Friday, April 24, 2009

Lelongan Maybank 24 April 2009

2-3 hari yang lepas memang ada auction yang aku hadiri, tapi keputusannya negative.. Hari ini kembali semula dengan taktik baru.. malas mau cerita taktik baru. Satu solution sentiasa keluar dengan taktik baru bila kalah bidding untuk pastikan kemenangan client.. heheh.. think thank nye aku n Tuanbri je la.. Unit hot area ini berjaya di menangi pada harga 66k. Pagi tadi ada gangguan ulat sebenarnya.

Macam biasa.. aku datang awal.. register dan cabut.. aku pergi breakfast di tingkat groundfloor.. lebih kurang pukul 10.20 am baru aku naik semula. Aku nampak geng2 blog.. aku jumpa Wan. Wan cakap ada ulat approach dia untuk tawarkan duit kalau Wan tarik diri, atau Wan offer dia duit untuk dia tarik diri. Itu approach utama dia. Dia siap tunjuk duit pada Wan. Wan cakap takpe.. kita tunggu dulu sebab ada bidder lain untuk unit ini. Ulat ni dah check, dia kata ada 2 bidder sahaja. Kemudian aku datang.. aku lah bidder yang kedua tersebut. Analisis awal aku, apahal nak deal bagi duit kat Wan kalau dia sendiri tak register?? Asri pulak datang.. aku bagitau ulat tu, Asri akan masuk bidding juga.. so, total bidder ada 4 termasuk ulat ni.. aku bagitau tak payah deal.. lawan je.. Ulat ni cuba ayat Asri pulak.. Asri pun faham the game played by ulat2 ni.. dia buat2 berbincang dan setuju dengan ulat ni. Sekarang cuma aku je yang tak setuju. Sampai lah bidding start, haram diorang tak register pun.. Apa cerita ni beb.. nak deal makan atas angin je.. Nak jadi ulat pun pandai2 la sikit.. awal2 lagi dah bagitau aku cuma 2 bidder.. aku pun tau dia tak register.

Untuk atasi ulat2 macam ni.. apa kata korang accept diorang punya deal.. mintak duit daripada diorang.. kata korang nak tarik diri.. bagi laluan kat diorang.. mesti terkulat-kulat diorang nak jawab.. Mula2 diorang pancing korang.. nak bagi korang duit.. tapi matlamat akhir diorang.. nak makan atas angin je.. diorang akan mintak duit dengan korang jugak nanti.. Since geng2 blog sahaja yang masuk bidding ini.. unit ini dimenangi pada harga 66k. Power of networking and circle of investors..

Petang ni ada lagi geng2 blog yang akan masuk bidding di Property Auction House. Semoga berjaya..


Rumah siapa ni?? Colour hijau juga..


Unit Cendana yang masih belum buat apa2..

Korang cari apa ni??
Keywords

auction house kota damansara
banglo idaman
rumah dahboleh masuk
faris william syamoi
rumah lelong di kota damansara 2009
tarikh yan sesuai nak pindah rumah
rhb auction
ops pecah
pengalaman bersalin 2009
seri bulan resort

12 comments:

azlie said...

ooo faris ko ade jgk ke tadi? x perasan pun.. saya ni silent reader blog ni je.. td ada gak masuk brunsfield tapi kalah kat 133k, register dgn ct farazila.. lenkali boleh register dgn korang pulak la ye..

kelang said...

ish ish..canteek sungguh rumah hijau itu.. ;)

Tuah said...

tahniah pada client satu solution

plizz arr ulat..if yer pon nak jadi ulat..register arr dulu..hak hak hak....

POKLI said...

ptg tadi kawan2 kita ramai yg kalah kat PAH....aku jv dgn CT & WA bid unit jati 2 ,USJ 1 kalah kpd 156K...MV 240K...RP133K..takpe byk lagi rumah lain...

faris said...

@azlie : Tadi aku pakai baju melayu warna merah. Kau kalah dengan pembaca blog aku juga nampaknya.. Tempat yang kau masuk tu, makin hot dan so far bila masuk lelong, ada je yang membida..

@Kelang : Bila nak sewakan rumah kau tu??

@Tuah : Bila mau jadi ulat? secara tak langsung aku dah bagitau cara2 menjadi ulat yang berkesan..

@Pokli : Gila cargass kau.. lepas ni mana pulak??

azlie said...

ok faris, next time brunsfield lelong lagi bagi la can kat aku pulak hehehe

ctfarazila said...

Tahniah pd yg menang... yg kalah jgn stresss... byk lagi umah lain yg hot insyaAllah ade rezki masing2... :D

pie2020 said...

hhahahah .... ulat ulatt ...
cari makann mmg cam niee .. pasall takde client ... dia saja jee lah create cite ... offer RM1k .... lepas tuu ... dia cakapp lah kita lakk yg offerr kat clientt dia .....
semua taktikk kkotorr ... sebab tu akuu penting kann networking antara kita ...... pedulii kannn ulat ulat dgn cara dia orgg

syada said...

yes dpt tips jd ulat! tq :D

Azman Ali said...

tuah wat part time jd ulat ke??

Azman Ali said...

unit cendana tu kalo pasang tiles cantek tuh faris...haha

faris said...

gila aahh man.. promote tiles je skarang ni.. main projek2 besar.. kita orang ni projek bilis je..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com