Saturday, May 23, 2009

Lelongan Ambank 23 may 2009

Pagi tadi aku ke Henry Butcher untuk lelongan Ambank. Tugas aku agak berat, kerana ada 5 hartanah yang perlu di bida.. beberapa hartanah yang register dengan aku mempunyai beberapa bidder. Dan ada antaranya yang both bidder tidak datang, dan aku yang wakilkan kedua2 bidder tersebut. Jadi, aku kena angkat dua paddle untuk 2 client yang berlainan. Ada beberapa sebab aku kena buat sebegitu, salah satunya, amanah orang yang aku kena jaga. Mechanisme yang aku gunakan aku boleh cerita pada client aku sahajalah.. Aku tak boleh berpihak pada mana2 client walaupun dia rapat dengan aku atau tidak.. sebab ini melibatkan kejujuran aku pada semua orang dan aku kena treat semua orang dengan cara yang sama. Aku juga tak boleh reveal exact budget client aku pada mana pihak yang membida, tapi.. sekiranya budget mereka rendah, aku kena advice awal2 supaya mereka tidak perlu membuang waktu mereka untuk transfer duit pada aku, atau datang pada hari membida. Aku perlu bagitau pada mereka, kerana aku taknak masa mereka terbuang, dan aku tak nak letak harapan palsu pada mereka.



Keputusan hari ini..

Vista Milenium. RP 51,100.00 di menangi oleh Wakata pada harga RM88,000.00
3 orang yang register dengan aku hari ini ialah Wakata, Pokli dan Sharifah. Aku mewakili Pokli dan Wakata dan Sharifah hadir membida sendiri. Ketiga2 mereka mempunyai budget yang agak tinggi, tapi Wakata yang mempunyai budget paling tinggi. Total bidder untuk unit ini pada hari ini ialah 13 orang..

Emerald Hills Condo.. RP83k dimenangi oleh Wan Azmi pada harga 132k.
2 orang yang register dengan aku hari ini ialah Wan Azmi dan Kak Aida+Kakct. Lebih kurang 10 bidder yang masuk unit ini. Walaupun aku tau budget Kak Aida+Kakct.. aku tak tau exact budget Wan Azmi. Jadi, masa lelongan, aku call Wan Azmi untuk dia membida sambil aku angkatkan paddle dia dan Kak Aida+Kakct. Crucial decision oleh aku tak diperlukan kerana Wan Azmi hanya membida bersama orang luar kerana budget Kak Aida+Kakct tak berapa tinggi untuk unit ini.

Baiduri Apt. RP 77,500.00 di menangi oleh bidder luar pada harga RM104,000.00.
8 bidder untuk unit ini. Member aku Paeng yang masuk membida sendiri. Mulanya dia target RM80k sahaja, tapi bila auctioneer mulakan lelongan pada harga 90k, dia terpaksa ikut juga hingga pada harga 100k pun dia angkat. MV Baiduri apt ini sekitar 130k. Tapi bila ada bidder lain yang masih mengangkat paddle, Paeng let go sahaja.. Tak mengapa.. cuba lagi hartanah lain.

Flora Damansara Block F.. RP 61,900.00 di menangi oleh Satu Solution pada harga RM81,000.00. 6 bidder yang mencuba nasib hari ini. Awal2 lagi ada ulat nak nego dengan aku. Ulat ni Chinese dan dia takde la minta kawtim harga sembelih orang macam ulat2 Melayu yang biasa nak mintak deal dengan aku. Dia kata ada 5 bidder dan diorang nak minta duit pada aku. Pada harga RP sebegitu.. aku tak kisah kawtim beberapa ribu.. tapi masa bermula lelongan, rupanya ada 6 bidder. Deal terbatal dan yang ke 6 tersebut yang berlawan dengan kami sehingga 79k (bidaan sekali naik 2k). Alhamdulillah, harga yang kami menang masih rendah.. unit kosong dan seperti tidak pernah diduduki. Since aku, Tuanbri dan Pie masing2 ada income selain daripada projek2 Satu Solution, duit2 yang terkumpul tidak bergerak, apatah lagi tuanbri tak close2 akaun Satu Solution.. daripada tak gerak macam tu.. baiklah aku beli property untuk jana pasif income Satu Solution.

Mutiara Condo.. RP 72,600.00 di menangi oleh Wan Azmi pada harga RM90,000.00. 2 orang yang register dengan aku... Wan Azmi dan Kak Aida+Kakct. Crucial decision aku diperlukan disini. Asalnya ada 8 bidder. 2nd check oleh pihak pelelong menyatakan unit ini Bumi Lot, jadi 4 bidder hilang kelayakan. Tinggal 4 bidder. Aku conference dengan Wan Azmi sekali lagi.. Aku tau budget Kak Aida. Aku tak tau exact budget Wan Azmi lagi. Sampai pada harga 90k hanya tinggal aku (yang mewakili Kak Aida+Kakct) dan Wan Azmi. Aku tanya budget dia berapa.. hhmm.. lebih tinggi dari budget Kak Aida+Kakct.. aku minta dia kawtim dengan Kak Aida+Kakct.. dia setuju.. deal on. Harga stop pada 90k untuk Wan Azmi menang. Aku terpaksa deal untuk aku bagi Wan Azmi menang pada harga rendah.. dan Wan Azmi compensate Kak Aida+Kakct.. kalau aku tak buat macam tu.. Kak Aida+Kakct akan kalah juga pada akhirnya.. dan Wan Azmi akan menang juga.. pada harga tinggi.. kalau ada kekurangan pada cara aku ini.. open for improvement and suggestion..

Kesimpulannya.. 4 kemenangan untuk hari ini..
Disana juga aku jumpa Mr Asmawi yang menang membida office lot. Dia lawan dengan bank pelelong, Ambank. Aci ke? Haih.. nasib baik harga yang dia menang tak tinggi. Dari 46k naik kepada 54k sahaja.

Selesai lelongan kami lunch dahulu di Kg Baru..


Kemudian pergi pasang tikar getah Apt Cendana.




Selesai pasang tikar getah, Junny sekeluarga sampai, nak tolong bagi last touch untuk apt tu.. Lepak minum2 di Papa Rich dahulu.





Kemudian ke Cendana semula.. Banyak rumah yang client menang.. banyak juga la kerja yang aku kena buat.. Esok sambung buat rumah orang pulak..



23 comments:

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

Salam bro faris..saya amat berminat nak lebih mendalami bidang hartanah ni. dan amat berminat nak 'rasa' suasana di tempat pembidaan. boleh ke kalo saya saja nak duduk sama kat tempat pembidaan itu tanpa membuat sebarang bidaan pun?

Saiful said...

nampak ye persaingan rumah lelong semakin hebat.. so skrg ni kena jadi pemerhati dulu la nampak ye..kepada yg menang hari ni di ucapkan tahniah..

tuanbri said...

Salam Sifu Faris.

Saya pun berminat untuk masuk auction ni. Boleh x dapatkan saya unit yang dekat dgn LRT, Komuter dan bas? Dalam range 70k dan sewa lebih kurang dalam 700-800 sebulan?

saya harap Sifu Faris dapat membantu saya.

tq very much

Saiful said...

saya pun berminat gak ..harga40K sewa 600sbln..haha

MattDemon said...

saper sedara wan azmi tuh...?..power root la sedara tue..:)

tuan bri..kehendak tuan sama seperti saya la..tapi saya mahukan low cost flat budget RM45K bebetul depan stesen LRT di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur denga sewa RM600-700 sebulan...ader takk..? Nanti kontek saya yee sbb saya bzz...:)

jeguk said...

tahniah untuk semua client 1solution yg menang..yg tidak..jgn risau masih banyak lagi unit yg akan dilelong di masa depan...dan 1solution sedia berkhidmat untuk anda...

faris...nak jugaklah yg macam nie

"dapatkan saya unit yang dekat dgn LRT, Komuter dan bas? Dalam range 70k dan sewa lebih kurang dalam 700-800 sebulan?"

saya harap Sifu Faris dapat membantu saya.

....

jeguk said...

"Disana juga aku jumpa Mr Asmawi yang menang membida office lot. Dia lawan dengan bank pelelong, Ambank. Aci ke?"

mana aci!! nie macam nak kasi up rege unit tuh...mesti ada konspirasi nih...cheh

46k ke 54k..10K tuh..

askrool said...

tahniah pada yg sudah menang....nape banyak yg buat request ni???ada apa2 konspirasi ke??

sepul_besut said...

aiseyyy.. ade jugak mcm tuh yekk.. mesti bank nak bg rega naik skit supaya leh cover utang y ade.. mmg xaci laa gituh.. huhsss..

sepul_besut said...

tahniah kpd pemenang2 jugakkk...

peruzz said...

tahniah kepada pemenang2
kepada yg tak menang.. usha lagi listing tuh.. hehe.. mggu ni pun banyak lg yg besh2..
puan lawyer pun latang ke.. kalo wa tau.. mesti wa balik lambat sket.. ade case mau bincang sama itew puan lawyer maa

pOkLi said...

perh.makin tambah rumah saudara wan azmi tuh.mmg power root...power purf girl...power ranger...power point..hehehehe

sourplum said...

entry kali nie bgus la
reveal market price
reveal RP dan hrga2 yg di menangi
mudah la nk survey umh psni

Manaf said...

bro Wan Azmi tu tokei balak ke? btw congrats to all winners!

mercly said...

pergh kencang ko wan.. tokey balak pun tak camni..huhu

bling2 said...

wan azmi ni ah long..
dia ade geng kongsi gelap...
korang jgn usik dia.. haha

wakata plak ah ngah...
dia bekas ahli kongsi gelap.. dah insaf katenye..taubat.. xtau la betul ke x? haha

(sume diatas adalah fitnah dari aku kot. haha)

bling2 said...

aku tau bri minum apa kat papa rich tu
barli lime. tul x tuanbri? haha
pastu makan roti bakar. haha

faris said...

@Syahman : boleh je nak datang tengok masa hari lelongan..

@Askrool : Kau jangan layan konspirasi Tuanbri tu.. hahahah.. kalau nak mintak rumah harga 40k sewa 6-7 ratus.. mintak kat Tuanbri..

Wida said...

Emerald Hill ni ada gak aku usha2 dulu.. tp x amik pasal ada projek lain..

atoi said...

good info bro!

harap 30hb ni kat HB dapat lah kiranya memberi laporan lagi..

aku berkenan yg lagoon perdana tu
mesti long que nak bid tu..RP67.3 jerk dgn sri angsana hilir Ampang RP 42k...hehe

Wan Azmi said...

segan la nak reply sebab dah mcm2 gelaran dapat semata2 kerana membolot 2 bijik hari tu... lepas ni kene pakai nama org lain la pulak.. supaya tak dpt dikesan.. heheh.... rasenye dah sampai masenya kita buat database utk previous properties yg dah dibeli... so ada reference utk masa depan.. i.e. MV.. rental.. location yg hot dan separa hot

sourplum said...

setuju ng wan azmi
sng cket org2 yg mcm sy yg baru nk mula ni nk survey2 market

peruzz said...

tahniah satu solution..
dapat umah cun..
wah ade along... angah ker..
pasni boley la pinjam duit sama ini along n angah..
along..angah boley pinjam duit ke.. sy mau invest dalam itew umah lelong aa.. hehe

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com