Wednesday, April 22, 2009

Lelongan Hong Leong Bank 21st April 2009

Lelongan hari ini bertempat di Property Auction House.. Client aku hanya berbudget RP sahaja.. ya.. kadang2 kita tak perlu berbudget tinggi untuk hartanah2 yang kurang hot. Hasilnya.. memang kemenangan RP pun.. low cost flat di Shah Alam untuk 40k sahaja. Tak ramai pun yang masuk membida hari ini. Cuma 4 unit yang mempunyai pembida. Paling hot pun, Mutiara Magna dari RP 48k naik kepada 60k. Setelah habis lelongan yang tak sampai 10 minit itu, terus gerak buat kerja lain..



Sempat aku jumpa rakan masa belajar dulu. Aku panggil dia Boss. Dia nak jual rumah Mentari Court dia, harga bermula dari RM140k. Spec rumah, kipas setiap bilik, Tiles untuk ruang utama, dan bergrill. Yang lain specs standard. Kalau ada yang berminat boleh email pada aku. Unitnya Block A dan masih kosong. Penyewa baru sahaja keluar 2 bulan yang lepas setelah habis kontrak. Aku akan carikan penyewa juga untuk unit ini. Harga sewa adalah RM700.00 sebulan.

Malam tadi ada 2 bakal penyewa yang tengok unit LP dan DM client aku. Tapi masih belum confirm. InsyaAllah boleh dapat penyewa dalam masa terdekat..

Banker aku ada pesan untuk pelabur2 luar negara (client aku).. sekarang ni bank agak strict dalam urusan permohonan pinjaman. Walaupun dari segi gaji dan komitmen korang memang layak.. tapi disebabkan job base bukan di KL, bank akan anggap hartanah yang dibeli adalah untuk tujuan pelaburan.. dan ada kemungkinan kelulusan pinjaman agak sukar. Sila berhati2 terhadap pembelian kedua, ketiga dan seterusnya.. Nasib baik pembelian client aku (Farid)yang kedua telah diluluskan... Alhamdulillah..

4 comments:

saiful said...

pelik betul la bank kat mesia ni..pelabur2 luar negara strict pulak ye..so agak2 loan aku nanti ada masalah tak..risiko ni kalau loan tak lulus..hehe

sourplum said...

kosong je kerusi
bpe org je yg pegi tuh

wakif said...

boss? alamak member aku jugak tu...:)

faris said...

@Saiful : Apa nak risau.. ic kau alamat Selangor..

@Safuan : Tu yang best pergi lelongan time2 weekdays.. tak berapa ramai..

@Wakif : berapa lama dah kau tak jumpa Boss?? dia dalam usaha membeli 5 siries sekarang.. kencang!!

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com