Thursday, April 2, 2009

Pecah rumah hari ini..

Ada 2 siri pecah rumah hari ini. Yang pertama adalah rumah Wan di Condo VK yang di beli pada harga 170k. Memang sangat luas Condo ini. 1400sqft, dengan 4 bilik tidur dan aku rasa macam 3 bilik air. Aircond pun ada, kipas lampu pun dah ada. Air memang belum dipotong. Masa aku pecah rumah tadi, agak sukar kerana padlock letak didalam. First time tengok rumah dah dah kecewa sikit.. (sikit je.. mana boleh layan perasaan kecewa ni). Pada aku jangan mudah putus asa. Kena cuba dulu, baru boleh tau boleh buat ke tak boleh buat. Habis jugak tenaga aku tadi nak patahkan padlock tersebut. Mula2 pakai cutter tak jalan, aku gergajikan sikit padlock tu bagi ada alur, supaya mudah aku potong. Akhirnya berjaya. Halangan kedua adalah tombol pintu jenis mahal sama macam LP Puan paddle no 15, dan bernasib baik, pintu tak kunci juga. Alhamdulillah… senang kerja. Lepas ni nak kena belajar macam mana nak bukak tombol2 mahal pulak. Orang2 kaya dah mula masuk line auction.. hhehehh.. nak kena servis korang takkan start daripada tombol dah sub kat locksmith kan.. rumah kaya2 takkan pakai tombol murah2 je kan.. mesti nak security.





Lepas habis pecah rumah Wan, aku pergi pecah rumah Manaf pulak.. Condo BO yang Manaf baru menang minggu lepas pada harga 103k perlu dipecahkan. Rumah memang kosong, pintu depan dah terbuka. Keluasan juga 1400sqft. Kali ini, tugas agak senang kerana padlock dah agak berkarat dan terletak diluar. 2-3 kali kepit dengan cutter dah patah. Skill semakin kemas.. tenaga pun tak banyak habis. Masuk dalam rumah, kira best la jugak rumah ni.. ada kitchen cabinet, ada perabot2 sikit, dan percuma tong gas. Boleh buat semi furnish.. aku tengok Manaf banyak berfikir. Tengah buat kira2 apa nak repair dan berapa banyak duit nak habis.. heheh.. pelaburan ni Manaf.. kau kena ingat.. once dapat penyewa.. once dapat homextra.. semua tu berbaloi.. Antara major repair rumah ni, kena scrap parkir masterbedroom kerana ada anai2.. api boleh masuk bila2 masa.. air tak kena potong.. jadi, once api dah masuk, boleh start cuci dan kemas rumah dulu.. kalau ada apa2 nak repair boleh tengok lepas kemas dan cuci. Kita bagi masa sebulan kalau boleh untuk buat kerja baik pulih.. by May kita tunggu kemasukan penyewa je.. heheh..



Sebelum balik rumah, ada orang nak tengok rumah area Penara pulak. Terus aku tunjuk 3 buah rumah. Cendana aku, Penara Matt dan Penara Kelang. Cendana aku memang dah dikosongkan oleh penyewa 1 minggu yang lalu. Sekarang aku tengah mencari penyewa baru. Penara Matt pun dah ada orang booking, tapi so far booking mulut je.. belum kasi deposit mana boleh confirm lagi, sebab tu aku masih open untuk orang tengok. Tapi Matt, student yang tengok hari tu memang bagitau pada Bri diorang nak masuk, tengah decide tarikh katanya. Harga yang aku letak 700.00 dan diorang setuju. Once dapat duit booking baru aku tutup iklan penara Matt. Sebenarnya kerja tak habis lagi ni.. aku nak pergi ambik Bri.. ada operasi pecah rumah terakhir untuk malam ni.. Farid, esok ada 2 orang nak tengok LP kau. Operasi pecah rumah akan bermula tengah malam ini.. Yeah..


15 comments:

Matt Azuri said...

wow...lekat gak ngan RM700..Alhamdulillah...

sekarang nie rumah makin cantik2...free gift pun makin banyak..wow orang2 kaya dah joint auction condo dah..:)

pie2020 said...

nie mingguu apa projekk .. kemas rumah mana .... nanti roger aku ...

sourplum said...

waa. da maen umh besar2 skg nih

k.aida said...

VK tuh vista momanwel eh? BO tuh apa plak? cantik ah rumah ni, bestnye....
sya nak jual la umah2 yg ada tuh nak try main umah besar lak, hak hak

Farid said...

WowW..K.Aida dh nm main high end punya property..

Faris..Sila bg listing yg hot2 untuk Kak Aida...Kondo2 area KLCC ke kalau ada...:)

Wida said...

Huhu.. bukan sudah ada VK ke kak.. tak payah jual la.. tambah saje..

Wida said...

Wow.. cantikla rumah manaf tu..siap ada kabinet dapur..

wakata said...

vista komenwel? block a ke c? bkan rp 180k ke..sewa sini from rm900 - rm2000. wowowo, +CF ni, tp jaga2 sbb komitmen akan jd tinggi sbb rumah mahal, takut terlepas nak bid next rumah lak sbb loan tak lepas...congrats sbb +CF!!!

ctfarazila said...

wowow... rumah cantik2 & besar2... congrats all!

ctfarazila said...

BO tu Bukit OUG k aida... :)

Manaf said...

mana tak pikir bro,parquet master bedrrom tu mmg dah kene tukar tiles. dah jatuh hukum wajib tu. lain2 maybe nak cat and pasang kipas. wida, cantik ek umah tu?

Manaf said...

btw thanks bro tolong pecah kelmarin eventhough last minute call. dah la bro busy aritu. ape2pon servis mmg terbaik la

Farid said...

Congrats Manaf...Bab psg tiles tu mmg pilihan yg bijak kalau compare psg parquet..Parquet mahal lorr..Kalau umh nk duk sndr lain la kan..Hehe.

k.aida said...

amboiii... perli baeek punyaaa nampak.... wa nak amik high end? amik low cost pong x tentu loan leh lepas ke tak.... wa org kayap yg suka hidup bergaya.... keliling pinggang byk utang....hhahahha, nampak cam kaya.... nak beli handbag LV lagi(padahal pakai beg pasar mlm jek), beli sk2 lagi, beli kapet baru lagi... hahhaha.... tuh pasal kena tunggu jual umah baru boley cargass semula....

mari.. mari... sapa org kaya yg mau Jv sama wa, wa mau tumpang senang skali... hahahha

Nahar said...

manaf..jaga2, anai2 tu maybe dah merebak area lain2, tolong check betul2, kalau rasa ada kena pakai pest la.. kasi cuci..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com