Saturday, April 11, 2009

CIMB Auction Day 11th April 2009

Pagi tadi aku ke Seremban untuk lelongan CIMB under Eszam Auctioneers. Kebanyakan hartanah lelongan adalah dalam kawasan Negeri Sembilan, jadi Eszam adakan lelongan di Hotel Royale Bintang, Seremban. Kalau tengok pada gambar, memang tak ramai orang. Makanan pun ada berlebih, lepas auction pun boleh sambung makan. Cuma ada lebih kurang 5 hartanah yang di bida, dan persaingan sengit hanya untuk Tiara Beach Resort dengan harga reserve dari 65k naik kepada 72k. Itu sahajalah saingan sengit di sini. Keadaan tenang dan Pelelong pun macam dah kenal dengan pembida2 di sini. Masa aku register untuk unit TBR ini, soalan pertama mereka tanya, awak ni Encik Shafie eh? 3 orang yang tanya aku soalan yang sama..




Dari 2 unit TBR yang aku daftar, hanya satu yang dimenangi. TBR RP65k ada 3 pembida, masa pelelong announce nama aku sebagai pembida, ada sorang pembida tengok aku dan bagi sign macam kenal aku, rupa2nya dia pembaca blog aku juga, Cengkok. Last minute decide untuk masuk lelong. Cengkok menang unit ini, dan menurut katanya, unit ini bakal di tolak kepada PMC untuk di uruskan. Untuk unit TBR RP 103k menang at RP. Staff2 Eszam memang peramah. Diorang minta nombor talipon aku untuk book TBR nanti, aku dah bagi nombor Tuah pada diorang. Menurut mereka, kalau park pada management dapat RM400.00 sebulan, tak payah pening kepala. Memang la tak payah pening kepala.. tapi berapa pulak yang dia dapat lepas tolak duit bayaran bulanan pada bank? Kalau manage sendiri, dapat sebulan 3 malam pun dah RM450.00.. lagi tak pening kepala..

Balik dari Seremban, aku ke Bangi, sebab geng Satu Solution masing2 busy hari ini. Aku ambil Peruzz untuk pergi tengok rumah pakcik Peruzz di Kiambang Apt, Putra Perdana yang dah 2 tahun di tinggalkan tanpa disewa, tapi bulan2 masih bayar pada bank. Menurut Peruzz, pakciknya nak minta kami uruskan urusan penyewaan unit tersebut. Tugas pertama adalah pecah masuk unit tersebut kerana kami tiada kunci. Kunci grillnya agak liat untuk dibuka. Sambil2 mencuba untuk membuka kunci grill tersebut, jiran depan rumah baru balik ke rumah, dan bertanya jika kami owner rumah tersebut, dan adakah unit tersebut untuk disewa? Bila kami cakap memang unit tersebut untuk di sewa, terus dia cakap nak sewa. Rumah yang dia duduki sekarang owner nak ambil kembali, untuk dijual. Since unit ini hanya berhadapan dengan unitnya sekarang, senang untuk dia pindah. Alhamdulillah, nampaknya kerja dipermudahkan..





Hampir setengah jam nak buka kunci grill, akhirnya dapat juga dibuka. Kami melihat keadaan dalaman, dan ada beberapa benda yang perlu diperbaiki, dan kami juga perlu memasukkan semula elektrik. Air masih ada lagi. Ada kebocoran pada siling, dan aku perlu bantuan maintenance office untuk baik pulih unit tersebut. Once elektrik dah masuk, boleh tengok lampu dan kipas yang masih berfungsi. Bakal penyewa nak minta tambahan kipas. Boleh di uruskan.. Mungkin bulan 6 nanti dia akan masuk. Tak perlu tergesa2.



Untuk lelongan bulan April ini, hartanah yang hot n spicy sudah mula keluar. Apalagi.. cargass la beli..

12 comments:

jeguk said...

ape cerite kali nie...pie dapat x umah sempena kelahiran putera nafhan??
faris...pie xde cakap ke...sempena kelahiran anak aku...ko bidkan untuk aku sampai dapattt....heheh

Matt Azuri said...

wow..takde orang ke mega auction kali nie

topeq said...

mane ceriteranya..hehe

pokli said...

apsal x ramai org ekkk? penara berapa harga menang harinih?

topeq said...

kalau da namenye rezki..depan mate je dapat.. :)

jeguk said...

wow...makin banyak unit TBR yang akan PMC uruskan...emm...baguss!!

farid said...

Semakin jauh dah sifu kita gi Bid..sampai ke Nogori dah..Baguss..Empayar semakin luas.Nnt leh buka satu branch dekat N9 lak..Good Luck

sepul_besut said...

TBR dh makin byk.. marketing strategi pon kene lg power.. amek awek cun lah sorg utk jg TBR nie.. jawab call tok booking pon suara manje2 gituuu..

pie2020 said...

aku nakk appoint sorangg awekk jaga booking tbrr... suara ala ala manja gilos.... ahahah .. orang yg tak nak dukk tbr pun akann cairr bila dgrr suara diaa ... hahaha ....

sepul_besut said...

dh ade calon ke pie? syada ke? (manje ke suara syada?) hehe...

syada said...

pergh...patut la tergerak hati nk baca komen ni..nak jgk tu sebut nama aku..aku garang lah! ahah..

cengkok said...

Hi semua,aku cuba ikut jejak langkah sifu kita. TBR akan jadi milik PMC satu hari nanti kot.
Kalau koperasi dah bagus beli lah en-bloc TBR tu.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com