Saturday, April 4, 2009

Weekend activities..

Hari ini ada banyak gambar, sebab ada banyak aktiviti.. Malam semalam aku dan Bri sambung buat kerja2 akhir rumah Desa Aman Puri Abe. Abe dah pun melawat rumahnya hari tu, dia kata elektrik tiada. Aku agak pelik, sebab elektrik memang dah ada sebelum ini. Aku ingatkan Abe tak hidupkan suis pada DB Box, rupanya fius elektrik di curi lagi... Terpaksa buat operasi pinjam fius elektrik jiran yang dah tidur.. heheh.. kita orang buat kerja pukul 12 malam.. Ada banyak halangan sebelum sampai rumah Abe hari ini. Aku gerak dari rumah pukul 6 petang nak ambil Bri di office, tapi kesesakan lalu lintas yang teruk berlaku lagi semalam Mungkin kerana hujan lebat turun pada petangnya. Pukul 8 malam pun aku masih di Federal Highway.. akhirnya Bri gerak balik ke rumah dahulu dan aku sampai rumah Bri pukul 9.00 malam. Ambil Bri dan barang2, terus gerak ke Aman Puri, sampai di Desa Aman Puri baru Bri teringat kunci tertinggal. Patah balik ke rumah Bri, makan ayam Kenny Rogers dulu di rumah Bri yang konon2 nya ayam masak kat rumah, kemudian gerak ke rumah Abe, dan fius kena curi. Tapi atas semangat kental Bri, semua dapat diselesaikan. Sinki dan segala paip yang tiada telah di pasang. Sekarang tunggu pintu siap pula.. balik rumah dan tidur.. yeah..





Hari ini pagi2 dah gerak ke office lawyer untuk teman Fahim n wife sign loan agreement. Jumpa Kelang kejap untuk serah kunci grill yang dah siap. Lebih kurang pukul 12 baru siap sign semua mukasurat. Fahim nak belanja aku makan di Secret Recepies tapi Pie dah tunggu aku di Jalan Kelang lama untuk operasi cuci rumah Condo BO Manaf. Takpe Fahim, simpan dulu, nanti kita makan ramai2 dengan lawyer dan banker kau sekali. Kerja membersih dan mencuci agak berat hari ini. Kekuatan hanya 3 orang sahaja, tiada macha part time minggu ini. Cuma aku, Pie dan Manaf. Barang2 owner lama memang teramat banyak. Tempat buang sampah hanya berhadapan dengan unit ini, nasib baik. Satu floor hanya mempunyai 4 buah unit. Kami turut didatangi jiran sebelah, seorang warga Libya yang menuntut di UKM, yang baru datang dan tinggal di sini 2 bulan yang lalu. Beliau menyewa pada kadar RM1400.00 sebulan, fully furnish. Beliau turut offer untuk bagitau kawan2nya untuk menyewa disini kalau boleh, supaya beliau juga ada rakan sekelas, boleh pergi kuliah sama2. Keluasan 1400sqft memang luas.. sebelum ini cuma dia yang duduk seorang di floor tersebut, tapi baru2 ini ada warga China yang baru berpindah di floor itu juga. Aku tak tanya pulak kalau GRO... eerrrkk.. sewa RM1400.00 sebulan?? wow.. bayar bulan baru RM450.00.. heheh.. lu kiralah sendiri..

Kerja2 yang bakal dilakukan adalah kemasukan elektrik, dan Manaf bercadang untuk menukar parkir masterbedroom kepada tiles, kerana parkir telah di makan anai2. Banyak juga belanja yang bakal di keluarkan oleh Manaf. Kita lupakan soal tunggakan maintenance dan cukai taksiran yang berjumlah hampir 30k, kerana aku dah forward bill kepada lawyer untuk minta pihak bank bayarkan terus. Selesai kerja pukul 4 petang, terus gerak ke LP.





Sebenarnya tujuan pergi LP hari ini ada 2. Yang pertama ambil kunci dari owner lama untuk rumah yang baru dimenangi Puan Hanim 13 March yang lepas. Owner lama seorang yang gentleman, sanggup datang untuk serahkan kunci pada kita orang. Ini kes kedua aku dapat ex-owner yang gentleman macam ni. Kes yang pertama Apt VP Din, kita orang jumpa Mr Loh. Tapi kena dengar kisah hidup Mr Loh dulu baru dapat kunci. Ex-owner LP ni tunjukkan tempat parking, dan kita orang naik ke rumah. Sebelum ni ingatkan dia nak jual barang2 yang dia tak pakai macam almari, katil, aircond, lampu dan lain2. Rupa2nya dia dah cabut semua. Gantikan dengan lampu mentol 40 watt je. Lepas serah kunci, dia pun gerak, dan kami berkira2 untuk tengok apa yang perlu di buat untuk rumah ini. Tak banyak yang perlu dilakukan. Pasang lampu dan kipas dah cukup. Dah boleh mula disewakan. Kalau tenant nak furnish sikit, boleh bincang dengan Puan Hanim. Kunci dah dapat, terus operasi sebuah lagi unit LP client Satu Solution..




Ini kes yang kedua terjadi pada kami di LP ini. penyewa tak mampu nak bayar sewa, dan telah pun menyatakan mereka akan keluar 1 April yang lalu. Tapi hari ini barang mereka masih ada. Aku dan Pie dah tukar tombol pintu dan mangga yang baru. Kami bagi tempoh untuk mereka hubungi kami dan keluarkan barang2 mereka. Jika tidak barang2 mereka akan.. eerr.. jadi semi furnish rumah LP ni kot..





Pukul 6 petang jumpa Cik PM di A&W PJ. Cik PM nak hantar dokumen untuk loan dan nak introduce potential buyer. Ok.. kami akan carikan rumah untuk kawan anda Cik PM..



Lepas jumpa Cik PM, aku dan Pie gerak ke Shah Alam, rumah Wakif. Sepatutnya tenant akan bayar sewa pada kami bulan ini, disebabkan tiada komunikasi, aku kena berjumpa dengan tenant. Rumah ni Wakif dah menang hujung bulan February yang lepas. Dari perbualan dengan ex-owner bulan lepas, ex-owner akan serahkan tenant untuk kami kutip sewa start April. Owner juga kata tenant mahu menyewa sehingga hujung April sahaja. Sesampai di sana, aku nampak lampu terpasang.. yeah.. ada orang.. tapi agak lama nak buka pintu. Aku dah hampir kecewa, ingatkan tiada orang. Hasil perbincangan dengan tenant, rumah didiami oleh pekerja Indonesia yang berniaga dan bekerja di sini. Mereka menyewa pada kadar RM600.00 sebulan. Mereka telah diarahkan keluar oleh owner lama hujung bulan ini, dan ada dikalangan mereka yang telah pun berpindah. Mereka menyewa secara kongsi. ketua rumah tiada di rumah tadi, jadi mereka tidak dapat buat keputusan lagi untuk terus menyewa atau tidak. Kemudian aku akan follow up kes ini. Esok, bukan hari lain. Jadi Wakif, esok aku akan bagitau kepuusannya. Sebelum ini owner lama kata sewa RM500.00 je.. oo mau main tipu eh.. Wakif beli pada harga RP 61,200.00 sahaja.. market value lebih kurang RM100k, dan sewa RM600.00.. hehehh.. Tapi aku belum berkesempatan nak check outstanding bill lagi.. harap2 tak tinggi..

Rumah ni luas, 950sqft, 3 bilik dan 2 bilik air. Walaupun tingkat atas sekali, tapi sewa tinggi eh.. cayalah..



Last kerja aku hari ini, adalah rumah aku sendiri pulak.. Tiba2 6 mentol rumah penyewa aku terbakar. Aku tak pernah jenguk rumah sewa aku ni, tenant pun tak kacau aku. Takpe lah.. aku ni tuan rumah yang baik hati.. aku gantikan 6 mentol lampu tersebut. Aku tengok kehidupan tenant aku ni simple je.. ruang tamu kosong langsung.. tiada apa2.. cuma 2 bilik yang di gunakan, dan dapur cuma ada mesin basuh dan cerek elektrik. Diorang ni engineer, tapi sempoi sangat life diorang. TV pun takde. Tenant aku cakap, diorang keluar awal pagi, malam2 baru balik.. takde buat apa kat rumah.. Makan kat luar, hiburan pun kat luar.. ntah la.. ada jugak orang macam ni.. tapi rumah aku bersih.. bagus..

4 comments:

sourplum said...

nti lepas aku abes blaja aku tlg2 ko kemas umh
smbil2 tu bule blaja jgk ilmu2 beli umh lelong
bule kn

wakif said...

hehehe cayalah faris... indon pun indon lah janji masyuk...:) InsyaAllah this friday (10/4) aku pi kl utk sign agreement... nanti aku SMS bila dah betul2 confirm.

puding_melo said...

sempat jugak tu kao snap gambar aku. ish...

Nahar said...

hahaha.. patut pung cam familiar jer muker tuh... puding rupernyer

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com