Saturday, April 18, 2009

18th April CIMB Bank Auction Day..

Pagi tadi, di Berjaya Times Square berlangsung lagi lelongan CIMB Bank. Sepatutnya Tuan Asri dan Sifu Goyang masuk membida, tapi tak nampak muka hari ini. Topeq dan Wan Azmi berjaya mendapat RP untuk unit yang mereka bida. Tahniah. Pokli juga berjaya mendapat sebuah unit di USJ1.


Muka2 pemenang hari ini..




Selesai acara lelongan, aku dan Topeq ke Taman Maluri, Cheras untuk bertemu penyewa Penara KingofKondomania. Deposit RM700.00 diterima dan mereka akan mula menduduki unit tersebut bermula bulan May nanti. Janji pukul 12.00 tghr, pukul 1.00++ baru sampai.. janji Melayu macam ni la.. aku dan Topeq sempat lunch.

Selesai urusan Penara, aku dan Topeq terus cargass ke unit LP yang baru di menangi tadi. Sesampai di sana, aku dan Topeq ingatkan unit ni kosong, dan Topeq beria-ria suruh aku buka unit tu. Tapi bila aku selak bidai dibelakang unit (yard area), aku nampak ada orang sedang menonton TV. Kosong hape.. hahah.. setelah lebih kurang 15 minit ketuk pintu baru ada orang buka pintu.. rupa2nya penyewa yang duduk. Menurut penyewa, unit ini baru sahaja di sewa awal bulan April yang lalu. Penyewa juga sedar yang unit akan di lelong, tetapi menurut owner, mereka telah menjelaskan bayaran kepada pihak bank dan penyewa boleh terus menyewa di situ. Tapi.. nampaknya owner tidak menjelaskan bayaran kepada pihak bank..

Penyewa bersetuju untuk terus menyewa di situ, tetapi kadarnya agak rendah, lagi pula di tinggal berseorangan, dan unit pula telah dibaik pulih olehnya.. memang benar, unit bersih dan baru lepas di cat baru warna light purple. Lantai dan parkir nampak cantik lagi, baru lepas di polish katanya.. dan penyewa bercadang untuk menyewakan 2 bilik kosong kepada orang lain. Penyewa memang boleh sambung, tetapi rate yang di mintanya agak rendah.. kemudian akan di bincangkan tentang rate, yang penting nak submit loan dahulu..

Kerja belum settle lagi.. mau kutip duit sewa..

10 comments:

Farid said...

Tahniah pada otai Pokli,wan azmi dan Topeq...WoW,Pokli dan wan azmi mmg cargasss..Cmni sthn je leh cukup 20 bijik nihhh..Apapn tahniah..

cengkok said...

tahniah semua....
aku pun nak cargas jugak la nie
semalam kalah kat tancorp

sepul_besut said...

wowww.. LP lg.. panas2..

pokli said...

hehehe....tq semua...aku pon sama nasib dgn topeq...dah ada penyewa..tapi penyewa konfius...dia kata bukan rumah dia yg kena lelong..tapi aku bagi masa kat dia..aku pesan kat bini dia....cukup bulan masukkan sewa...tp.....mesti owner lama dok kacau dia...so sesi nego akan bermula...payah2 aku cari penyewa lain.....hehehhe

topeq said...

stgh thun xde pasif income la cmni nmpknye..hehehe..

ctfarazila said...

Tahniah semua... mmg korang sgt cargasss la... keep it up!

askrool said...

congrat suma...moga2 dimurahkan rezeki..boleh la bantu org2 yg susah diluar sana....

wakif said...

Tahniah pada yang menang...:) Yg tak menang kali ni cuba lagi... good luck!

peruzz said...

tahniah kepada para pemenang...
terutama pd topeq..pawer.. ni aku rase antara permilik rumah termuda di tanah melayu ni.syabas brooo.
yg tak menang tuh.. jgn sedey2.. hari anda pasti akan datang juaa.. hhehehe..

faris said...

Ya betul.. teruskan usaha dalam pencarian rumah lelong terbaikk anda.. apadehal kalah 2-3 kali.. menang 20-30 kali..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com