Saturday, April 11, 2009

Signing Day..

Firstly.. aku ucapkan tahniah pada Pie2020 kerana Mrs Hani telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.6kg pada pukul 6.20 petang 10 April 2009. Tahniah. Seorang lagi pendekar lahir.. boleh geng dengan Pendekar Tanpa Nama Ukail. Sila namakan dia Will.i.am.. dan sila anjurkan TT gersang untuk kau, Tuanbri, JuruUkur dan lain2.. hahahah..



Hari ini aku lepak agak lama di Ram Reza & Muhammad kerana ada 2 client Satu Solution yang sign Loan Agreement hari ini. Frst Wakif turun dari Terengganu untuk sign Letter Offer dan lepas selesai kami gerak ke Ram Reza untuk sign Loan Agreement. Kemudian Mr Digoil pun datang sekali untuk sign Loan Agreement. Cara yang aku, lawyer, dan banker aku praktikkan amat mudah dan pantas. Kami potong que untuk percepatkan process pembelian lelong ini. Normal procedure, pembeli akan apply loan dengan bank, setelah loan lulus, datang ke bank untuk sign Letter Offer, kemudian banker akan minta kita pilih lawyer panel untuk kita lantik dalam menguruskan pembelian hartanah tersebut. Pihak bank akan buat lantikan rasmi melalui surat kepada pihak peguam dan apabila pihak peguam menerima lantikan rasmi, barulah mereka akan mulakan tugasan. Disebabkan aku cut short the process, banker dan lawyer telah menjadi sebahagian dari network aku, once menang lelong, aku akan terus forward kontrak lelongan kepada pihak peguam untuk mereka mulakan tugas. Once loan approved pula, banker akan terus forward Letter Offer kepada pihak peguam untuk penyediaan Loan Agreement. Dari process cut short aku ini, kita dah jimatkan jarak masa 2-3 minggu. Ini penting untuk kes lelongan, kerana kita mengejar masa. Sebab itu ada antara client Satu Solution yang dah terima cc copy dari peguam yang meminta peguam pihak bank pelelong dan developer office beberapa maklumat, walaupun loan belum submit atau masih dalam proses, untuk memulakan proses pindah milik nama.



Tambahan pula banker aku dah faham kehendak pelabur hartanah macam kita semua.. nak jimatkan kos.. nak apply homextra.. nak masukkan kos loan agreement dalam loan.. di pihak lawyer pula. dah faham dah.. kerja nak cepat.. maintenance fee tertunggak tak nak bayar.. nak bank bayar terus pada maintenance office.. requirement sama je.. heheh..

Wakif tak dapat nak stay lama, dia nak pergi makan angin di Genting Highland pula lepas siap signing semua. Rumah dia pun tak sempat nak tengok.. hahah.. Takpe.. InsyaAllah rumah tu selamat di bawah Satu Solution.

Petang tadi aku lepak2 dengan Manaf tengok rumah Bukit OUG dia. Aku explain macam mana lawyer akan handle kes dia ni yang melibatkan outstanding yang tinggi. Maintenance tertunggak 22k, cukai taksiran 11k. Wow.. hahaha.. Disebabkan Mrs Junny dah banyak belajar kes lelong semenjak menjadi pakatan rasmi aku, dia telah di anggap Auction Specialist. Kita akan gunakan caveat untuk minta pihak CIMB disburse loan amount, supaya kes tak perlu extand, jika perlu. Dan urusan pindah milik nama dan urusan outstanding charges akan diuruskan dalam masa yang sama.

Ada tak korang heran macam mana tunggakan pinjaman pembeli boleh meningkat secara mendadak dalam masa 2-3 tahun setelah loan default? Macam aku cerita kisah Apt C Mr Digoil, interest sahaja hampir 30k yang pembeli kena tanggung.. Itu semua disebabkan oleh interest yang berlainan dikenakan pada pihak peminjam bila berlaku default dalam loan, dan juga disebabkan late fee, legal fee dan caj2 lain yang terpaksa di tanggung oleh pembeli. Kalau korang semak Letter Offer, walaupun interest yang korang enjoy adalah BLR-2.05% per annum (sebagai contoh).. sekiranya pihak peminjam default .. rate akan berubah.. cuba semak Letter Offer untuk default rate.. ianya lebih tinggi.. sehingga BLR+3.5%p.a.
Kalau BLR adalah 7%.. tak pasal2 jadi 10.5%p.a.



Kerja2 wiring rumah LP Puan Paddle no 15

18 comments:

wakif said...

tq faris.... gambar aku pun ada....
tak jadi pegi genting sebab fullhouse.... so kitaorang lepak kat cherating beach sajer...

thank for smooth arrangement... puan nora pun baik & peramah... mrs junny pun sama.... korang2 sumer ni ada attitude yg bagus... insyaAllah cmerlang masa depan....

p/s: to satusolution selamat menjaga rumah aku... aku tak nak tahu pun pasal rumah tu janji bulan2 duit sewa masuk..:)

Matt Azuri said...

bro, harap2 balik nanti banyak benda dah settle la...kes aku terlambat sket sbb loan. Aku percaya kat ko ngan Junny. Memang golongan muda yg cargass...not like typical agent n lawyer. Congrats bro.

ctfarazila said...

keep it up... harap2 casa subang punye access card pon boleh dpt cepat sket... :P

Wida said...

Kita akan gunakan caveat untuk minta pihak CIMB disburse loan amount, supaya kes tak perlu extand, jika perlu. <-- apa maksud ko Faris..bila sebut caveat untuk pembeli baru ni aku confuse sbnrnya..huhu..

Anyway, rumah aku ada update ke?

faris said...

@Matt : kes kau sebab loan lambat approved.. kena mintak extension la.. tapi tiada masalah since loan dah approved..

@Wida : situasinya begini, loan dah approved, pindah milik nama belum selesai, tapi due date dah dekat. pilih antara nak extension atau nak lodge private caveat. kalau extension kena penalty dari bank, kalau lodge caveat bank boleh disburse duit dah.. boleh start monthly payment. Tukar nama boleh buat kemudian.. Sebelum pindah milik nama selesai, bank tak boleh nak disburse dulu..kalau masalah tak boleh tukar nama macam mana?? caveat diletakkan atas alasan proses pindah milik nama pd peringkat akhir.. dan kita nak secure the property dari melepasi tarikh due.. ok tak explanation aku?

Tuah said...

aku br nk tanya pasal caveat.

Woow..next auction props aku bleh ar guna taktik ni.

jeguk said...

caveat?aku penah masuk kaveat umah lelong aku beli yg title strata sudah dikeluarkan..low cost..memang proses tukar nama akan ambil masa yg panjang...loan dah lulus tapi bank xmau disburse sebab diorang nak make sure proprty tuh di tukar nama kepada aku dulu...caveat adalah salah satu cara untuk 'satu jaminan'kepada bank bahawa property tuh pasti akan ditukarkan kepada nama aku(dengan sokongan/jaminan lawyer jugak)..
...bila caveat da dimasukkan...bank akan disburse duit...so x payah xtend..so xpayahler bayar penalti...tp da stat bayar instalmentt..tapi ada kos yg dikenakan untuk masukkan kaveat( kes aku kena RM 230 )tapi okeyler daripada kena penalti yg aku rasa kosnye lebih tinggi...

faris said...

@Tuah : Wow.. Tuah nak beli rumah lagi.. gila kencang!!

@Jeguk : Betul tu.. in a way.. caveat adalah untuk secure pembelian kita disebabkan kita dah di peringkat akhir process tukar nama.. kalau penalty interest dikenakan oleh bank sampai 10% per annum.. bagi hartanah sekitar harga 80k, boleh cecah 2k jugak untuk extand 3 bulan.. kalau letak caveat baru beberapa ratus.. the choice is your sama ada mahu mintak extension atau nak letak caveat.. kalau rasa perlu dan berbaloi, dan lawyer rasa caveat lebih mudah.. go on..

sourplum said...

bgus la klu org yg beli lelong pkai khidmat ko. da xyh penin2 pk cari loan cpt2. bgus2. teruja aku..

Pn Paddle 15 said...

rumah aku apa citer? lama dah x update..... :)

Wida said...

Faris, good explanation. Tapi caveat ni adalah dari lawyer ke bank saje? Ke ada park kat pejabat tanah juga?

faris said...

@Wida : Caveat akan di park kepada pejabat tanah juga. Kalau kau kira balance purchase price kau.. RM165k.. sebulan kau extand.. jumlahnya RM1380.00 Wida.. kalau 3 bulan.. RM4k++.. pergghh.. tak sanggup aku nak mintak extension.. biarlah aku start monthly payment.. tak sampai 1k pun kan monthly payment??

treec00l said...

kaveat juga berguna untuk berbuat khianat kepada penjual2 tanah yg menipu orang lain :D

hehehe.

sifu, wa punye kes perlu masukkan kaveat ka?

arini wa nak gi HQ syabas utk cek kewujudan akaun :D

ctfarazila said...

Alhamdulillah... penalty interest aku telah di wave kan oleh Ambank... lega... lewat 8 bulan tu...huhu :)

jeguk said...

fara...ape rahsia??habaq mai...;)

ctfarazila said...

ops silap... lewat 5 bulan je... beli 4 ogos 2008 sampai la ni baru nk disburse...rahsianye ialah manager ambank tu sepupu asben aku daaa... ;)

treec00l said...

kak farah,

saye mungkin perlukan bantuan sepupu asben akak sekiranya ambank susah nak bayokan dulu o/s maintenance fee atau perlukan extension.

boleh ka?

jeguk said...

fara...

OOoo...kabel baeekkkk!!!
kira modal air liur jelah ek?

baguslah sudah ada network...tp jangan ler selalu amik kesempatan plak....maksud saya...sengaja melambat2kan proses..(ingatan pada diri saya jugak)heheh...

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com