Saturday, April 18, 2009

Satu Solution @ Work..

Kerja hari ini melibatkan penukaran nama untuk bil elektrik rumah2 Abe. Tunggakan bil elektrik sebanyak 400++ tidak perlu dibayar, sebaliknya hanya bayar deposit baru sebanyak 200.00 untuk sebuah rumah dan 3.00 untuk apa ntah.. aku pun dah lupa. Untuk kawasan Kepong dan Kota Damansara, aku buat penukaran nama di Menara TNB Jalan Kepong, dekat dengan rumah Tuanbri. Selesai tukar nama, gerak jumpa Abe di tempat biasa perjumpaan rahsia kami, depan Sekolah Tamil di Bangsar.. hahah.. Ambil Tenancy Agreement untuk buat stamping pula. Abe akan cargass lagi untuk membeli rumah setelah 2 biji unitnya telah selamat disewakan pada kadar yang Abe tetapkan..



Petang tadi aku singgah di Syabas untuk buat semakan sama ada unit yang client aku beli telah di tukar kepada meter Syabas atau masih meter pukal. Ada banyak perbezaan kalau Syabas yang handle berbanding maintenance office yang handle. Jika Syabas yang handle, urusan lebih mudah.. hanya perlu tukar nama dan bayar deposit baru, lebih kurang seperti buat penukaran nama untuk bil elektrik. Jika ada tunggakan, boleh guna deposit owner lama untuk tolak baki, dan jika kurang kena top up. Kekurangannya pula, jika meter hilang (dicuri), kita kena tanggung kos untuk meter baru, RM80.00. Kebiasaannya meter Syabas berwarna kuning atau merah. Jika maintenance office yang handle pula, kena berhadapan dengan procedure mereka, termasuklah perlu menjelaskan tunggakan maintenance untuk sambungan semula air. Leceh.. tak mesra pengguna.. heheh.. Hasil semakan, negative. Meter pukal lagi rupanya...



Settle semakan Syabas, gerak ke lawyer office untuk teman Saiful sign Loan Agreement. Mrs Junny kerja separuh hari, jadi cuma assistant dia yang ada hari ini, Ms Siti. Ada antara kes client Satu Solution yang dah settle untuk part loan disbursement, dan mulai bulan hadapan dah boleh start monthly payment, tanpa perlu extension.

Malam tadi settlekan urusan penyewa nak tengok rumah Bro KingofKondomania di USJ1. Ada 2 bakal penyewa yang tengok rumah. Satu, family yang baru ada anak kecil umur 4 bulan, yang baru kena transfer dari Selayang ke USJ. Mereka bersetuju untuk menyewa di sini pada kadar yang di tetapkan, tapi deposit hanya dapat di sediakan pada 30hb April. Satu lagi sekumpulan budak bujang (lelaki) yang kami letak rate tinggi sikit, yang bekerja di USJ Taipan. Kumpulan yang kedua ini belum confirm, dan hanya boleh confirmkan pada hari Rabu hadapan.

Esok merupakan lelongan CIMB Bank. Ada beberapa client satu Solution yang akan masuk membida. Semoga berjaya!!

5 comments:

KingofKondomania said...

Bro, kalu aku...pilih family sbb susah mobile...makna nya takkan lari tengah2 malam la..hehe...pendapat aku la yg agak blur nie..

sourplum said...

da dekat kul7 jam dlm gbr tuh
kul bpe dorg ttp sbnr nye nih

jeguk said...

tu bukan pukul 7 malam...baru nak kul 7 pagi...heheheh

or...diorang keje 2 shift kot??

ada ke lawyer firm keje 2 shift??

or...diorang kena tunggu faris n klien faris dtg baru boleh tutup...tu arahan daripada boss dorang Mrs Junny...agaknya laa...

drInspirasi said...

tulah..bisnes kencang..mestilah kena tutup lambat sikit :-)

faris said...

Bisnes kencang.. tu Junny nak cari sorang lagi clerk buat geng untuk Siti.. kes2 korang tiap2 minggu ada masuk..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com