Wednesday, April 8, 2009

Negotiator at work..

Hari ini kerja2 aku melibatkan kerja2 sebagai seorang negotiator.. Bukan senang nak jadi negotiator cum advisor ni.. kena faham process flow dan kena faham situasi ex-owner dan penyewa di situ.. sebab kita akan ambil rumah dia.. tapi tugasan hari ini tiada masalah.. ex-owner faham situasi dan faham dengan explanation kami. Tugas pertama, bermula di Apt TMJ Fauzie. Harga belian Apt TMJ oleh ex-owner dulu 44k sahaja, dan beliau telah servis loan lebih kurang 5-6 tahun dengan bayaran bulanan hampir RM300.00, di tambah maintenance fee bulanan, total lebih kurang RM350.00. Fauzie beli pada harga lebih kurang 50k. Situasinya sekarang, ex-owner masih mahu duduk disitu buat sementara waktu. Lagi pula isterinya bila2 masa akan bersalin, mungkin esok lusa. Mak mentua nya pun dah tiba dari kampung. Ex-owner tengah banyak masalah, tak perlu kita kusutkan lagi dengan nak halau keluar la nak naikkan sewa la.. Jadi, perjumpaan hari ini adalah untuk negotiate hal2 pindah milik dan pendudukan. Ex-owner akan mendapat sedikit duit dari pihak bank disebabkan harga belian yang agak tinggi, dan buat sementara waktu, beliau akan menyewa dengan Fauzie pada kadar yang lebih rendah sedikit dari market rental rate, tapi masih menguntungkan Fauzie. Takpe, kita buat baik pada orang, InsyaAllah kita akan dapat balasan yang baik. Percayalah.. Jadi, hasil dari perbincangan, beliau akan menyewa dengan Fauzie dahulu. Case settle..

Sebelum ni banker aku hanya terima application untuk apartment bersaiz 650sqft ke atas sahaja, dan untuk 650sqft ke bawah mesti berharga melebihi 150k. Dia hanya mengikut piawaian CIMB terdahulu. Aku minta dia clarify semula dengan hq dan kini confirm, hartanah bersaiz 600sqft ke atas di terima oleh CIMB. So far kerja banker aku boleh dikategorikan bagus. Saper2 yang aku refer, dia dah tau apa nak buat dan rate apa nak bagi.. mrta macam mana.. loan agreement fee macam mana dan semua2 la dah well verse.. Dan korang yang datang jumpa dia pun memang dah ada knowledge, jadi semuanya lancar.. Jadi untuk kes Teratak Muhibbah, masih boleh apply loan dengan CIMB. Sebenarnya tiada masalah pun.. cuma banker aku yang silap pemahaman dan telah pun di clarify.. Jadi, Encik Asrimiat tak perlu risau..

Tadi juga aku dah ambil account statement maintenance charges untuk Condo PH Cik PM, dan aku akan forward pada lawyer untuk tujuan direct payment daripada bank, atau at least keluarkan Letter of Undertaking untuk tujuan pindah milik nama. Cik PM tak perlu risau lagi sekarang.. heheheh..

Tadi lawyer aku, Mrs Junny ada explain tentang procedure Resolution Alliance. Disebabkan Resolution Alliance adalah syarikat pelelong yang masih baru (Mereka baru melakukan lelongan bermula tahun ini), mereka tiada procedure yang khusus. Jika dilihat pada POS nya pun, mereka tidak menyatakan yang maintenance charges akan di tanggung oleh mereka. Untuk rekod hitam-putih, aku dah minta surat dari mereka, sebelum lelongan lagi untuk menyatakan mereka akan cover maintenance charges. Gila kau.. tunggakan maintenance Cendana Mrs Junny 7.5k.. sebab tu kena prepare awal2 benda2 macam ni. jadi, Junny dah push Resolution Alliance untuk bayar direct. Hasilnya positive, cuma Mrs Junny kena bayar 5% dari jumlah tunggakan sebagai tanda komited yang Mrs Junny akan meneruskan pembelian. jadi, modus operandi yang sama akan diguna pakai untuk kes Penara Matt Kenya yang di beli dari Resolution Alliance juga. Tapi Matt punya tak banyak sangat, lebih kurang 2k je.. pejam mata pun Matt boleh bayar..

Aku sempat juga tunjukkan rumah sewa aku pada penyewa aku untuk rumah tukun aku, dan berjaya disewakan pada harga RM480.00 dengan deposit 2+1.. heheheh..

Last negotiation works for today.. aku ke Apt C Mr Digoil. Aku ke sana bersama Mr Digoil sekali, sebab Mr Digoil pun nak tengok rumah dia dan nak nego sekali. Rumah ni Pak Arab dari Jordan yang duduk. Minggu lepas aku dah jumpa dia. Dan aku juga dah contact ex-owner untuk tujuan take over sewa bulanan. Tiada masalah juga untuk hari ini. Cuma apt ini disewakan secara partly furnish. Kipas 3 buah yang baru di pasang, ada wardrobe 5 pintu, kitchen cabinet, sofa set, dining set dan water heater. Kiraan cincai, ex-owner tolak barang2 tersebut pada harga 2k, dan by next month Mr Digoil akan take over sewa. 2k tersebut juga akan di bayar setelah urusan pindah milik nama dan loan disbursement selesai. Tak perlu terburu2 bayar. Ex-owner ni pun cool sahaja orangnya. Cuma dia minta once CIMB dah disburse full amount, tolong beritahu dia, sebab dia nak restructure semula loan dia. Asal mula rumah dia kena lelong disebabkan kegawatan ekonomi yang menyebabkan isterinya kena retrench. Jadi dia tak mampu buat bayaran bulanan. Masa dia ada duit untuk buat ansuran bulanan, bank pula yang tidak mahu bertolak ansur, bank nak dia bayar semua total outstanding berjumlah 20k lebih. Dia pun dah cuba masuk semula auction pada siri auction yang lepas, menggunakan nama saudaranya, dan berjaya dapat semula pada harga 40k++, tapi masalah pada loan pula yang hanya approved 50%. Tak mampu nak sdiakan duit 20k++ balance purchase price. Saudara mara pula tiada yang nak tolong take over beli atau refinance rumah tersebut. Dia nak refinance semula pun, track record tak cantik, apatah lagi isterinya tidak bekerja. Kalau kita susah, orang lain terutama saudara mara memang jarang akan membantu. Jadi dah habis usaha.. dia biarkan sahaja unit ini di beli oleh pembeli yang lain. Masa dia beli dahulu, 90K++.. outstanding dengan bank memang masih tinggi. Sebab itu dia nak restructure semula payment.

Hasil perbincangan, Pak Arab tersebut akan continue sewa pada harga yang sama, RM350.00. Barangan partly furnish akan jadi milik Mr Digoil. Pada aku tak rugi pun bayar 2k tersebut. kalau nak di kira kos pasang lampu dan kipas semula, rumah dah ada grill untuk pintu depan, yard area dan balkoni, dengan barangan partly furnish, dan juga dapat pakej continue sewa lagi.. semua tu berbaloi pada aku. Pak Arab tu pun ok. Kami di hidangkan Turkish coffee. Gila pekat. Lepas minum baru pak Arab tu sound malam ni tak boleh tidor la kita orang.. heheh.. Masa nak melawat rumah tu nak tengok barang2 partly furnish tu.. Pak Arab minta tunggu sekejap, dia nak sorokkan bini dia dulu. Aku pun tak tau mana dia sorokkan, dalam tandas, dalam stor pun takde. Almari je aku tak bukak..

Lepas habis perbincangan, kami lepak minum di restoran ex-owner tu. Dia ada restoran di Kajang Sentral, Salju Cafe nama restoran dia. Sebelah Brittania Hospital dalam highway silk menghala ke Semenyih. Cafe dia pun ok.. ada macam2 menu. Kalau korang free boleh singgah cafe dia. Kita tolong menolong sesama kita. Dia belanja kita orang makan pulak tadi, sempena esok birthday dia...
*Tiada gambar untuk cerita hari ini. Battery aku dah habis la...

9 comments:

Matt Azuri said...

wow..The Negotiator...

mesyuwarah membawa berkat, diplomacy is the best policy. Bagusla..semua happy, win-win situation.

Anonymous said...

-hari nie kita tlg org..esok lusa org akan tlg kita lak..dan allah akan permudahkan urusan kita...syabas

jasa mu di kenang

-asrimiat-

Wida said...

Asri.. bila mo update blog tunjuk gambar rumah baru..

KEOWN said...

faris.. nie umah cemara yang tingkat 3 tue ke?

umah tue ada swimming pool kan?

ok umah kat situ.... penyewa tak susah nak carik cuma sewa situ boleh pegi sampai 450 aje untuk seraya da cemara.. kalau pesona dan satu lagie tue boleh cecah 650...

treec00l said...

wowow,

caya lah sifu.

tp kalo nak carik PUSHER berbakat, leh calling aku ya sifu :p

hahaha

faris said...

@Keown : Betul la tu, ada swimming pool.. tapi so far rate tak berapa tinggi. yg ni tingkat atas sekali.. ada sorang brader yg sewa Block A dapat sewa RM200.00 je.. aku rasa RM350.00 tu kira ok la..

KEOWN said...

rm200 tue rasanya yang termurah sebab rasanya lagie murah dari low cost yang kat bawah tue..

low cost situ pun leh sewa rm250 - rm300

puding_melo said...

ok faris, tapi bank x cover semua kan..yg extra tu kao yang tolong kever kan ? kan ? kan ?

Anonymous said...

may i ask how much the salary?
basic salary?

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com