Thursday, May 21, 2009

Satu Solution @ Work : Survey je..

Waktu : 3.45am
Musim2 lelong tengah menggila sekarang ni, aku kembali sibuk seperti mana bulan March yang lepas. Bezanya, bulan March yang lepas, Satu Solution masih baru offer servis dan masih belum popular. Setelah promosi dari kawan2, setelah hasilnya mula nampak.. 2 bulan kemudian.. aahh.. tak tau nak kata la sibuk tahap apa.. Setiap hari masih ada permintaan untuk masuk unit2 tertentu.. dan.. satu handphone aku habis battery petang tadi.. satu lagi habis battery awal malam tadi.. kerja2 hari ini tak banyak ambil gambar. Minta maaf sekiranya aku tak jawab sms hari ini atas sebab2 di atas.

Banker aku, Pn Nora dari CIMB akan menamatkan perkhidmatannya dari CIMB pada hari Jumaat ini kerana telah mendapat tawaran sebagai pegawai kerajaan. Aku akan mula pakai banker baru mulai minggu ini. Tengahari tadi aku lunch dengan Tuanbri, Pn Nora dan Mr Jimmy dari CIMB. Selamat menjalankan tugas sebagai pegawai kerajaan untuk Pn Nora. Terima kasih atas segala khidmat terbaeekkk yang diberikan untuk client Satu Solution. Jasamu dikenang.. heheheh.. Kriteria untuk menjadi banker Satu Solution, tak susah pun.. sebab kami ada panel lawyer.. dan banker kena terima panel lawyer kami. Ada certain banker yang ada preferred lawyer mereka sendiri atas sebab2 tertentu (lebih kepada komisyen..) yang aku tak berapa suka. Banker yang lawyer-commission-oriented tidak ikhlas bekerja, kerana mengharapkan imbuhan dari lawyer. Belum tentu lawyer mereka dapat bekerja dengan baik apatah lagi dalam kes lelong. Beberapa kes yang aku pernah dengar dari rakan2 kita, banker mereka berkeras untuk menggunakan lawyer mereka sendiri, kononnya lawyer ni appointed by the bank, lawyer ni ada rating yang bagus, lawyer ni ada itu.. ada ini.. well.. no such thing bebeh.. Setahu aku, dan apa yang aku telah buat dan akan buat lagi.. selagi lawyer tersebut panel kepada bank yang kita gunakan, kita berhak memilih sendiri lawyer kita. Sekiranya banyak alasan yang diberikan dan banker condong untuk menggunakan lawyer mereka sendiri.. alasan logik akal dan mudahnya.. ada komisyen..

Petang tadi Peruzz nak join aku buat kerja2 survey aku. Hari ni aku tak masuk auction mana2.. jadi.. lepas aku settlekan urusan buat bank draft untuk esok.. settlekan hal bill2 client aku.. aku ambil Peruzz pukul 7 lebih. Konon2 nak pergi pecah rumah VL sekali. Destinasi pertama, rumah Uncle Peruzz yang penyewa akan masuk bulan June ini, di Putra Perdana. Aku dah settlekan hal TNB. Menurut TNB, elektrik masih belum di potong lagi.. mungkin fius sahaja yang telah hilang. Aku ke sana untuk gantikan fius. Sesampai di sana, aku dapati cutt off fius masih ada lagi. Aku check elektrik, masih tiada. Tadi kami jumpa dengan bakal penyewa dan dia akan settlekan sendiri hal tersebut dengan TNB. Bagus juga bakal penyewa ni. Berdikari, walaupun perempuan. Dia ni kontraktor kelas F yang banyak buat projek mekanikal. Akupun tak tau projek apa. Jadi, dia ada kontek dengan TNB dan lain2. Kunci pun aku dah serahkan awal, dan dia akan mula membayar bulan June nanti.

Kemudian ke Koi Tropika. Ada masalah pada kunci grill yang tak boleh buka. Dahulu, aku dah tukar kunci grill baru. Baru2 ini ada masalah tak boleh buka, jadi.. aku pun cuba settlekan masalah tersebut hari ini. Tengah aku dan peruzz sibuk2 nak buka kunci grill, jiran sebelah tengok2 menyapa kita orang. Akupun explain situasi, dan dia pun hulur tool box dia, sebab dia tengok aku tak bawa peralatan banyak pun. Ada jugak jiran yang baik. Settle masalah, aku dah buka kunci gill tersebut, nanti aku akan tukarkan yang lain. Jam dah pukul 9.00 malam.. kena cargass ke Desa Mentari pulak, ada bakal tenant nak tengok rumah. Pak guard yang berasal dari Sabah, dah 3 tahun duduk di Desa mentari, tapi owner nak ambil semula rumah tersebut. Nasib baik ada rumah Eezone, settle masalah dia. Eezone pun tengah pening kepala rumah dia dah lama jadi tukun. Alhamdulillah, dapat juga settle cari penyewa.




Cargass survey rumah pula.. di Shah Alam. Survey rumah di malam hari. Kawasan ni.. best juga.. padat.. ramai orang.. dah pukul 10.30 malam.. Zulkipli pula call nak ajak lepak. Mula2 dia nak turun Puchong. Tapi dia kat Ampang.. aku dengar dia kat Ampang.. aku bagitau.. tak payah turun Puchong la.. sebab aku pun nak ke Ampang juga. Lepak2 dengan Zul dan membernya sampai pukul 1.30 pagi.. sembang2 pasal rumah lelong.. OD.. terus minta diri untuk balik.. ada last site survey untuk hari ini. Ada orang sms aku petang tadi untuk masuk unit area Ampang, projek JV. Pagi2 buta jugak aku surveykan... heheh.. Tapi aku tak masuk dalam kawasan unit tu lagi. Esok aku akan sambung survey unit tersebut. Nampak well guarded, nak masuk pun kena pakai access card. Esok la aku try masuk.

*Tak sempat pulak nak pecah rumah Peruzz+Wida. Esok je aku pecah rumah VL tu.

10 comments:

Anonymous said...

kol 3.45 pon xtido lg ke..esok gerak kol bape lak...heheehe...

Saiful said...

satusolution semakin busy..bagusla bisnes semakin mantap..selamat maju jaya..

topeq said...

tahniah peruzz+wida...psgn secocok gitu... :D

Aizuddin said...

thanks faris reply email aku smlm..
lepas bincang2..lepas site survey xjd la masuk DM tu..
mungkin akan ada mslh..
silap2 owner xmo kuar..
kalo ada unit yang minat aku akan guna khidmat one solution..
sp lagi nk tolong bangsa kita kalo bukan kita sendiri..

Wida said...

DM bulan 6 ni banyak Aizudin.. jangan risau..

Faris.. macam aku sms.. apa kata guna banker OD Pie.. Muzammel.. aku baru sms dia tanya boleh tak guna lawyer kita yg panel CIMB.. dia kata ok..tp rate aku xtau mcmn..

peruzz said...

gilak aa.. balik pg td bro siap wat report kt blog lg..kul 3pg tuh.. aiyaa.. wa sampai bilik...terus tergolek .. haha
sesape mau tau susah ke x keje bro faris ni skrg.. try la join beliau servey2..servey2 tgh mlm ni ade risiko sket.. mlm td da kene... .cuak gak akuu..hahaha
bro.. kang ade gambau wa ambek tuh.. da free2..boley upload tuh

carjunk said...

semangat sungguh sampai kol 3pagi buat survey..hehe. dedicated sungguh. nanti aku free nk joint la ko faris. dari hari tuh tak joint2.hehe

peruzz said...

aik.. gambauu bro yg wa ambek.. takder lak bro upload...aiyaa..

zull said...

macam superman la ko nie...keje balik pagi pastu sempat lagi tulis blog...pastu esok tu keje pagi lagi..bz2..camnie la anak melayu yg patut dicontohi..

syada said...

wowee...non stop..baca post ni je pun dah letih..wahaha...

peruz x abih2 cuah...hehehe...

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com