Friday, March 20, 2009

LP Puan Paddle no 15

Semalam kerja2 wiring Desaminium telah dimulakan. Dijangka esok adalah pemasangan grill untuk Desaminium tersebut. Tapi air belum masuk lagi. Tak boleh nak cuci rumah lagi. Once rumah dah siap dibersihkan, baru lah benar2 siap. Aku ke Casa Subang aku kejap untuk pasang rail curtain. Seriously management diorang tersangat leceh. Sebelum ni aku diberitahu oleh guard house, sebarang pemasangan barang seperti aircond, heater, grill termasuk aku nak pasang curtain rail ini, perlukan surat kebenaran dari management office. Jadi, semalam aku terus ke management office untuk minta surat kebenaran. Nak jalan kaki dari guard house ke management office dah 100 meter, nak patah balik lagi. Dan aku diberitahu oleh management office, tak perlu kebenaran, benda kecik je, 10-20 minit dah siap. Then aku patah balik ke guard house ambil barang2 aku. Guard house tak bagi masuk pulak, diorang still nak surat kebenaran. Abah dia la!! Nak juga suruh aku ke management office lagi sekali untuk minta management office call guard house untuk explain. Kau ada talipon, kau talipon la sendiri.. last2 terpaksa jugak aku pergi lagi sekali. Once settle, site survey pulak..




Site survey aku adalah untuk kawasan Puchong.. banyak hartanah2 di Puchong yang harganya baik yang semua orang perlu explore. Kenapa nak tumpu kawasan yang ramai orang tumpu sedangkan kita boleh dapat harga yang lebih baik, sewa yang lebih baik, dan semuanya terbaikkk.. kalau korang rajin cari kawasan baru. Kalau masih dengan alas an tiada masa, tak sanggup tanggung risiko dll alas an biasa.. korang semua masih boleh teruskan menumpukan kawasan hot area. Tapi untuk jangka waktu sekarang, kebarangkalian untuk dapatkan pada harga yang terbaik teramat tipis. Persaingan amat kuat sekarang. Tak semestinya Puchong sahaja yang korang boleh explore, Kajang, Bangi, Sri Kembangan, Kepong, semua ada hot spot masing2.. tak boleh la nak cerita semua. Sila rajinkan diri anda. Minggu depan akan bermula siri lelongan lagi untuk beberapa hari.

Malam pula ada appointment untuk Lagoon Perdana. Client2 Satu Solution mempunyai beberapa unit di sini. Itu yang agak kerap kami ke sini, selain masalah paip tersumbat dll. Mengikut appointment awal, ada 5 orang yang berminat untuk tengok satu unit yang akan disewa. Tapi at last cuma 2 yang turn up, dan owner dah pilih pun bakal tenantnya. Last job, ke rumah LP yang baru dimenangi Jumaat lepas. Sebenarnya owner lama jarang balik ke rumah tersebut. Ada kes 2 kali rumahnya dipecah masuk masa rumahnya telah diiklan untuk di lelong. Ada ke masa belum beli lagi rumahnya dah siap kena pecah masuk. Owner tu dah buat report polis dan ambil no contact agent2 sekitar yang iklankan LP tersebut. Owner ni baik orangnya. 2 hari lepas aku ke sana untuk tinggalkan notis setelah aku ambil kontrak. Setiba di sana ada notis yang ditinggalkan oleh owner. Dia minta tempoh untuk dia move out sampai akhir bulan ini. Dia pun tak sangka rumahnya kena lelong. Tak sampai 5 bulan tunggakan bayaran bulanan, dan baru minggu lepas dia settlekan semua tunggakan, tapi bank tetap melelong rumahnya. Tapi dia agak gembira dengan pembelian kami ini, sebab harganya agak tinggi. Dia dah ke bank untuk berbincang dengan pihak bank, dan dia tau yang dia akan dapat some cash, kerana outstanding balance rumahnya hanya berbaki 40k++. Expected dia akan dapat lebih kurang 50k setelah selesai semua urusan. Aku sempat ambil gambar lagi dalam rumah dia. Jarang kita jumpa owner yang baik hati macam ini. It’s a win2 situation. Owner ni pun masih berhasrat membeli lagi hartanah lain once dia dah dapat cash money tersebut. Orang macam ni aku respect, tak mudah mengalah. Jatuh bangun semula. Satu rumah kena lelong, beli lagi.

11 comments:

ayip said...

wowww..lawa umah..

tak der citer ke???

nice view...hehehe..

sifu tgh tukang paip ka???perrgghh..expert lar..

~zamzam~ said...

LP tu kt mana? Lagoon Perdana ker? ada swimming pool ker?

Paddle 15 said...

Heheheh... umah kaler kunin.... :)
Mana datang swimming pool tu? bukan ke xde swimming pool?
ke swimming pool kondo sebelah?

wan zairulakman wan ibrahim said...

aku pun tgh survey kaw2 yg suam2 kuku....


keepitreal

askrool said...

kaler kuning hijau ingat rumah aku sewa dulu kat m'laka owner india..meriah2

topeq said...

orang kedah kot noh owner lame tu...heheh..

Matt Azuri said...

yellow mellow sangat la...tape...janji rumah cantik, untung tak yah wat banyak benda sangat

Sollihin SS Twins said...

salam...

tip top la kerja 1solution nie... nanti ader umah nak bikin pas kat korang jer la buat...

tahniah...
meh la kengkawan semua support...

din said...

cantik ar umah ni...

nak boleh?

hehe.. :P

Farid said...

Aku berkenan kat swimming Pool tu..Leh terjun tirup lagiii..Hehehe..mcm pernah ku lihat,tapi di mana yaaaa..:)

Manaf said...

ni koi tropika condo kan? cun gak condo tu. bertuah saudara R

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com