Sunday, May 10, 2009

Kerja mengecat bermula..

Semalam petang kerja2 mengecat telah dimulakan untuk Apt C, dan kerja disambung semula hari ini. Walaubagaimanapun, warna yang aku gunakan untuk unit ini adalah dari jenis cat Jotun Jotaplast(Latte no 1649) dan aku hanya sempat beli 2 tong sahaja, disebabkan kedai telah kehabisan stok. Tengahari tadi 2 tong cat tersebut telah habis digunakan, dan aku dan hadyman aku tak tentu arah nak cari cat jotun pada hari Ahad. Dari bandar Sri Permaisuri ke sekitar Cheras, Taman Desa, dan sampai ke Mid valley di Ace Hardware, tak jumpa juga kedai jual cat jotun.. hampa... kesimpulannya.. tak payah cari cat pada hari Ahad. Kedai tak banyak yang buka. Hall area dan masterbedroom telah siap, cuma tinggal bilik no 2 dan 3, dan dapur sahaja. Esok pagi baru beli cat jotun, dan bila siap, boleh buat kerja2 akhir wiring dan boleh pasang tikar getah dan boleh disewakan dah..

Sebenarnya, bila handyman aku mula mengecat, dia agak risau warna ni tak cantik. Warnanya lebih kurang macam warna tanah dan macam warna cat luar apt sebelah.. Tapi bila dah kering.. baru nampak cantik.. Inilah experimen namanya.. mentang2 la bukan rumah nak duduk sendiri.. suka2 hati aku nak experimen letak warna ikut suka aku.. heheh..


Belum 100% siap lagi..


Nasi Beriyani di Kayu Nasi Kandar..

2-3 hari lepas ada siri2 lelongan yang aku sertai untuk client aku, tapi tak membuahkan hasil.. negative results. Ada yang called off dan ada yang tewas pada harga yang lebih tinggi. Kalau tewas sipi2 tu terasa la juga.. tapi bila tewas dalam perbezaan yang besar, itu dah memang aku tak kisah. Harga dari 190k naik kepada 236k untuk Condo di Shah Alam dan client aku, Mr Fariz dan Mr Erwin budget sekitar 200k sahaja..


Muka2 kecewa.. heheh

Sehari sebelum itu, lelongan Teratak called off lagi.. tapi aku ke Teratak juga.. tolong repair rumah Hanan. Unit yang Hanan beli secara subsale setahun yang lalu yang harganya lebih kurang macam harga lelong, telah pun dapat kunci. Cuma cut off suis telah tiada dan ada paip yang tersumbat. Unit ni best.. corner lot, dan ruang siar kaki di pasang grill. Ruang privasi yang lebih luas. Aku datang Teratak untuk tukar kepala paip baru dan hantar cut off suis sahaja. Ntah2 dah ada penyewa kot hari ni.. heheh. Teratak kan hot..



3 comments:

sourplum said...

corner lot bule resale mhl cket la
cm besh je

Wida said...

besar rumah hanan tu..

pie2020 said...

wwowow .. condoo kee tu hanan .. .wowow.. poweerr

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com