Friday, May 15, 2009

Satu Solution kembali sibuk membida..


Cik Otromen yang mengikut aku buat kerja hari ini..

Minggu ini, bukanlah minggu yang banyak acara lelongan. Kalau ada pun, tewas.. dan ulat2 banyak yang mengganggu. Aku semakin faham taktik ulat2 ini. Apt di Selayang yang client aku masuk, menurut kata Mr Ulat, ada 7 pembida dan kemudian berkurang kepada 6 pembida.. menurut Mr Ulat lagi.. semua bersedia kawtim dengan aku pada harga 1k setiap seorang, kecuali seorang sahaja yang tak nak kawtim dan mahu lawan. Disebabkan keadaan itu, tak jadi nak deal dan teruskan membida. Akhirnya RP dari 40,500.00 naik kepada 52,000.00 dan sebenarnya cuma terdapat 4 pembida yang register. Kesimpulannya, Mr Ulat masukkan nama dia sekali sebagai penerima kawtim, mungkin juga 2 bahagian untuk dia.. Taktiknya agak macho untuk convince aku.. datang kepada aku dengan menunjukkan tanda pangkah pada property yang aku nak bida.. konon2 dia nak masuk membida property tu juga.. Ahh.. macho tak macho.. aku tak boleh deal harga tinggi.. ada limitation kalau nak deal pun.. tak boleh nak buat untung tinggi2 dengan aku.. heheh.. so.. either accept deal atau cuba lagi (ayat Tuanbri..) Banyak lagi kriteria aku tetapkan sebelum nak deal. Mana boleh reveal banyak2.. nanti ada orang mau jadi ulat pulak..



Minggu ini aku lebih buat tumpuan pada siri survey rumah.. yang bapakkkk jauh.. semata2 mau mencari niche market. Tapi.. macam tak best la.. area2 KL jugak yang best..



Mulai esok dan hari2 seterusnya.. aku akan kembali sibuk menghadiri acara lelongan. Hampir setiap hari.. aku akan ke acara lelongan.. bermula lagi marathon lelongan untuk aku.. yeah.. Kita mulakan dengan hari esok.. Ada 6 hartanah yang perlu di bida esok, di tempat lelongan yang sama. Satu untuk Satu Solution.. dan 5 untuk client Satu Solution.. Satu Solution pun nak simpan property juga. Atas semangat setiakawan yang tinggi, esok adalah pembelian projek JV aku, Bri dan Pie. Kita tengok.. berjayakah Satu Solution mendapatkan 6 hartanah untuk esok..

7 comments:

sourplum said...

beli umh da mcm beli bju je
hari2 p beli :P

pie2020 said...

good luckk utkk satu solution.. semoga dptt 1st rumahh under company..

Wida said...

good luck juga satusolution.. sudah dapat jangan lupa update sini..

itu encik otromen mesti kata sangat best la kerja ayah saya ni.. angkat2 paddle.. banyak dramatikkk.. hahaha

faris said...

pembetulan wida.. cik otromen.. bukan encik.. anak aku pompuan daaa...

Wida said...

huhuhu..sori sori.. aku taip laju sangat la tu.. sampai tak check apa aku tulis..huhuhu... mintak maaf ye cik noura dan encik faris.. huhuhuhu

sepul_besut said...

gud luck satu solution

syada said...

cik otromen makin tembam lah..cumillllll...

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com