Friday, May 1, 2009

Satu Solution @ Work : Ops pecah rumah..






Selamat Hari Buruh.. Team Satu Solution tak dapat nak bercuti hari ini. Kerja pecah rumah perlu di selesaikan hari ini. Unit yang di menangi semalam telah di pastikan kosong. Hanya aku dan Tuanbri yang selesaikan kerja hari ini. Grill tidak berkunci, tombol pintu dengan mudah dapat di buka oleh Tuanbri hasil dari beberapa kali tengok macam mana aku buat. Unit Penara ini di menangi semalam pada harga 67k. Air masih ada. Elektrik perlukan fius baru. Unit telah di tiles seluruh rumah, dan agak bersih. Tetapi perlu di cuci juga.. lain2 kerja, perlukan pemasangan lampu dan kipas, kerana semua lampu dan kipas telah tiada. Tak banyak yang perlu di buat untuk unit ini. Kos agak minimum. Mungkin esok satu Solution mampu selesaikan kerja2 wiring dan cuci rumah. Ada satu bilik yang tiada pintu, tapi itu bukan masalah utama. Expected boleh mula disewakan pertengahan bulan ini. Tapi kalau boleh siap kerja esok.. tak mustahil boleh sewakan terus.. hehehh


Dimana harus aku pergi? selatan, timur, barat ataupun utara?





Kami gerak ke Unit Penara yang di menangi pada 24 April yang lepas. Minggu lepas, aku, Pie dan Tuanbri ada singgah unit ini, tetapi pada masa itu tiada orang di rumah. Kami tinggalkan notis pada penghuni. Seminggu berlalu, tiada panggilan yang kami terima. Hari ini kami datang lagi, dan.. unit telah di tinggalkan kosong oleh penghuni. Pintu pun tak berkunci. Ok.. senang cerita.. tak payah nak adakan sesi nego.. boleh terus mulakan kerja. Tetapi.. keadaan rumah agak teruk. Banyak benda yang perlu dilakukan untuk baik pulih rumah. Lantai simen tiada masalah, boleh pasang tikar getah, tapi.. keadaan rumah agak kotor dan ada banyak kerosakan pada dinding dan soket2 elektrik. Unit di menangi pada harga 66k, tapi perbelanjaan yang perlu di keluarkan untuk baik pulih mungkin sekitar 3-4k mengikut anggaran kasar. Mungkin juga baik pulih akan ambil masa sehingga hujung May.

Macha ni dulu kerja kedai kain..

Main2 la macha ni buat kerja..




Wood flooring siap!!

Last job for the day.. pasang tikar getah di Pangsapuri Angsana.
Esok kerja lagi...

6 comments:

sourplum said...

hari ni hari buruh la
cuti2~

saiful said...

public holiday boleh claim overtime x3 ..

mdizone said...

sekarang satu solution ada bape ramai staff( tak termasuk shareholder)?

tuanbri said...

Weh, utk pengetahuan korang...
aku dulu ajar faris camne nak bukak tombol...
dia boleh sound balik...
berapa percentage successful rate ?
mana x angin dengar anak murid tanya macam tu?
cehh...skrg ni dia bukak pun ikut cara aku...hampehh...

p/s:kedai kain aku dah tutup..

mercly said...

dimana harus aku pergi?? klasik sungguh...

faris said...

@Saiful : Saper nak bayar x3 tu? hahaha..

@Bri : Dulu aku dah cite aaa.. aku belajar teknik ni ngan kau.. bising aa Bri.. berapa kali nak bagi credit kat kau ni??

@Eezone : Satu Solution mana ada staff lain.. aku, Bri n Pie je la..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com