Thursday, May 7, 2009

Operasi mencuci rumah buruk Penara

Hari ini Pie cuti. Aku dan Pie settlekan cuci rumah Penara yang buruk ini. Sebelum ini, elektrik tiada, disebabkan cut off suis telah tiada. Hari ini, aku dah bawa fius baru. Dari segi wiring, tak banyak yang perlu dilakukan. Tapi.. dari segi baik pulih lain yang agak leceh. Menurut cerita jiran depan rumah, rumah ini, sebelum ini didiami oleh keluarga yang berniaga di pasar malam. Anak mereka ramai, 7 orang. Bilik kecil di rumah ini, aku rasa telah diubahsuai menjadi dapur. Sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk berniaga pasar malam, aku tak pasti, tapi keadaannya memang teruk.. Satu bilik tu, dah jadi sarang lipas. Aku semburkan ridsect satu botol pada bilik tersebut, habis mati beramai2 lipas2 tersebut. Adalah berpuluh2 ekor juga.. Kemudian, bilik tersebut perlu ditampal dan keseluruhan rumah perlu dicat semula. Kalau dalam keadaan sekarang ni nak disewakan, aku rasa tiada siapa yang sanggup. Dah la masak dalam rumah, pengudaraan yang elok pun tiada. yard belakang di tutup terus dengan tikar buluh, jadi.. bau memang kuat..

Kerja2 pembersihan dan cuci telah selesai.. daripada rumah buruk.. Satu Solution akan cuba mengubah suasana rumah ini, menjadi rumah yang sesuai untuk di sewa.

Saksikan.. Rumah Buruk Penara..
Start bulan depan baru boleh tukar nama kepada Condo Penara..





14 comments:

saiful said...

buruk tahap gaban rumah ni..seluar tu boleh pakai lagi tak ,boleh jual bundle tu..

sourplum said...

buruk2 pon bule jd duit gk

juruukur said...

ish ish.. lipas tuu kalo bagi ikan aku.. mesti kenyang tuu

Tuah said...

pantang tull aku dgn lipas

Wida said...

adus.. sampai mcm ni..

pie2020 said...

rumah kee apa niee ...
hahaha ... nie lah rumah yg korang nak sgt belii ...

~tuah.rimbun~ said...

scary movie lah rumah tu..
tapi duit masukkk.....

ctfarazila said...

isk isk ... gile buruknye rumah yg korang rebut2kan ni... ehehehe... jgn main2... rumah ni akan bertukar jadi money machine... :D

tuanbRi said...

money machine...
hehehe...
setelah Satu Solution transform ini rumah ..
daripada flat
ke Condo...

wow

pOkLi said...

kesimpulan.jangan beli penara

pie2020 said...

bagus kesimpulann ko niee ..

Anonymous said...

tumpang tanya tuan2.. sy bminat kt 1 rumah lelong ni.. bile dah tgk, umah tu xde meter.. camne nk tau tunggakan letrik dia, pastu brp lak kos nk masuk meter balik tu.. lg 1 prob, de la tile pecah2 kt tandas ng dapur.. brp agaknya kos nk repair tu.. harap bleh advise.. tq

faris said...

Anon : melalui alamat rumah.. boleh ke kedai tnb berhampiran untuk check outstanding amountnya.. dalam beberapa kes yg telah dilalui.. pihak tnb tidak menyeragamkan cara penukaran nama.. ada tempat yg tidak memerlukan pembeli baru membayar tunggakan elektrik.. ada tempat yg memerlukan pemilik baru menanggung tunggakan elektrik unit tersebut. sila semak dgn kedai tnb berhampiran. berkenaan tiles yang rosak.. kalau nak jimatkan kos.. gantikan yang mana rosak.. cari tiles yg agak2 sama warna.. bancuh simen sendiri.. atau boleh upah orang.. kos.. bergantung berapa banyak tiles di gunakan dan berapa lama kerja perlu di buat.. kalau berminat nak beli rumah lelong tu.. calling2 la kita org.. ehhemm.. boleh aku makan komisyen dari bank..

Anonymous said...

thanks bro.. dh reg under ctfara la tu ari.. insyaallah, lain kali bleh la kita b'urusan..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com