Wednesday, May 20, 2009

Lelongan Hong Leong Bank & Maybank 19 May 2009

Hari ini ada 2 lelongan di 2 tempat yang berlainan. Aku ke Ng Chan Mau, dan Tuanbri ke lelongan Maybank. Di Ng Chan Mau, seperti yang aku jangka, unit Vista Lavender menjadi tarikan kerana harganya yang rendah. Total ada 7 bidder yang register untuk unit ini. Dari harga RP 60k, last price dimenangi oleh Peruzz+Wida pada harga 83k. Dah lebih 2 minggu tiada client aku yang menang auction, jadi.. hari ini kembali cargass semula. Sebenarnya pertarungan sengit hanyalah antara Peruzz dan Wan Azmi. Macam hagham.. dah la bidding sebelah menyebelah.. sambil angkat paddle.. sambil gelak2.. Awal2 ada ulat nak cucuk mintak 5k untuk kawtim, tapi Peruzz dan Wan Azmi tak layan. Lagipun auctioneer reserve, partner Mr Foo tu, berdiri sebelah kita orang, sebab nak halang ulat tu nego dengan kita orang.

Di lelongan lain, Tuanbri yang wakilkan client aku. Sebenarnya ada 2 client aku yang register unit ini, Cengkok dan ImanMukhriz. Aku yang agak sibuk, tak sempat nak tanya ImanMukhriz pergi bidding atau tidak. Tuanbri mewakili Cengkok. 4 bidder yang masuk unit ini, daripada RP63k, naik kepada 77k. Masa aku balik rumah pukul 12 malam tadi baru aku tau ImanMukhriz yang menang unit ini. Tadi aku dah tanya Tuanbri, ImanMukhriz ada tak masa bidding, dia bukan ingat semua tu. Tahniah kepada pemenang hari ini.




Balik dari auction, aku ke area Damansara dan Kepong untuk buat site survey. Sebelum itu ke One Utama untuk servis+cuci kereta di Eneos. Gila lama aku tak cuci kereta aku. Buruk dah kereta aku.. calar sana sini.. Terkopek sana sini.. Sementara tunggu kereta siap, aku pergi makan dulu.. di Dave's Deli. Menu yang boleh didapati di Williams juga, tapi dengan harga yang lebih murah. Untuk weekdays, semua main course ada diskaun 30%. Hari ini aku makan Mix grill, selepas diskaun, hanya RM14.00 sahaja. Beef, chicken dan lamb bersama mash potato dan coleslaw. Air, aku minum Ribena longan. Total, RM21.00 sahaja. Ini bukan celebrate sebab client menang lelong, tapi sebab aku lapar la..




Kereta pun siap, terus gerak ke site survey yang pertama, untuk Satu Solution masuk sendiri. Hari tu kalah masuk Cendana, hari ni aku survey tempat lain pulak. Mmmm.. hartanah yang agak menarik, harga pun hampir 50% below market price. Sekarang ni semakin .. dan semakin banyak hartanah yang way below market price telah keluar listing. Sila alert, kalau nak harapkan aku yang alertkan untuk semua orang.. payah sikit la. Aku sendiri pun agak sibuk. Err.. bukan agak lagi .. memang sibuk pun. Jumlah hartanah yang aku bida sehingga hari ini, untuk bulan ini, lebih dari 20 buah. Menang baru 3. Dalam masa 2 minggu ini, sehingga akhir bulan, lebih 20 buah lagi yang akan di bida.. jadi.. sila faham keadaan aku yang memang sibuk.. hehheh.. Sibuk2 pun kerja kena jalan gak.. client kena jumpa..

Kemudian aku ke Kepong pula.. Explore kawasan baru untuk client. Tempat yang menarik..





Semalam aku sempat pecah sebiji rumah untuk client. Tempat yang agak jauh, dan aku pun sesat2 nak sampai ke situ. Apt Subang Suria ke Pangsapuri Suria.. aku pun tak ingat.. Azim dapat pada harga 60k sahaja. Kira murah.. dan berbaloi. Kalau sewakan 350-400 pun masih ada untung lagi. Kerja buka rumah tak susah, tapi.. masa aku tengah buka rantai yang mengunci grill yard area, rantai tu boleh jatuh ke bawah pulak. Nasib baik tak kena kepala orang..


Balik pecah rumah.. lunch dalam kereta je.. terminate your hunger..


Ahad lepas.. sebelum ke kenduri rumah Pie.. sempat survey rumah dulu.. burukkan?? Tingkap pun dah takde.. Tapi kalau dapat.. senang je nak dapat penyewa untuk rumah ni..


Layan mendengar cerita2 Tuan Asri.. Tuan asri mau bukak company.. mau jadi competitor Satu Solution.. Yeah.. Sila update blog anda dahulu Tuan Asri..

14 comments:

jeguk said...

tahniah untuk wida+peruzz...

mercly said...

ya tuan asri sila update blog anda..

mercly said...

ya tuan asri sila update blog anda..

mercly said...

ya tuan asri sila update blog anda..

gjie said...

salam...patotla muka mcm familiar rerupenye TuanBri kah itu..?kalau tau,awal2 dh kawtim..huhu..;-)

p/s:sayelah yg menang and pegang paddle nombo 001 tuh...:)

syada said...

tahniah kepada pemenang.. =)

giler rantai besi tu jatuh bwh..kalo kena kepala org sure pengsan..xpasai2 jd tragedi plak.. tragedi pecah rumah..ahah..

peruzz said...

tuan asri.. tgk bro merc post sampai 3kali tuh.. sila update blog tuan.. ramai mau bace posting baru...
thanks

sourplum said...
This comment has been removed by the author.
Saiful said...

woo tahniah kepada pemenang..yg gagal cuba lagi ..

carjunk said...

ada jugak menang kali nih. Tahniah pada yg menang.
Lepas nih tunggu asri buka company baru la..hehe

cengkok said...

tahniah....ini kekelahan kali ke berapa aku pun dh x ingat da...kena up ckit budget.
nantilah aku cuba lagi...

dh ramai yg bid rumah..bagus ...
nanti ramai boleh jd otai

Saiful said...

relax ..kena pelan2..byk lagi rumah lelong yg menanti..

naz said...

yuppp pelan 2 kayuh the worst has yet to come.........

sepul_besut said...

tahniah sifi peruz n wida.. peruzz lawan org kaya Wan Azmi tuh.. hebat lahh..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com