Sunday, April 26, 2009

EonBank 25 April Auction & Satu Solution @ Work

Pagi tadi aku cuma pergi membida untuk 2 buah hartanah di Puchong. Bertempat di Ng Chan Mau. Semalam, aku agak kelam kabut kerana ada banyak kerja dan akibatnya aku tak sempat buat bank draft untuk bidding hari ini. Ada 2 option yang aku boleh guna pakai, yang pertama, buat bank draft di RHB Puchong yang buka pada pukul 9.30 pagi atau buat bank draft di CIMB/RHB KLCC yang orang kata buka pada pukul 9.30 pagi juga hari Sabtu. Ok, aku sampai KLCC pukul 9.30 pagi, tapi bank buka pukul 10.00 pagi. Nasib baik sempat. Terus bergegas ke Ng Chan Mau dan aku register 2 unit VM untuk client aku. Semasa pendaftaran, aku diberitahu tiada pembida lain pada hari itu untuk unit VM tersebut. Dah tak saspen la.. Kemenangan RP untuk kedua2 unit VM tersebut. Satu JuruUkur punya, satu Wakata punya. Lepas habis auction Wakata singgah sebentar, kita orang lepak makan tengahari di Restoran Hakim sambil bincang2 next step apa nak buat. Pukul 12 gerak.. time untuk kerja cuci rumah..



Apt tukun aku telah disewakan pada pasangan baru kawin. Sebelum aku serahkan kunci, aku dan Pie cuci dulu rumah ni, pasang rail langsir dan pasang tikar getah. Pukul 2 penyewa datang, bayar deposit 2+1 dan ambil kunci. Siap apt tukun ni, gerak ke Penara KingofKondomania pula. Penyewa nak sign tenancy agreement. Untuk unit2 yang aku sewakan, aku tak kenakan agreement fee atau stamping fee. Berapa ringgit sangat. Untuk stamping pun sekarang aku dah jimatkan kos dengan gunakan stem hasil sebagai ganti stamping di LHDN. Kos yang lebih rendah, kalau tak percaya cuba buat. Untuk nilai sewa RM300.00 sebenarnya pejabat hasil kenakan duti RM8.00 sahaja kalau tak silap aku, untuk sewa satu tahun. Aku pulak dah terlebih letak stem sampai RM20.00.
Selesai urusan Penara, aku, Pie dan tuanbri pergi settlekan rumah2 yang client menang pagi tadi. Gila cargass. Mentang2 unit kosong.. Unit pertama yang di buka.. rumah Wakata. Skil buka tombol guna spanar aku, masih mengekalkan succesful rate yang tinggi. 2 saat rumah siap di buka. Rumah pernah diduduki, kena kemas dan bersihkan rumah ni. Kitchen cabinet dah ada. Elektrik masih ada lagi. Cuma perlu masukkan air, tambah kipas dan lampu, siap dan boleh disewakan.









Unit kedua yang di buka, rumah JuruUkur. Rumah kosong, tidak pernah diduduki. Lampu, kipas dan grill perlu di pasang. Outstanding agak tinggi, 9k++. Lepas siap rumah2 dibuka, Wakata on the way datang Puchong.. Sementara menunggu Wakata sampai, lepak minum2 sambil makan dulu..



Ini bukan TT gersang, walaupun itu yang korang boleh interpretasikan berdasarkan gambar.. Penat buat kerja beb.. layan makan dan minum dulu.. Tengah lepak2.. member aku Paeng call, tertinggal kunci kat dalam rumah. Mentang2 la aku biasa pecah rumah.. bantuan segera diperlukan.. Pukul 8.30 malam, lepas bawa Wakata tengok rumah dia, terus gerak ke Desa Pandan untuk misi pertolongan pecah rumah.. Penat beb..



11 comments:

Wida said...

pendeknya rambut Bri... huhu..

anyway cantik ek rumah 2nd line tu. mana tu?

POKLI said...

mcm rumah VM Juru ukur

tuanbri said...

aku baru lepas plkn la...

sebab ada diana danielle

tu la yg kena paksa join.

hehe

sourplum said...

haha
reason xle blah :p

anyway cntek rumah dlm gbr yg kedua tuh. story la cket

jeguk said...

Ooo...dalam diam ada TT papa gersang yek...heheh;) (3 gambar terakhir)

ctfarazila said...

Cantekla rumah... VM dpt RP je... haih dah berehat ke investor2 ni? hehehe... anyway congrats!

wakata said...

haha..TT gersang ni agak kekok. kedua2 org mkn pun sbelah2, siap romantik2 ambik mknan n lauk, aku rasa kalu takde org, mau mkn bersuap depa..haha.

Amaran: Kepada semua anggota Koop, sila hadir AGM. Tuan tanah dah sound aku..kecut perut...anyway tq faris belanja aku tea ais kurang manis.

Nota: Satusolution mmg cekap. Pantas dan tuntas.

cengkok said...

tahniah para pomonang...
cantik la vm dapat rp pulak tu.
aiii.
dengki aku tengok.
x pe sabar byk lagi yg akan dtg..tapi akan dpt RP kee.?
tgk la nasib

hani said...

bila tgk tuanbri pegang cutter teringat 1st rumah yg pie g pecah..masa tuh mana ader org nak tolong, so g berdua...saya pegang sebelah n pie pegang sebelah cutter...hhehe...bile teringat,nak tergelak pun ader.....pie pecah rumah saya jadi pak guard takut ader org report polis plak....hehhe

faris said...

hahaha.. Hani.. kita orang faham perasaan tu.. pegang cutter ni kalau mangga tu besar.. memang kena pegang 2 orang.. habiskan banyak tenaga.. Dah tak join Pie pecah rumah dah ke? Heheheh.. rumah mana yang Pie dan Hani first potong mangga tu? Teratak ke?

hani said...

hehhe....kalo x silap..rumah desa tun razak...sekarang ni pie dah ader geng2 pecah rumah, saya duk rumah jer ler jaga anak...ahaksss...isteri mithali gitu

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com