Thursday, April 16, 2009

Lelongan Hari Ini dan Ops Bersih Rumah..

Dari minggu yang lepas aku tak berapa nak ada mood yang ceria seperti biasa (padahal cam biasa je.. hahah) disebabkan aku ada internal problem dengan rumah2 aku. Projek2 bermasalah disebabkan loan tak lepas.. Alhamdulillah.. atas bantuan rakan2 aku dapat menyelesaikan masalah tersebut. Cayalah geng!! Aku amat2 hargai bantuan yang korang berikan.. dan aku tidak akan sia2kan bantuan korang.. Tak lama lagi aku akan kembali mengganas. Tapi tak seganas Pie.

Keadaan kembali normal.. dan hari ini kembali cargass turun auction. Ada 2 hartanah yang Satu Solution patut bida.. tapi salah satu nya called off. Tempat biasa.. hot area yang selalu menarik para pelabur .. kondo Penara. Penara di lelong oleh ehsan, dan Tuanbri yang patut membida bagi pihak client, tapi Tuanbri turun dengan muka kecewa lantas join aku di Ng Chan Mau.

Di Ng Chan mau pula aku bida unit A'Famosa Resort unit apt 2 bilik. Alhamdulillah, kemenangan RP berpihak kepada kami. Menurut owner iaitu Encik Megat, kemungkinan besar dia nak Pie manage unit ini. Wow.. bertambah lagi resort2 kelolaan PMC. Buat masa sekarang bagi Pie pikir dulu macam mana dia nak manage unit ni nanti.





Menda ni?? Malu2 muka nak masuk blog??


Tuan Asri yang turut kecewa kondo Penara called off..

Semalam juga Team Satu Solution pergi ops bersih rumah Encik M, sebab hari Jumaat ni ada 2 orang bakal penyewa yang nak tengok rumah. Satu group lelaki, dan satu group perempuan yang akan tengok rumah. Rumah ni tak teruk pun, lepas bersihkan dah okey. Cuma nak letak tikar getah je weekend ni, dah okey la.. Api dan air masih ada lagi.





Macha Satu Solution sedang bertugas dengan uniform kerjanya..

Sebelum ops bersih rumah, pergi buat site survey dulu.. kawasan yang tak berapa best.. sunyi je.. tak nampak muka Melayu pun duduk sini..


9 comments:

pie2020 said...

bri ...
awak sudah resign ker..
hehehehe ..

sourplum said...

cm gbr paparazzi amik je
tutup2 muka :P

tuanbri said...

Resign apa?
Siapa yg sebar berita ni?

Aku xde pasif income..macam sifu2x yang lain...aku hanyalah seorang kuli

Kalau aku resign, ada ke org yg nak ambik aku kerja?

Koop?

ctfarazila said...

sib baik aku call dulu tanya pasal Penara tu... ramai rupenye nk masuk ye... huhu

cengkok said...

A famosa pulak....aku pernah stay sana not bad apartment luas...angin maalm sedap.
dapat RP berapa.
A Famosa memang ada banyak under auction.

A famosa x silap aku quite popular among Singaporean.

Wida said...

Pertandingan malu-malu menutup mata oleh TuanBri.. hehe..

Tuah said...

asri asri....ganaz sekarangggg.....

tuanbri said...

Malu la aku...
asyik kena ambik gambar je..apa la org lain kata..tgk faris asyik ambik gambar aku..

peruzz said...

terima kasey kepada geng2 yg beri bantuan pd sifu faris.. barulah lega ati beliau.. dapat juga beliau terus mengarang di blog ni dgn tenang..sekaligus kite dapat mengutip ilmu2 berharga dr beliau..terima kasih semuaa..hehe.. ayat skema giloss

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com