Sunday, April 26, 2009

Satu Solution @ Work

Kerja2 baik pulih Cendana Apt projek JV telah dimulakan. Kerja mencuci, pasang lampu kalimantang dan kipas siling telah siap. Unit perlu dicat semula untuk nampak lebih cantik, dan setelah di cat boleh pasang tikar getah ala wood flooring (Tikar getah trademark Satu Solution). Boleh meningkatkan kadar sewa. Insyaallah kerja mengecat akan bermula minggu hadapan, dan tikar getah boleh dipasang terus. Selain aku dan Pie, Jai, Bling2, eL, Malau dan Junny pun datang membantu. (Junny tolong jaga Jalwa je.. hahah)


Post favourite Satu Solution.. aksi panjat tangga..

Berehat sambil makan durian..


Ramai..

Selesai kerja di Cendana Apt, gerak ke Cyberia Cressent untuk misi pecah rumah Projek JV Pokli/WanAzmi/CtFarazila. Apt MV 350k yang di beli pada harga..pperrgghh.. malas nak cerita.. tanya mereka sendiri.. Asalnya Pokli kata unit bermangga. Aku dah siap2 bawak cutter nak potong mangga. Rupanya tiada mangga. Grill tiada masalah untuk di buka. Cuma pintu yang bermasalah. Kunci jenis mahal, aku tiada peralatan yang sesuai untuk buka. Akhirnya pokli decide untuk pecah pintu terus. Memang berjaya di buka setelah diterajang oleh Pokli.

Rumah yang belum pernah diduduki. Masih baru dan cantik, berkilat. Elektrik masih ada. Mulanya kami sangkakan tiada air, pintu untuk meter air berkunci. Aku sangkakan kunci untuk meter air juga sofistikated. Setelah study mechanism kunci pintu meter air tersebut.. ooo.. pakai screw driver pun boleh buka. Hasilnya.. boleh buka semula sambungan air. yeah.. bekalan air dan elektrik masih ada. Pokli dah boleh cuci rumah, pasang lampu, kipas dan mungkin juga aircond.. dan dah boleh sewakan. Mungkin juga boleh jual terus.. Jangan lupa tukar pintu baru..



12 comments:

sourplum said...

rmai nye membantu

ctfarazila said...

merihanye kt cendana... :)
perghhh... pintu diterajang je??? dasatttt...

kelang said...

cat warna hijau faris...hehe

faris said...

rasa macam nak cat warna kelabu.. tgk la nanti cemane..

cengkok said...

crescent tuuu byk untung la..
nanti koop dah boleh jana modal nanti leh la msk bidding yg mcm tuuu.

Rantong said...

Salam ziarah. Mungkin ini dapat membantu kita diwaktu gawat sekarang.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

Azman Ali said...

woww JV ratus2 ribu je skang nih....

faris said...

sebab ratus2 ribu la kena JV Man..

POKLI said...

JV ratus ribu..pulangan pun ratus ribu jgk....:))

faris said...

Pokli memang dasyattt dan ganasss...

pOkLi said...

mana ada...saya budak baru belajar...sharing is caring..ada untung..share...semua org merasa

peruzz said...

pawer la pokli.. syabas broo..lepas ni leh berjuru ngan pokli laakk.. heheh
wa nk komen kt blog bro.. skali ak dapat laa.. nk kene ade acc.google erk.. rase da ade...skali lupe passwoord daa..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com