Friday, May 22, 2009

Lelongan Eon Bank 21 May 2009

Lelongan hari ini aku cuma masuk satu unit sahaja untuk client aku. Condo Penara. Harga RP dari 48k, naik kepada 73k, dimenangi oleh Nazri aka Cengkok. Tahniah. Terdapat 8 pembida untuk unit Penara ini. Unit belum di pecah masuk lagi.. harap bersabar.. heheh.. mungkin esok. Agent2 hartanah telah mula mengenali aku yang target area Penara. Aku kena ubah strategi selepas ini. Selepas ini akan ada lagi unit2 Penara untuk dilelong, sekiranya agent2 aka ulat2 lelong ingin mengenakan aku, sudah tentu boleh. Agak sukar untuk aku dapatkan Penara dengan harga yang rendah lagi selepas ini. Atas sebab itulah strategi baru akan di gunakan. Jika tidak, mereka akan menyangka setiap kali Penara masuk lelong, aku akan ada di sana, dan aku akan jadi open target untuk mereka minta kawtim atau mereka akan lawan dan biarkan aku menang Penara untuk client pada harga yang tinggi..

Pertama kali aku menghadiri lelongan oleh First Auctioneer. Lembab.. dan membuatkan aku mengantuk. Sebab lain aku mengantuk adalah aku kurang tidur sekarang ni.. Isnin dan selasa depan aku akan balas dendam tidur lama2.. Aku nak bercuti ke TBR minggu depan. 2 hari je.. sempena birthday Noura yang ke 3 26 May nanti. Lagipun tiada acara lelongan yang aku hadiri 24-27 May nanti. Selepas Sabtu ini, lelongan yang aku hadiri hanya bermula Khamis nanti.





Malam tadi aku ke Casa Subang aku dengan Ijam dan Tuanbri. Penyewa dah lambat bayar sewa dan setelah call dan sms tidak berjawab, Ijam risau keadaan rumah. Konon2 nak halau penyewa. Tapi penyewa minta tempoh sehingga hujung bulan untuk menjelaskan bayaran kerana menunggu duit dari parents dari Afrika. Jika tidak dijelaskan sehingga hujung bulan ini, kami minta penyewa keluar berpindah secara baik. Then lepak bersama member lama aku, Paeng Marcho. Mungkin Paeng akan turut menyertai acara lelongan hujung minggu ini, tapi hartanah yang di pilihnya adalah niche market. Untuk duduk sendiri. Kurang persaingan, harga rendah, tapi mungkin ada beberapa perkara lagi yang perlu difikirkan sebelum beliau akan buat keputusan muktamad. Pelaburan hartanah bukanlah pelaburan kecil jangka pendek. Walau harga rumah below 100k, bayaran bulanan below 500.00 sebulan, itu dah di kira besar oleh aku. Kerana kita akan menanggung beban tersebut selama 20-30 tahun. Sebab itulah banyak perkara yang perlu di fikirkan. Yang penting lokasi...

*Esok selepas acara lelongan.. ada 2 siri pecah rumah client.. yeah..
Sila bersedia esok Peruzz..

13 comments:

peruzz said...

yeah... saya akan bersediaaa
aik.. yg gambo bro ..wa ambek tuh.. takder lak kt sinii..aiiyaaa

peruzz said...

haha.. salah tempat..
tuan aji bling2 agak hensem berbaju batik..haha..jg2.. kang kantoi ngan boss..hehe

peruzz said...

tahniah bro nazri aka cengkok..
skrg ni dah musim kemenangan utk geng2 kite.. harap auction lepas2 ni.. ramai lg geng2 kite akan menang...
gud luck kepada semua pembidaa..

Wida said...

Bro.. kul berapa pecah rumah malam ni?

faris said...

petang la wida.. dalam pukul 4-5 petang camtu..

faiz@farizan said...

Menarik. Walaupun 78k masih consider harga cantik. Boleh dapat positif cashflow tak?

Saiful said...

tahniah utk cengkok..

sourplum said...

firt time dgr first auctioneer buat auction
sebelum ni bank2. ehsan dll

faris said...

@Faiz: Harga Penara tu 73k. Masih lagi +ve cashflow. Harga agak tinggi. Memang susah nak dapatkan penara dalam range 60k sekarang ni.

@Plum: Banyak lagi auctioneer yang kita tak pernah dengar. yang biasa kita dengar yang hebat2 dan besar2. hakikatnya, terdapat beratus2 lagi auctioneer yang ada. kita boleh dengar nama mereka di lelongan mahkamah, pejabat daerah.. dan bila terdapat lambakan hartanah lelong seperti sekarang, auctioneer2 kecil mula dapat business yang biasanya dikuasai oleh auctioneers yang besar2..

MattDemon said...

tahniah bro Cengkok...rege tinggi sket je...takpe, leh positive lagi.

syada said...

cuti kat tbr tp nk tdo lama²? baik tdo kt umah jek..huhu..

selamat ulangthn yg ke-3 noura.. :)

woww..
21 may hari kamis...
cantik bling berbaju batik.. wahaha..(pantun 2 kerat)

syada said...

haaa..ada idea..jom jd auctioneer.. ngeh3....

mercly said...

faris ko kasik alamat mamat afrika tu. esok aku gi ketuk umah bapak dia..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com