beli dari subsale untuk membantu rakan yang mahu clearkan nama dari blacklist, tapi tak sangka unit di lelong. Mereka telah membeli dari bulan Oktober 2007 lagi. Hasil pertemuan dengan owner tersebut, bersama Pie, Jai dan aku, mereka bersetuju untuk melepaskan unit tersebut kepada aku dengan gantirugi lebih kurang 3k. Menurut mereka, modal yang telah dikeluarkan melebihi 20k, tapi mereka hanya minta pampasan 3k sahaja untuk renovation works.




Aku tak dapat nak bayar dahulu kerana urusan pindah milik nama belum selesai. Apa jaminan yang aku akan berjaya dalam urusan pindah milik nama? Aku masih baru lagi dalam urusan lelong ni pada waktu itu (sekarang pun sama..) jadi aku agak ragu2 untuk membayar dahulu. Aku juga cuba untuk menolong mereka, kalau mereka masih mahukan Cendana itu, aku try talk to my lawyer and to get their lawyer details. Tapi sikap mereka acuh tak acuh, jadi aku teruskan urusan loan dan pindah milik nama. Setelah urusan loan selesai, aku bagitau pada mereka yang aku akan start collect duit sewa daripada penyewa, dan penyewa pun telah bersetuju meneruskan sewa dengan aku. Secara kebetulan, penyewa adalah girlfriend-pada-masa-itu Din, officemate aku, jadi urusan pun lancar. Bila tiba bulan July untuk aku start collect sewa, penyewa kata mereka diarah oleh owner untuk terus bayar sewa kepada mereka, kerana owner dah letak kaveat atas rumah tu. Rupanya owner dah berbincang dengan lawyer mereka yang lembab buat kerja, untuk letak kaveat. Turn out to be, kaveat mereka tidak sah, dan aku masih berhak atas unit itu. Communication breakdown.. kenapa tak cakap pada aku awal2 nak teruskan pembelian, aku tau pun sebab penyewa bagitau. Dah lah kaveat tak laku.. lepas tu malu sendiri. Akhirnya dia arahkan penyewa keluar dari rumah tersebut, dan unit dibiarkan kosong. Aku cuba slowtalk, kalau unit dibiarkan kosong, rugi. Biarlah disewakan. Kalau pertikaian siapa yang lebih berhak belum selesai, biarlah pihak lawyer yang pegang duit sewa sebagai pemegang amanah. Lawyer aku dah pun bertindak menghantar surat kepada mereka, penyewa dan lawyer mereka. Tapi mereka tetap berdegil.

Akhirnya aku buat keputusan untuk cari penyewa baru, dan aku minta kunci dari mereka. Mereka tidak mahu memberikan kerjasama, malah mengugut untuk memecahkan unit tersebut. Ya.. mereka telah memecahkan unit tersebut keesokan harinya.. Lantai tiles dipecahkan yang mana sempat. Yang tak sempat dicalar2kan, table top simen dipecahkan, kipas lampu di cabut, dan mereka juga telah menyimpulkan wayar2 didalam power point untuk tujuan khianat. Man ada untuk settlekan semua tu. Aku dan Jai terpaksa mengeluarkan kos untuk baik pulih. Alhamdulillah, selepas baik pulih siap, aku tampal iklan, terus pangilan datang menderu2. Esoknya juga terus dapat tenant budak baru kawin. Tapi masalah belum selesai..

HSBC pula tidak meneruskan pembelian aku. Kata mereka title telah dikeluarkan jadi mereka terpaksa perfectkan title dahulu. Aku tak nampak ianya satu masalah sebenarnya, sebab lawyer aku boleh terus perfectkan title terus kepada nama aku. Tapi disebabkan HSBC mahu memudahkan kerja mereka, deposit aku dikembalikan dan unit on hold untuk dilelong semula. In the mean time menunggu unit dilelong, aku biarkan je la unit tersebut budak tu sewa dulu. Sehinggalah aku dapat tahu unit tersebut di buka untuk dilelong semula... Itu lah kisah di sebalik Cendana ini. Banyak lagi cerita2 menarik masa aku berbual/berperang dengan owner tu. Heheheh.. malas mahu bukak cerita. Jadi.. hartanah lelong ni memang satu cabaran untuk pembelinya. Jangan ingat semuanya senang. Itu baru aku bukak cerita Cendana, belum aku bukak cerita Permai Villa, Flora Damansara dan lain2. Tapi so far ini antara cabaran aku dalam kes2 rumah lelong aku. Tamat flashback.


Di acara lelongan tadi ada 5 pembida yang bersaing untuk mendapatkan Cendana ini termasuk aku, tapi bila harga naik kepada 60k, hanya 2 pembida serius yang bertarung. Akhirnya aku menang pada harga 67k, disebabkan pelelong menggenapkan angka kepada 56k pada masa bidaan bermula. Jadi, aku boleh kata aku dapatkan kembali Cendana ini pada harga yang sama seperti setahun yang lalu. Cuma, Jai dah mula mencarikan tenant untuk disewakan pada harga RM600.00 sebulan. Ooo.. penyewa aku yang sekarang dah pun keluar, sebab berpindah tempat kerja. Tepat pada masanya.. heheh.. Jadi, tiada kos baik pulih lagi yang terlibat, unit boleh terus disewakan. Alhamdulillah..

Sebenarnya, aku willing untuk bid lebih daripada 80k, malah 90k pun aku sanggup.. dan seperti yang aku jangkakan, memang akan menarik pembida2 lain. Terima kasih kepada rakan2 blogger kerana tidak masuk untuk unit ini, semua yang masuk membida tadi orang luar ... aku rasa. Ok.. lelongan untuk bulan March telahpun berakhir. Acara penutup marathon ini adalah kemenangan aku untuk unit Cendana ini. Aku berpuashati dengan pencapaian rakan2 kita untuk bulan March ini. Aku baru nak rehat2 settlekan kerja yang tertunggak, listing lelongan April dah mula keluar pulak.. Haih.. sila nyatakan sokongan anda untuk Bri berenti kerja!! Yeah...

30 comments:

sourplum said...

ssh jgk klu kn cm cendana tuh
ape2 pon thniah la sb da dpt blk umh tuh. congrate~

ouh. sorg agi nk bnti kje?
waa.. masyuk btul ni smpai sorg2 nk bnti kje

Tuah said...

'mereka rosakkan tiles' <- tenant ke ex owner?

Aku igt citer2 cendana ni ms TT dulu2,br2 kenal faris,hehe..harap pasni xde prob.

pokli said...

alhamdulillah.akhirnya menang jgk tuan tanah rumah lelong bln ni.tahniah.

Sollihin SS Twins said...

tahniah... semoga kes cendana nie tutup aku doakan... lepas nie blh fokus lain property plk...
mcm kes kianat nie...
adik aku pun kena kat umah melawati...
sian dia...
dah dapat umah cantik...
siap bg owner ddk free lagi 2 bln...last2 dia cabut semua suis.. db box... lampu kipas... soket...
sian gak aku tgk adik aku tu...
aper2 pun tu cabaran dalam umah lelong...

aku sokong bri utk berenti kerja....
insya allah lepas nie kerja utk satu solutions bertambah banyak....

undi utk bri berenti....

Matt Azuri said...

Tuah...owner la yg rosakkan tiles. Aku ingat lagi Faris bercerita masa TT kat RJ. Giler kentang aa...sbb tu la ader pepatah mengatakan rambut sama itam (perang pun ader gak lanie)..hati lain-lain.

Faris, wa salute ngan ketabahan ko. Dah setahun berlalu tue...cinta JV pandang pertama..sebb baik semuanya smooth n happy ending. Tapi adat lelong cam tue la...hati mau kering, back up mau ada.

pie2020 said...

susah tull kalau orang dengki niee .. .takpe lah..tgkk tu ... dapat gakk kat fariss ... orang dengkii mmgg takk senang hiduppp ....

ctfarazila said...

congrats faris... akhirnye dpt jugak kat ko... faris cite pasal benda ni boleh senyum2 je... kalau aku la... huhuhu... mmg panasss la... heh...

puding_melo said...

congrate bro!

KEOWN said...

akhirnya kemenangan di pihak tuan faris.. tahniah.... panjang sungguh cerita ini.... kesimpulannya.. berhati2

Ifa said...

best dengar orang beli rumah neh.. mcm maner kalau nk join sama tu beli rumah yer.. bulih join en ker..

buleh dapatkan list² hartanah untuk di lelong tak.. tq..

Manaf said...

Congrats bro Faris!

askrool said...

rezeki tak kemana kalo mmg kita punya ada la....yg aku pelik nape ade org tak mau kuar duit tapi mau ade rumah....?????

faris said...

TQ semua.. cabaran ni semua membuat kita belajar. Pelajaran itu mematangkan kita.. berhadapan dengan orang yang tidak berhati ikhlas, lidah bercabang dan dengki khianat. Aku tetap seperti biasa.. buat apa nak simpan dendam atau nak teruskan peperangan. kalau dia rasa kebahagiaan datang dengan memecahkan rumah itu, biarkan lah.. at least dia rasa seronok dan puas hati.. mungkin dia sedang terbayang aku sedang bersedih atau marah teramat.. mungkin itu yang dia nak.. tapi hajatnya tak kesampaian.. memang susah nak berhadapan dengan orang cool macam aku.. marah pun tak.. heheh.. labur deposit 6700.00 dapat penyewa bayar 2+1+200 dah 2k.. sewa 3 bulan free dah 1.8k.. total aku dapat balik 3.8k.. balance modal 2.9k sahaja.. kira ok la tu.. campur lawyer fee lebih kurang 1.6k, modal keseluruhan sekarang tak sampai 5k pun.. heheheh.. gelak lagi.. heheheh..

~tuah.rimbun~ said...

Bri nak berhenti keje??
aku baru jerr tender nak keje sendiri pas ni..

ada masa karang, aku jointlah sekali TT,
for the time being, masa tak mengizinkan..

Sebelum turn to self employ
pastikan reserve cash ada secukupnya..

topeq said...

tahniah la faris...ade cendana lain ke yang menyusul lepas ni..hehehe...

sourplum said...

kewl la ko faris
haha

ctfarazila said...

Bri sila berhenti kerja.... hehehe... sambil buat rumah sambil jaga baby...

ayip said...

tahniah faris...wowww...dengki giler owner tu...dasyat2...mcm2 hal..

Horlic said...

rumah auction macam leceh jer..tapi i percaya u memang put afford.. respect u!

k.aida said...

rumah auction mmg leceh skit.. tapi lagi cepat setle banding ngan umah beli subsale. Umah subsale seme lambat, x cukup setahun jgn arap la nak setle, hahha... tuh yg rasa lagi baloi beli umah auction, nak pecah umah ke nak baiki apa ke leh mintak tolong faris je. loyer pun laju je wat keje nak kejar dateline. hehe, apa pendapat kenkawan....

Wida said...

k.aida, dalam kes saya, process tukar nama lambat.. lawyer saya.. cepat.. lawyer loan saya.. cepat.. tp lawyer pelelong laaaaaaaammmmmmmbaaaaattt sangat.. takde reply ke dua lawyer yang laen tu.. dah extend pun masih lambat.. sekarang masih menunggu.. menunggu.. doakan kes saya dapat settle cepat ye..

wakata said...

wow..berjaya jugak ini org ambik itu cendana...

patut la aku call tak angkat2 2 3 hari ni, rupanya tgh berperang dgn cendana yee..heee,congratos!

sepul_besut said...

aku sokong bri benti keje..:D

Horlic said...

@k.aida & wakata, kau org rasa ada krj fulltime masih blh beli rumah auction? sebab kadang2 nk pg bank pun tak senang.. apa pendapat u org

Jai_WMaju said...

Rumah ni byk kenangan..dari TT kt NZ sampai jumpa si Mejar tu sampai la kene tobek tiles tu sampai la kene tarik balik umah tu..asam garam duniawi..keje pun ada masalah..biasalah..mejar oh mejar..terngiang - ngiang kata2 ko.." saya ada umah 3 bijik.umah ni saja2 je beli nk tolong org" ..haha.. brader 2 org si pie ngn faris mmg cool..aku baru2 blajar pasal property ni..masa tu kalo korang nk tau aku baru tahu cool dan berfikir ke hadapan lebih baik dari ikut perasaan..sebab pie masa tu kata kita talk lebih baik dari buat sesuatu yg dua2 x puas hati..tapi mejar tu main kotor..sapa bini dia ek..haha igt2...sabrina kn faris..

Apa pun aku rasa umah ni mmg memberi sedikit pengajaran pd aku masa mula2 nk join beli property ni..

wakata said...

Horlic..

A will finds its way...

bila masa anda mahu ke bank?

1/ masa nak buat bank draft, ni maybe ambil masa 30 minit depends on q..
2/ apply loan bank (kalau dah menang auction la)..kejap je bro..anda cuma perlu tahu bank mana anda nak buat loan...toksah cari byk2 sgt bank, nanti pening dan pending snp process.yg elok lagi,kalu anda baik dgn officer loan bank, boleh je jumpe lepas office hour, ni yg aku buat laa...
3/ sign offer letter bank, yg ni anda boleh skali kan masa sign snp or other doc dgn lawyer anda...skang ni mcm satusolution depa ada mobile laywer..so amat la mudah...
4/ byr loan doc and snp, buat online je beb...

so, conclusion dia..a will finds its way.sekian

faris said...

@Horlic : Semua orang di sini start auction property investment with full time job. Akupun sama. Masa kita boleh cari, asalkan kita sanggup. Tapi make sure hartanah yang di beli way below market price, baru lah semua itu berbaloi. Kalau beli menghampiri market price, baik beli subsale, tak perlu kita korbankan banyak masa untuk membeli hartanah lelong. Kalau awak faham apa yang perlu dilalui, dari survey, pergi bidding yang belum tentu menang, mengejar masa untuk cari loan dan disburse, baik pulih rumah dll.. well.. macam aku.. dah melepasi tahap itu semua.. dan aku rasa aku boleh hidup buat masa ini dengan membantu rakan2 untuk membuat benda2 yang sama macam aku buat..

sourplum said...

nk tnye ni. soklan pendek je.
klu kte xkeje le wt OD ke
asb aku ade dlm 12k

faris said...

@sourplum : jawapan pendek, tak boleh. reason: kena ada pendapatan. masa kau apply od tu kena submit income documents.

Horlic said...

@faris: harap2 lebih banyak real case rumah yg u dpt melalui auction dpt dipapark' kat sini. real case study lebih intersting n senang dpt gambaran penuh utk rumah auction investment. TQ

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com